Friday, December 31, 2010

Bye-bye 2010.. WELCOME 2011!!

huhu..cam sedih je nak meninggalkan tahun 2010 kan?? banyak sgt suka dan duka, jatuh dan bangun pada tahun 2010..macam2 masalah, macam2 kesedihan, mcm2 kebahagiaan yg muncul tanpa mengira waktu pada tahun 2010..argghhh!! aku sayang tahun 2010!!!

okeyh2..kali ni aku nak cite tentang detik2 yg paling aku xleh lupakan dlm hidup aku sejak bulan JANUARY sampai ke bulan DISEMBER..

Thursday, December 30, 2010

arh SUDAH!!! ^_^

hadoiyaii..skrg ni aku da TERminat cite2 Korea dan jugak lagu2 soundtrack cite2 yg aku tgk ni..hatoiii..MMG BEST GILLER ARH!!!

sekarang ni aku tgh layan lagu :
1) Full of Sunlight - Doremifasolasido
2)Waiting for the Time  - Doremifasolasido
3) Still/As Ever - You Are Beautiful (drama)
4) What Should I Do - You Are Beautiful (drama)(men)


(click utk dengar and utk download sekali)


(yg kanan - You Are Beautiful. yg kiri - Jeong Jun Il (Doremifasolasido)

Malaysia VS Indonesia


hari ini merupakan perlawan akhir Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia..perlawanan yg berlangsung di stadium kat Jakarta sebentar tadi telah menyaksikan Malaysia menang dengan bangga dengan gol sebanyak Malaysia 1-2 Indonesia, tetapi gol yg terkumpul adalah sebanyak Malaysia 4-2 Indonesia (campur perlawanan pada ahad lepas - kot)..hahaha..aku bangga menjadi rakyat Malaysia..


 ----> hari Jumaat (31/12/2010) telah diumumkan oleh PM sebagai CUTI UMUM untuk meraikan kejayaan skuad Malaysia kerana berjaya membawa pulang piala bertuah..^_^


_______________________________________________________

Wednesday, December 29, 2010

Time Of Waiting

Waiting For The Time – Jeong Jun Il
OST Doremifasolratido

salmyeoshi dununeul gameumyeon
eoneu sae naege ddeo(h)oreuneun
geurohgkedo itgo shipeotteon
neoreul poreuneun naui norae

kieokhago itni uri hamgge haetteon
haengbokhan shigan deureul

kidarilsu pakke eopneun nan
amumaldo harsu eopneun nan
neol parapomyeon nunmuri heurreo
saranghalsu pakke opneunde
ineungeotpoda apeumi naege deo swiunde
dorawa jul sun opneungeoni

maleopshi neol ponaeya haetteon
geu jarie dashi seoisseo
jogeumssik meorojyeo gadeon
neol parapomyeo heureudeon nunmul
ireohge pyeonhameopshi chagaun gyejeoreun
dashi chatawajiman

kidarilsu pakke eopneun nan
amumaldo harsu eopneun nan
neol parapomyeon nunmuri heurreo
saranghalsu pakke opneunde
ineungeotpoda apeumi naege deo swiunde
dorawa jul sun opneungeoni

Pamsewo kidohan geu hanmadi
Naege dolawajwo

kidarilsu pakke eopneun nan
amumaldo harsu eopneun nan
neol parapomyeon nunmuri heurreo
saranghalsu pakke opneunde

ineungeotpoda apeumi naege deo swiunde
dorawa jul sun opneungeoni
nae nunmuri da mareuki jeone
nae geurium yi nareul ddeonaki jeone

----->lagu dari filem Korea..saya suka lagu ni..^_^

Tuesday, December 28, 2010

Bagaimanakah tahi lalat muncul??

ini jawapannya..

Tahi lalat disebabkan oleh pertumbuhan dan perkembangan abnormal dari sel-sel pigmen di bawah kulit yang lebih dalam. Tiap orang mempunyai tahi lalat. Jumlahnya bervariasi antara 10 - 40, meskipun ada juga yang sampai mempunyai 100-an tahi lalat. Kebanyakan tahi lalat muncul dari bayi lahir hingga usia 20 tahun, tetapi ada juga yang muncul selama proses perkembangan janin. Orang yang sering berjemur di bawah terik Matahari mempunyai lebih banyak tahi lalat.

Dalam perkembangannya tahi lalat ini mula-mula agak berwarna gelap, kemudian membesar, dan mempunyai bentuk dan ukuran yang berbeda-beda. Ada yang berbentuk oval, ada yang bulat, ada yang ditumbuhi rambut, ada yang polos, ada yang berwarna cokelat, hitam, dan merah muda. Ada tahi lalat yang berbahaya, ada juga yang tidak. Jika tahi lalat Anda terasa gatal atau sakit, atau terus membesar atau berdarah, sebaiknya periksakan ke dokter, sebab ada kemungkinan tahi lalat ini berkembang menjadi kanker kulit.
Disarankan juga agar tidak berjemur tanpa pelindung kulit di terik Matahari lebih dari dua jam, karena sinar Matahari dapat menambah kecenderungan kulit mengalami melanoma (kanker kulit).

by - Yohanes Surya

----> kadang2 tahi lalat itu adalah pemanis wajah seseorang..^_^

Sunday, December 26, 2010

Love from Me..


Yang Terindah
semenjak kau hadir dalam hidupku tiada lagi keresahan..
kau mengetuk pintu hatiku tanpa sedar hingga ku izinkan..
kau yang bernama cinta..
kau yang memberi rasa..
kau yang ilhamkan bahagia hingga ku terasa indah..
maaf jika ku tidak sempurna..
tika bahagia mula menjelma..
bila keyakinan datang merasa..
kasih disambut dengan kejujuran..
mencintai dirimu..
merindui dirimu..
memiliki dirimu hingga akhir hayat bersama kamu..
kau yang bernama cinta..
kau yang memberi rasa..
kau yang ilhamkan bahagia..
hingga aku rasa indah..
kau yang bernama cinta..
hingga aku rasa indah..


----> aku sentiasa menunggu dirimu..:-)

jika kau turut begitu..

bila aku menonton cerita korea, pasti aku terasa mahu jadi seperti heroin dalam cita tu..dicintai dengan sepenuh hati oleh si jejaka..tanpa rasa segan silu, si jejaka meluahkan perasaan terhadap gadis yg dia cintai di hadapan semua orang..airmata yang mengalir menjadi petanda kegembiraan bahawa dua hati kini menjadi satu..

alangkah gembiranya aku jika situasi yg dilakonkan di dalam filem2 korea itu benar2 terjadi kepadaku..tapi biarlah..semua tu hanya mimpi bagi aku..:'-)

harapan yg aku bina di dalam hati, biarlah hanya aku sorg je yg tau..tak semua orang mampu menunaikan impian aku..termasuk jugak dia..aku hanya mampu berharap suatu hari nanti dia pasti akan membahagiakan aku untuk selama-lamanya..


sayang..aku menyayangi mu dengan sepenuh hatiku..walau apa pun yg berlaku, kau tetap yg pertama di hatiku..tiada yg kedua dan tiada yg ketiga..begitu juga yg seterusnya...impian ku hanya untuk hidup bersama mu..aku mampu menerima tingkah laku mu dengan sepenuh hatiku..kerana sekali aku terlanjur mencintaimu, biarlah ianya terlanjur untuk selama-lamanya..memori-memori yang kita bina, ianya akan tersimpan kukuh dihatiku..biar jarak yang memisahkan kita, tapi biarlah hati kita akan saling terpaut buat selama-lamanya...

----> biarlah kebahagiaan kekal utk selamanya..

Korean Movies

sejak akhir2 ni, suka plak aku tgk cite korea..(movie je..drama belum nak minat lagi)..antara tema2 utama movie2 korea yg aku penah tgk semestinye laa CINTA, Romantic Love, Happiness, Sadness, dan yg lain2 lagi..seronok aku tgk cite2 tu..kalo feeling tu da melebihi dari segala2nya, meleleh jugak airmata ni..huhuhu..
________________________________________________________
Do Re Mi Fa So La Si Do
 

okeyh!! movie pertama yg bertajuk Do Re Mi Fa So La Si Do

Based on the internet novel of the same title and written by Guiyeoni, Do Re Mi Fa So La Si Do is a .

Jung-won wears a funny dragon suit, while working at the amusement park, and pours soda on Eun-gyu, because of his taunts. A short while later, Jung-won finds out that Eun-gyu has moved into the house next to hers. Eun-gyu now threatens to tell Jung-won’s parents that she works part time at a local mart. To keep Eun-gyu quiet, Jung-won agrees to carry his guitar for a week.

Jung-won then starts to develop feelings for Eun-gyu, who is the lead singer of a band called Do Re Mi Fa So La Si Do. Eun-gyu also starts to develop similar feelings for Jung-won. The two soon become a couple.

With an odd twist of fate, Jung-won went to the band's rehearsal room and meets a familiar person from her past, a boy named Hee-won. Their relationship makes everything more complicated. For 10 years, Jung-won and Hee-won were close friends, but because Jung-won did something that broke Hee-won's family apart they stopped talking to each other completely. And Hee-won, seeking revenge at Jun-won, allow his "friends" to beat her rendering her crippled. Jung-won is now surprised to learn that her ex-close friend is now best friends with her boyfriend.

Hee-won admits that he still likes his best friend despite what she did and he wants her back. Jun-won accepts him back into her life despite what he did and when Hee-won makes her choose between him and Eun-gyu, Jun-won makes the choice of going with Hee-won. Which leaves Eun-gyu devastated, he gives her one last chance to come back to him or else he will never be able to sing again but she breaks his heart once more and chooses Hee-won after he begged her.

penterjemahan :
berdasarkan novel internet yg sama tajuk yang di tulis oleh Guiyeoni, Do Re Mi Fa So La Si Do merupakan sentuhan cerita cinta dengan elemen pahit manis.

Jung-won (heroin) memakai kostum naga yg lekakar, ketika bekerja di taman (ape tah), telah menuangkan soda dia atas Eun-gyu (hero) kerana dia telah mengejek Jung-won. selepas itu, Jung-won mendapat tau bahawa Eun -gyu telah berpindah ke sebelah rumahnya (jiran). sekarang Eun-gyu telah mengugut Jung-won utk memberitahu ibu bapanya bahawa dia bekerja separuh masa di kedai tempatan. utk membuat Eun-gyu merahsiakan perkara tersebut, Jung-won bersetuju utk membawa gitarnya selama seminggu (ala2 mcm kuli yg kene bawak barang).

Jung-won telah mulai mempunyai perasaan terhadap Eun-gyu, yang merupakan vokalis kumpulan muzik yg bernama do re mi fa so la si do. malah, Eun-gyu juga turut menyimpan perasaan yg sama terhadap Jung-won. tak lama selepas itu, mereka pun bercinta.

 tanpa di sangka, Jung-won telah pergi ke tempat kumpulan itu berlatih dan berjumpa dengan orang yg sangat dikenalinya (kawan lama yg da x mengaku kawan), lelaki itu bernama Hee-won. hubungan mereka menjadikan segala-galanya bertambah kacau. selama 10 tahun, Jung-won dan Hee-won berteman rapat, tetapi oleh kerana Jung-won telah melakukan sesuatu yg telah memecah belahkan keluarga Hee-won, dan mereka telah putus hubungan. dan Hee-won ingin membalas dendam terhadap Jung-won dengan membenarkan kawannya utk mencederakan Jung-won. Jung-won terjeut apabila mengetahui bahawasanya Hee-won adalah kawan baik kepada Eun-gyu.

Hee-won mengakui yang dia masih sukakan kawan baiknya (Jung-won) walaupun apa yg telah Jung-won lakukan terhadap keluarganya, dia mahu Jung-won kembali. Jung-won menerima Hee-won kembali  kedalam hidupnya walaupun apa yg telah Hee-won lakukan dan Hee-won mahu Jung-won membuat pilihan sama ada pilih dia ataupun Eun-gyu. Jung-won membuat keputusan dengan memilih Hee-won (sebab hee-won mengugut ingin bunuh diri jika jung-won x pilih dia). setelah ditinggalkan oleh Jung-won, Eun-gyu memberi Jung-won peluang terakhir utk kembali kepadanya atau dia tidak akan menyanyi lagi. tetapi Jung-won mematahkan hatinya lagi dengan memilih Hee-won setelah Jung-won merayu kepadanya.

ending :
pada konsert terakhir do re mi fa so la si do (sbb jung won xnk pilih dia), Eun-gyu masih memberikan peluang utk Jung-won kembali kepadanya, tetapi Hee-won telah menahan Jung-won utk kembali kepada Eun-gyu. selepas itu, Eun-gyu mengalami amnesia kerana kemalangan (dia hilang ingatan dan juga berkelakuan seperti budak2). selepas jung-won mendapat tahu tentang keadaan Eun-gyu, dia terus meninggalkan Hee-won (sbb dia mmg x cintakan Hee-won sbb dia hanya cintakan Eun-gyu).Jung-won mahu mengembalikan ingatan Eun-gyu. oleh sebab itu, dia berusaha utk mengadakan kembali konsert yg persis seperti konsert terakhir Eun-gyu. ketika konsert, Hee-won memegang watak sbg Eun-gyu dan melakonkan kembali semua aksi2 nya ketika konsert terakhir Eun-gyu. Eun-gyu yg berada di bawah dan menonton konsert itu secara langsung terus kembali ingatannya pada babak akhir konsert tersebut (Eun-gyu berjumpa dengan Jung-won dan terus keluar drpd konsert). dan, mereka pun kembali bersama.......

________________________________________________________

Milionaire's First Love

 

aku x dpt cari synopsis nye (a.k.a malas..heheh) 
cerita ni mengisahkan tentang seorang lelaki kaya yg bergelar jutawan,( namanya aku da lupa) yang terpaksa pergi ke kampung utk bersekolah di sana utk mendapatkan diploma. ini kerana adalah wasiat dari bapanya yg ingin anaknya mendapatkan diploma di tempat asalnya (kampung tu). jika anaknya tidak melaksanakan wasiat itu, dia tidak akan mewarisi segala harta.

selama berada di kampung itu, dia menjadi rapat dengan seorang gadis. sebenarnya gadis itu adalah kawan baiknya ketika dia berada di kampung itu dulu..tetapi mereka terpisah kerana ibu bapa lelaki itu mati kerana kemalangan..sejak dari itu, lelaki itu ingin melupakan segala-gala kenangan masa silamnya..

tetapi gadis itu sakit..dia hanya mampu bertahan utk beberapa bulan saja..gadis itu mencintai lelaki itu tetapi pada masa yg sama, lelaki itu juga mencintai gadis tersebut (tp dia xnk bgtau perempuan tu sbb dia ego).. bila lelaki itu dpt tau tentang penyakit gadis itu, dia memberitahu gadis itu tentang perasaannya yg sebenar..gadis itu pula mahu menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama lelaki yg dicintainya (masa ni romantik gile cite dia..suka aku tgk)..

hanya satu je permintaan gadis itu, dia selalu berdoa supaya tuhan jgn ambil nyawanya sehingga salji pertama turun pada tahun tersebut..tetapi, pada hari salji pertama tu laa dia telah memejamkan matanya utk selama2nya..

sedih bila menghayati betul2 cita ni..
_____________________________________________________
------> penterjemahan di atas tu aku buat sndiri tanpa membuka kamus dan meniru ayat google translate..hehehe..

Saturday, December 25, 2010

Family Day at Ulu Yam Woods Resort!!

hari ni merupakan 25 Desember 2010..Merry Chrismast kepada sesiapa yg merayakannya..(jgn lupa bg aku hadiah tau..heheheh)..hari ni kitorg satu family wat Family Day kat Ulu Yam Wood's Resort..memang tempat dia x la cantik sgt..air pun x dalam n setakat paras lutut je..so that, xdpt laa nak selam2 sambil minum air sungai..huhuhu..tapi xpe laa...puas jugak aku berendam tadi..siap main lumba2 renang lg ngn najmi..pastu main apung2 badan atas air..haha..1st time kot aku berenang dengan cara terlentang (bukan kuak lentang tau)..aku buat ala2 katak nak lemas gitu..ahakzzz...

masa kat sana, byk jugak kejadian2 malang yg agak kelakar yg terjadi..especially aku laa..berkali2 kepala lutut aku terhantuk kat batu.kalo sakit nye aku je laa yg dapat rasa..hoho..sudah bengkak kepala lutut ku..T_T..lps tu, aku nak terjun plak..dari atas batu terjun kedalam sungai..bila da terjun, aku tersedut byk air..bila aku da timbul, hidung aku sakit n kepala aku pening sgt..mak cakap "kenapa dik??" aku balas "pening kepala" (sambil memegang kepala).."kalo sejuk, naik laaa.." aku cakap "adik x sejuk..tersedut air tadi..heheh" (sambil mengerut2kan dahi tanda kepeningan yg teramat sgt)..tapi aku pedulik apa..lepas da x pening, aku terjun lagi..tp kali ni aku lebih berhati2 supaya aku x tersedut air lagi..heheh

after that, kejadian malang yg menimpa kakak sulung ku plak..beria2 dia nak buat terjun lipat, bila da terjun, dia timbul n atas kepalanya ada pasir..kitorg gelak..tetapi,tetiba ada darah mengalir dari kepalanya,mybe kepalanya terkene batu..habis berdarah sudah kepala dia..tu laa..aku da cakap awal2 kat tempat yg dia nak terjun tu ada batu..tp dia nak jgk buat, hah sekali hambek ko..berdarah sudah..tudung pun da berlubang akibat dr terjunan itu..suka plak aku sumbat2 tisu dalam tudung dia tadi..hahaha (gelak syaitan)..aku pun try buat terjun lipat..jadi wooo!!! 3 kali aku buat aksi sebegitu (kpd adik2 yg masih belum mampu melawan air, jgn lakukan aksi sebegitu)..

_____________________________________________________



cari ikan..

seronok tau cari ikan..(yg pegang bakul merah tu aku laa..heheheh.)
penat tau kitog susun batu2 yg berat tu semata2 nak naikkan paras air..huhu

pssstttt----> tadi aku mandi tak pakai tudung..^_^
____________________________________________________________

Tuesday, December 21, 2010

Typography Design in 3D

hari ni kelas typography start pukul 2 ptg dan habis pukul 6 ptg..buat pertama kalinya ada kelas selama 4 jam..perghhh!!!

aku sampai kat unisel (dari jeram) lebih kurg pukul 11 pagi..sampai je hostel terus siapkan bahagian terakhir assignment aku iaitu tampal atas mounting board..hohoho..after that, terus g kelas lab TYPOGRAPHY bersama pakcik BOTAK!! yeah!!!

lepas beberapa minit di dalam kelas, kitorg dapat tugasan baru..tugasan terbaru kitorg ialah Design Typography in 3D..perrghhh!! kalo setakat nak melukis typo 3D senang je..

TAPI..

kitorg kene bina typo 3D di atas mounting board!! perghhhh..x penah2 aku masuk kelas seni bina, tetiba kene bina typo 3D..waduh2..nggak gampang seyh..

task yg di beri - 
1) gune design asal (typo kaktus aku)
2) bina typo 3D dengan menggunakan soft board (mane laa aku nak mencari benda alah tu..huhu) dan tampal atas mounting board..
3) haya pilih 1 abjad sahaja..design huruf besar dan huruf kecik..
4) kene ada bukti wat contoh design dalam AI (Adobe Illustrator) ... kene print..
5) due date is Monday (27 Dec 2010)

aduhaiii..kaktus aku da laa berbulu..aku cadang nak letak tali pancing je..tp kat mane plak aku nak cari mende tu dalam masa yg singkat ni?? hatoiii...-_-!!

mudah-mudahan..segala kerja2 aku berjalan dengan lancar..aminn ya rabbal alamin..

-------> seronok tadi main snap2 gambar gune webcam komputer apple dalam lab..hehehehe ^__^

Sunday, December 19, 2010

Explore facebook keluarga bakal mertua..heee ^^,

excitednye aku malam ni..heeee ^^,..

buat pertama kalinya hati aku tergerak ingin melihat-lihat, menjengah-jengah, menjenguk-jenguk, mengintai-intai facebook bakal keluarga mertua aku (i hope so)..daripada bakal ibu mertua, bakal bapa mertua, bakal kakak2 ipar dan bakal2 adik2 ipar aku, semuanya ada n lengkap!! seronok aku dapat tgk facebook mereka..hehehe..^_^..aku nak add dorg sbg kawan, tp takut..huhu..setakat ni, adik beradik izz da jadi kawan aku..heheh..bukan setakat tu je, bakal biras pun add aku jugak..hatoiii..mula2 aku xtau yg lelaki tu bf kakak izz..bila tgk wall kakak izz, barulah aku tau bahawasanya lelaki tersebut adalah bf beliau..hahaha..comey sungguh!!!

then, aku tgk gmbr2 dorg plak..sekali aku terjumpa gmbr ni..


kalo mengikut tahun hijrah, gmbr ni di ambil pada musim haji 1428 hijrah..iaitu bersamaan dengan tahun 2007 masihi..masa ni parents izz ingin menunaikan haji..alhamdulillah..bakal parents mertua aku dah menunaikan rukun islam yg ke-5..^_^..

dan masa ni jgk izz berusia 15 tahun..comey je muka dia..muka dia x berubah pun..cume skrg ni muka dia agak nampak matang sikit (kot)..hehehe..but i still love him more than word..hehehe

----> nak ushar facebook family sape plak ek?? heheheheeeee...

Assignment!!!

fuuhhhh..minggu ni banyak giller assignment yg nak kene buat..dari hari isnin sampai hari jumaat..ada je assignment yg masuk..dari hari isnin sampai hari rabu, assignment yg dapat semuanya kene submit hari isnin sebeum jam 3 ptg..perghh!! lecturer2 ni sume da pakat berjanji nak kenekan kitorg ke?? saje je nak bg mata kitorg bengkak2 sebab nak siapkan assignment yg bertimbun2 tu..hatoiiii..-_-!!

tapi..

dengan ini aku ingin membuat pengumuman bahawasanya ...

Saturday, December 18, 2010

someone who called me..

hari ni ada program family day JKKK kampung2 di Jeram kat padang SMBKA Jeram..seronok betul aku sebab bangun2 je makanan sume da siap..aku pon tggl makan je laa..heheheheh..


aku berselendang hari ni..hahaha..

gmbr yg kat atas ni aku da send kat izz..heheheh..
after a while, tetiba hp aku yg kat dalam poket seluar bergegaran..aku igt abg syg balas mesej aku..aku biarkan je laa sbb aku tgh minum mase tu..tp lama plak vibrate nye..aku seluk poket n tgk ada calling dari orang (x perlulah aku mention kan namanya disini)..aku letak cup aku n terus slide hp aku n aku jawab calling tu..

Friday, December 17, 2010

Gemok..aku rindu sama kamu..T_T

aku excited nak balik rumah sebab aku nk jmpa dgn my Gemok..rindunya bukan kepalang..tapi bila sampai rumah, aku tgk anak2 kucing tu..aku cume nampak si Putih Kecik ngn si Kempis je.. aku tanya abah, "abah, mane Gemok?" pastu abah jawab.. "angah ambek"..
WHAT??!!
sesukati je amek kucing kesayangan aku..ANGAH!!! pulangkan balik kucing adik!! org x pedulik..pulangkan jugak!!!!

Gemok..aku rindu kat kau..T_T..

rindu Gemok..

Kepulangan yang dinanti..

bergema suara takbir di angkasa...selembut bayu meresap ke dalam jiwa...(huh!! apekah??)
tetibe je lagu raya terkeluar ye..hahaha..xde laa..ectually nak relate kan dgn tajuk di atas nunn..hahaha..(xde kene mengene ponsss)

hari ni hari jumaat kan..so seperti kebiasaannya aku akan balik ke Jeram pada hari Jumaat yg indah ni..Alhamdulillah..skrg aku berada di rumah dan berada dalam keadaan yg baik sekali..hehehe..
kali ni aku nak cita pasal aku on the way nak balik tadi..kisah tragis ni..so, baca elok2 tau..

pagi tadi buat pertama kalinya ada kelas Graphic Modelling selepas dua minggu bercuti kerana lecturer bercuti kerana beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga..Selamat Pengantin Baru kepada Puan Norhayati..dia cuti tu sbb dia nk g honeymoon la tu..bila lah giliran aku nak honeymoon ngn suami yg tercinta ek?? hohohoho.. (berangan je lebeh aku ni)..ok sambung balik! after kelas modelling, aku, najwa ngn zati g open lab jap..aku da boring dok ngadap facebook..huhuhuhu..after that aku tggu awin kat lobby FITM/FOB..lepas tu balik laa..sampai je rumah, mata aku terus terlelap..lepas tu bangun n kemas2..mase tu aku berpikir2 sama ada nak terus balik atau nak g kelas Networking..tgk langit da sememangnya mendung menatang hujan..huhu..then awin cakap, "balik je laa"..so, dgn pantas dan efisyen nye aku berkemas, hantar awin ke hostel..after that aku balik!! hahaha

Tuesday, December 14, 2010

Fundamnetal of Programming

hari ni hanya belajar Fundamental of  Programming..dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 1.00 ptg..mula2 blaja dlm kelas..perghh..sumpah aku x tahan..aku dapat faham sikit2 je..yg selebihnya aku x faham sbb aku ngntuk dan juga lapar..perut aku pun dah kembang kempis menahan lapar..mmg x tahan giller..lps tu kelas dalam lab plak..yg ni lagi laa..kene blaja wat coding gune Visual Basic C++..susahnya laa..lambat betul aku pick-up td..asyik x jadi je coding aku..ssh betul..papepon, aku berjaya membuat coding itu dgn bijaksana sekali!! hahahahaha..

dan ini adalah assignment kami yg pertama..tapi yg ni aku buat sndiri laa..with no error!! bijak x?? hahahaha..

Sunday, December 12, 2010

Saya Sayang GEMUK!!!

ingin saya memperkenalkan kucing kesayangan ku yg diberi nama Gemuk (nama sementara)..ianya berumur sebulan lebih.. bermata bulat kaler biru (anak kucing mata nya pasti kaler biru), berbulu panjang, gebu, lembut, menggerbang..berkaler kelabu dan putih..ianya x suka di pegang..sesiapa yg terlihat si Gemuk pasti akan tergoda dengan kecomelannya dan kebulatan dan ketembaman badannya..mereka juga pasti akan teringin memiliki si Gemuk..tapi, saya tidak akan sesekali membenarkan sesiapa mengambilnya dari saya..saya juga xkan jual si Gemuk saya..sebab saya sayang Gemuk.. saya cinta Gemuk..saya rindu Gemuk..

kepada si Gemuk..makan banyak2 tau biar badan bertambah bolat..hehehe..dok umah jangan nakal2 tau..jgn berak merata2..nanti saya x bg awak masuk dalam rumah lagi..hahaha(gelak setan)


Saturday, December 11, 2010

Outing = Dating ^_^

letihnya outing hari ni..mula2 aku nak ikut kawan2 aku g mid valley tgk cite Harry Potter..tapi apakan daya nya, aku xtau mcm mane nak g mid..so aku buat keputusan utk tidak menghadirkan diri..hohoho..

tapi dengan secara tetibe, izz ajak aku kuar sbb dia nak tebus masa dia dgn aku sebab semalam satu hari dia x mesej aku..so, aku kuar jgk laa dengan dia..tp perancangan awal nak g mid..tapi kami plak xtau jalan nk ke mid..huhuhu..so, seperti biasa kami pergi ke Sunway Pyramid..hahaha..boring betul asyik g tempat yg same je..

hari ni aku keluar berbaju kurung modern kaler hijau lumut muda..perghh!! awek cun!! (perasan)..hahaha..tapi mmg agak terseksa aku pakai baju tu dgn kain kembang payungnya teramatlah ssh utk aku bwk motor tadi..kalo jalan apatah lagi.. terkepit habis!! dengan kasut tumit setiggi tiga inci membuatkan aku berjalan seolah2 seperti model yg sedang berjalan di atas jalan raya..memang macam perempuan melayu terakhir..hahaha..

okey, sampai je klang terus naik bas rapid KL..naik2 je, hidung aku dihidangkan dengan bau yg teramatlah menyesakkan nafas aku..perghhh!!! cilaker punye taik..ntah siapa yg buang hajat kat dalam bas tu..nak muntah aku dibuatnya..bongok betul..pemandu bas tu pun satu, bukannya nak bersihkan dulu najis tu..tp nk wat mcm mane..terpaksa laa menahan bau yg sememangnya x menyenangkan langsung tu..huhuhu..bila da sampai PKNS, ramai plak remaja2 yg masuk bas tu..tp masing2 sume tutup hidung sbb najis tu..hahaha..yg mata aku plak tiba2 tertancap pada sebentuk muka yg agak aku kenali..Shah Ozair!!! fuhhh..betul ke dia?? tgk hidung mmg mcm hidung dia..tp muka dia x berubah langsung..tp betul ke dia?? mcm x caye je..shah adalah groupmate aku time kem kepimpinan usahawan kat UKM dulu..dan dia adalah ketua group aku..huhu..watever laa...dia pandang aku pon mcm xkenal je..kalo dia da buat mcm tu, aku lg laa buat2 x kenal langsung bila aku pandang dia..hahahaha (gelak setan)..

Friday, December 10, 2010

Balik rumah!!

setelah 2 minggu tak balik rumah, rase ridu pada family terasa mencucuk2 tangkai hati..bila dapat tau hari ni kelas networking cancel, pagi2 lagi aku bangun sebab nak balik rumah..best giller dapat balik umah! hehehe..seawal jam 9.30 pagi aku da membonceng motor kesayangan aku sebab nak balik..hahaha..bila da sampai jeram, masuk je perkarangan rumah aku, hidung aku telah dihidangkan dengan bau durian yg sedang ranum kat atas pokok(tgh tggu masa nk gugur je)..memang meleleh air liur aku!!! hahaha

masuk rumah terus carik mak ngn abah seab nak salam..mak aku terkejut sebab bukak je mata terus nampak muka aku..hahaha..rindu giller kat mak!! muah muah muaaaaaahhh!!!!!

lepas sarapan (sebelum balik x sempat sarapan) aku terus bukak durian n makan!!! hehehe..best giller makan durian tanpa gangguan..hahahaha..tgh hari plak mak masak sup tulang lembu..perghhh!!! suke betul aku korek2 tulang lembu tu sbb nak makan isi tulang lembu..hehehe...

kepada akak-akak n abang-abangku, jgn jeles sebab mggu ni adik yg akan ahbiskan buah doyan tu!! hehehehe...


Gambar-gambar sekitar Kursus Kepimpian di Hotel De Palma, Shah Alam

inilah antara insan-insan yg sudi menghantar kitorg naik bas sebelum bertolak ke de palma..insan-insan itu adalah Zuria Aini (kemeja putih), Nor Syafira (baju hijau) dan Nureenfatihah (kemeja biru kotak-kotak)..



makan time!!! time ni makanan x bape best..tp air dia best..air grape je..huhuu..

Monday, December 6, 2010

hari kedua dan terakhir.

hari ni merupakan hari isnin bersamaan dengan 6 Disember 2010 / 29 Zulhijjah 1431..dan esok merupakan hari selasa bersamaan 7 Disember 2010 / 1 Muharram 1432.. Selama Menyambut Awal Muharram kepada semua followers (walaupon hanya ada 7 org sahaje) .. hehehehe..

ok2..aku nak sambung cite psl kem kat hotel yg 3 hari 2 malam tu..hari tu aku xdpt nk update blog sbb secara tetibe wifi xdpt disambungkan plak..aduhaii..saje je tau hotel ni nak mainkan perasaan aku yg tgh membara ingin on9..hohohoho..

hari kedua - kene bangun seawal jam 4.30 pagi sebab fasi suruh turun ku 5.15..perghh..sakit giller hati aku..fasi lain mnx turun kul 5.30, tetibe dia up jd 5.15..perghhh!!! memang menyirap la aku..tp xpe laaa...dia buli kitorg, kitorg buli dia balik..kul 6.00 pagi baru sume org turun..agagagagaaa..padan muko dio!!! sepanjang hari kedua, memang teramat menyeksakan bagi aku..sbbnye pagi2 buta lagi aku da sakit perut tahap rasa mcm nk guling2 atas lantai je..memang sakit giller..pastu bermula laa sesi ceramah..mase ni, ceramah dia mmg menyerap sampai ke hulu hati laa..tapi kesedaran tu agak payah jugak nak timbul..huhuhu..lps tu, lunch time!! perghh..mmg bonchet aku makan kat sane..sedap2 giller makanannya..mmg terliur je tgk sume lauknye..termasuk ngn desert nye, mmg juling mata aku nak memilih..rasa nak makan semua je..tp kene igt jgk an, sume org pon nak merasa jgk.,..lgpon perut aku ni x muat nak sumbat sume sekali..heheheh..malam plak, fasi bagi pelepasan seawal jam 10.30 malam..ni 1st time aku g kem yg dpt balik awal..hahaha..best giller..tp kul 12 jgk aku tidur..hoho..

hari ketiga - bangun pagi2, tp mata ssh giller nak bukak..alarm bunyik kul 4.30 tp di snooze kan selama 5 minit sehingga 4 kali..hohoo..akhirnya pukul 5 baru kuar dari selimut..hari ni yg paling best sebab da berkobar2 nak balik..hahaha..tp lunch yg paling best..paling byk arh aku makan..kalo sebulan dpt mkn free mcm tu, mau naik 10kg berat badan aku..hahahaha..

secara kesimpulannya, perkara yg paling seronok yg berlaku adalah MAKAN!!! hahaha..
lain kali laa upload gmbr sbbnye tiada gmbr didalam simpananku..hohohoho..

pssstttt ---> badanku da terasa berat..hahahahahaa!!!!

Saturday, December 4, 2010

Tanda Lelaki Sayang


Note dipetik dari :

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.

Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.

Friday, December 3, 2010

Hari Pertama

Hari Pertama?????
jangan pk hari pertama perkahwinan ek..hari ni merupakan hari pertama aku mengikuti kursus LAKE under SUK kat Hotel De Palma, Shah Alam...seronoknye berada di tempat pertemuan pertama dengan kekasih hatiku..hehehe..aku igt lagi lif yg hampir membawa kepada pelanggaran antara aku dan dia..hahahaha..saya suka disini..mengenang kembali peristiwa dahulu...eeee bestnye!!! hahahaha (over plak aku ni)..

ok2..back to the title!
kawan2 yg follow - Najwa, Izzati, Nana, Hanie, Aisya, Kak Ame, Caie, Mirza, Hafiz ngan Nazrul..gerak dari UNISEL pukul 3.00++ pm..sampai 4.30++..check in..dapat bilik no 212..share bilik ngan Najwa Thaqifah..kat tingkat dua ni bilik sume ada 2 katil single..kat tggl 3 (tmpt aku stay time 1st time dtg) bilik queen bed..papepon, tingkat 2 lagi best kot..hehehe..wifi kat cni laju giller..tu yg aku leh on9 ni..nasib baik aku bwk laptop..leh main FV sekali..hehehe..game peberet aku tu..tp time cuti je aku main..huhuu..

aku igt nk upload gmbr, tp aku x bwk plak cable hp aku..so, xdpt laa nk upload..huhuhu..
next laa aku upload..hehe..nak tido laa..eok pagi kene bangun pagi2 gile..kul 4.30 kene bangun..huhuhu..
k laa..nyte.. Assalamualaikum..

Thursday, December 2, 2010

saya suka gadow dengan anda

sejak 29 nov (isnin) yg lalu, aku da start bertekak jari jemari (menaip) dgn sorg mamat yg bernama Ahmad Farid di wall Izz..punyala seronok bertekak sampai hati aku panas je baca komen mamat tu yg menganggap aku x bape nk cerdik and pandai..HELLO BRO, org yg kau anggap x bape nk celik dunia ni skrg da belajar kat UNISEL tau..dalam kos Multimedia lagi..kau tau ke?? kalo xtau ko senyap2 je k..

sedap2 je dia nak berceramah dekat aku..otak aku ni pon penuh dgn ayat2 ceramah yg aku nak bg kat kau..tggl tggu masa je utk menceramah kau balik..ngaahahahahaaaa..

sejak dari mula lagi aku x bape berkenan dengan kau and orang2 yg bersekutu dengan kau..sebabnya orang2 macam kau ni asyik pk pasal nak cari duit je..mmg la x salah nak cari duit..tp caranya baaaaaaanyaak lagi melainkan kene kumpul org banyak2 n collect duit dr dorg..x ke kau rasa keji perbuatan kau tu?? mmg laa niat org tu nak join pon sbb nak cari duit..tp dibuatnya org tu x berjaya, ape yg kau nak bg kat dia??? sanggup ke kau pulangkan balik modal org tu?? entah2 duit org tu burn mcm tu je..

Wednesday, December 1, 2010

sejuk beku didalam open lab bersama AWIN & NAJWA

setelah agak berjam2 jugak aku dok dalam open lab ni barulah aku nk update blog..agagagaaa..
pagi tadi bangun tido terus siap sbb ada kelas Malaysian Study..setelah agak lama menunggu kedatangan lecturer yg x muncul tiba tu, kitorg pun beransur utk pegi ke open lab sbb nak install Visual Basic C++..hambek ko..hengat CGPA je ke yg ada C+..software pon ada C+ jgk laa..hohoho..

setelah agak penat membebel ngn izzat yg tetiba je yg da bertukar wajah perempuan tu (tetiba), barulah aku tulis blog ni..hohoho..jap g nk kene g kelas modelling..ape tah nama penuhnya..hohoho..

skrg da tambah sorg lagi kawan yg muncul secara tetiba di dalam open lab ni..Nik Nur Rif Izzati binti Razali..hahaha..k ar nak out g kelas..daaa

Monday, November 29, 2010

Cerita Hari Ini

Hari ni t'paksa menaip kat note sbb blog xleh taip melalui fon..(aku dpt internet free hari ni..WOW punye..hehe)..so gunelah celcom!! (apekah?)

ok..cite hari ni aku kene bgn awal2 sbb encik su (mentor aku) nk jmpe..then,mase p'jmpaan dgn mentor 2,dia ajar kitorg cara2 nk kira gpa ngn cgpa..lantak aku xfhm mcm mane nk kire..haha..after that,encik su sebut name aku n 9 kwn2 yg lain utk g training..perkara 2 b'laku pd hari jumaat hingga ahad (3-5 nov) b'tempat di hotel de palma,shah alam..walaweyhh..bahagianya aku dpt g tempat yg penuh memory bg aku 2..kalo nk tau,kat hotel 2 la tmpt aku ngn bf aku t'jmpe wat kali pertama (t'jmpe tau..bkn b'jmpe)..hehe..

Ptg plak wat pertama kalinya ada kelas utk sem ni..kelas typo ngn encik hailrudin..dan asgment utk hari ni ialah menyiapkn sketch font dr A smpai Z..atoii..teramatlah m'cbr bg aku yg xbpe nk b'seni ni..huhu..

Lps hbs kelas,nk pulang la plak..tp skali hujan turun daa..so,kene tggu hujan reda sket bru gerak..tp ktorg bntai gak naik mtr dlm hujan 2..hbs kuyup baju aku ble smpai umah..so,dgn pnts aku g mandi n nk bsh bj..kat cni la yg paling lawak bg aku..xpnh2 gune washer machine manual (aku slalu gune auto pny)..so,adalah dlm 10 minit aku ngn nureen dok study psl mesin 2,pastu ble da tau,bsh la bj 2..ble da siap bsh,nk keringkan plak..hbs 1 umah kecoh sbb mesin 2 da mcm b'perang je..kuat gler bunyiknye..sumpai lawak gler..tp nsb baik ad akak housemate yg baik ati yg sudi menolong ktorg..hehe..

So,demikianlah corat coret kisah aku hari ni..

Friday, November 26, 2010

jangan ganggu aku .. plsss..

aku penat laa bila kau ganggu aku..hari tu lama jgk laa kau x mesej aku.. lega giller hati aku.. disebabkan kau laa aku sampai gadow ngn izz ( ni nak ngadu punya pasallah ) .. skrg kau da mesej aku balik..penat laa nak layan kau..aku x suka laa..plss laaa..

apa tujuan kau sebenarnya nak ganggu aku?? kau kan da ada awek.. ustazah lagi tu awek kau..knp aku yg x berapa nak ustazah sgt ni kau suka kacau?? g laa mesej awek kau tu..kembang hati dia kalo ko mesej ngn dia..kalo ko mesej ngn aku apa yg kau dapat?? ayat dingin, loyar buruk ngn maki hamun je yg kau dapat..hati aku x fully 100% laa nak balas mesej kau..x ikhlas!! faham x??!!

aku rimas giller dengan kau..cukuplah sekali kau mainkan aku..malu tau x!! kalo ko sorg je yg tau xpe..ni hampir semua dak laki dlm group kita tau psl ni..ko mmg giller ar budak!! harap je nampak alim..tp perangai macam hantu..

hari ni mesej ngn aku, konon nak datang umah aku..ko giller nak datang umah aku jmpe parents aku?? mau bapak aku tembak ko gune senapang dia nnti..cukuplah seorang je lelaki yg aku kenalkan kat parents aku sbg teman lelaki aku..dan biarlah lelaki tu yg akan menjadi suami aku nanti..aminn..
tp aku xnk org lain termasuk ko giller..ko giller sgt..aku xnk ko..da laa x cukup ketinggian..kuat berpeluh plak tu..eee..geli aku tau x..

tolonglaa jgn ganggu aku lagi..aku xsuka ngn kau..

Semester baru..

kini bermula sudah semester yang baru.. tp hati aku macam xde mood nak tulis blog ni.. xtau ar nape..hohohoho..
utk sem ni, aku bawak motor g unisel.. penat jgk laa aku nk menguruskan motor aku tu.. tayar plak tetibe je wat hal..selama ni x pnh plak nk pancit..tp tetibe je pancit..kuang ajo betul..x ke menyusahkan aku..sabo je waa..hohoh..

skrg ni aku ada kat jeram..sedap woo melantak durian yg sedang berguguran..waduh2..seodapnya hinggo mejilat tapak tangan..ahahahahaaa...

err..aku xtau laa nk tulis ape lagi..otak kering xde idea nk mengarut ni..hohoho..

Saturday, November 20, 2010

Jadual Semester 2/10/11

Isnin : 3.00 pm - Typography
        : 6.00 pm - Proficiency English 2

Selasa : 8.00/11.00 am - Fundamental of Programming

Rabu : 11.00 am - Malaysian Study
         : 2.00 pm - Graphic Modelling

Khamis : 8.00 am - Typography

Jumaat : 8.00 am - Graphic Modelling
           : 3.00 pm - Multimedia Networking

_______________________________________________

demikian laa sudah jadual saya utk sem yg akan datang..nampaknya xdpt laa aku nk tido sampai ke tgh hari seperti biasa..hohohoho...(alamak!! kantoi sudah..hehehe)
dan xdapat laa jgk aku nak lari balik umah setiap minggu ag..hohoho...

My New Phone - Nokia 7230 (Pink)


this is my new phone..comeyh x??? heheh
disebabkan phone MyIman aku da cacat pendengarannya (xdgr suara org yg call), aku terpaksa membuat loud speaker atau memakai earphone utk berkata2..adoiii..teramat2 laa menyusahkan..mmg xde privacy laa kalo nk call an sbb org yg disekeliling jgk akan mendengar perbualan kita..kalo pakai earphone plak, telinga aku akan sakit sbb aku telah di anugerahkan sepasang telinga yg kecik molek(bkn cacat) dan x muat utk memakai earphone tersebut..sakit woiitt nak pakai earphone..mau bengkak telinga aku..hoho..

oleh kerana itu, aku membeli handphone yg baru seperti gmbr di atas dengan harga RM399.00 (dpt potongan harga sebanyak RM19.00 sahaja) ..
aku xtau nk ckp ape lg..juz tgk je laa..hehehehe...

oh yee..hp MyIman masih di dalam simpanan ku sbb si dia yg bagi kan..aku xkn jual sb aku saaaaayang kan hp aku..hehehe...
daaaaa..

Monday, November 15, 2010

Santai-santai kat tepi Pantai.

masa - 9.30 am
tempat - Pantai Remis, Jeram.


inilah keluarga kuu yg datang berkelah di tepi pantai..
jenis hidangan - bihun goreng, nasi gireng, sosej, nuget, telur dadar..
see..Madihah dok tertonggeng kat tgh2 tu..very noty da dia skrg ni..huhu..-_-!!


best nye panjat pokok..da lama giller x panjat pokok..hahaha..
beruk 1 (aku), beruk 2 (syiqin yg senget)..hahaha


comey x?? si munyit comel ni wat tanduk kat kepala..hehehe..


landing atas pokok..bestnyeee...^^,



tapak tangan kuu..


anak emak..hehehe ^^,


selipar jepunku yg berbelang ala2 kudang belang gituu..
hik hik hik..


posed atas batuu..ala2 model x jadi gitu..
hak hak hak!!


muka ku yg ala2 orang menahan tercirit tuu sebenarnya sdg menahan terik matahari..sbb tu muka jadi berkerut seribu gitu...huhuu


adooiii..punyelaa cantik aku posing, blh plak mamat senget kat belakang tu lalu kat belakang aku dg slumbernye..atoiii..-_-!!


pantai remis yg indah dan permai yg penuh dgn sampah..
ish ish ish..


pinjam kete abang jap..hehehe..


hand phone ku yg selalu ku campakkan apabila geram..hohoho..
cantikkan..??
bie yg bagi,,hehehe...^__^

Thursday, November 11, 2010

I rindu U guys Sume..


eee...tgk laa title tu..gediksss yewww..aawwwww...hahahahaha
siyesly..aku mmg rindu kat korg sume..walaupun kita hanye sempat bersama untuk dua mggu sahaja, tp aku bila aku teringat kat korg, aku jadi rindu ni..tgk gmbr ni membuatkan aku hampir2 mengalirkan airmata..tetiba aku teringin nak pakai baju sekolah yg ada lencana petak empat segi yg agak besar pd pandangan aku tu..hahaha..lencana sekolah lama aku xde laa besar sgt mcm tu n bentuknye juga mmg betul2 mengikut corak bentuk lencana tu..teringat aku kene bangun seawal pukul 5.30 pagi sbb kene naik van kul 6.30 pagi..giler weyh..loceng bunyik kul 7.10 minit kot..walaweyhhh..hohoho..

sepanjang pagi smpai tgh hari duduk dlm kelas yg ber'aircond' mmg membuatkan aku terkepit2 menahan kencing..hahahah..memalukan je..dengan bangunan setinggi 4 tingkat tu membuatkan aku malas nak turun ke kantin time rehat..so, balik je rumah aku terus bukak tudung saji n ambek pinggan dan makan..lapor weyh sepagian x makan..hoho..

masa aku kat form 6, kawan rapat aku adalah Dian (tp dia pindah lepas 2 hari aku duduk dlm kelas tu), Fadzilah, Meza dan juga Amira..classmates aku yg lain Aween, Ain Farhana, Lysa, Ainil, Puva, Bhuva, Sam, Faris, Ramli, Hassan..yg lain2 aku x ingat plak nama dorg..huhu..

tp bak kata org..perkara yg sekejap tu laa yg selalu di ingati berbanding perkara yg sering terjadi...^_^
aku rindu korg..kalo korg igt kat aku, thanks laa ye..hehehe

RESULT3!!!!!


TARAAAAA!!!!!!!!!!
cantik tak result aku untuk sem yg lepas?? ikut susunan menurun...hahahaha..bangga aku math dapat A- walaupun ada minus( - ) jgk..hohoho..aku sangka computer fundamental dpt A..tp dpt B je..intro to multimedia plak yg lbh tggi dr comp. fundamental..hohoho..english yg selama ni aku sangka 50% bahawa aku kene repeat ag rupa2nya dapat B-..syukur Alhamdulillah..1st time ni aku dpt B dlm BI..hahahaha..walaupun ayat aku mcm budak tingkatan 1 punye karangan..atoiii...-_-!!

tak sangka aku..agak tggi jugak cgpa aku..dpt jgk aku kalahkan kwn2 aku (kot)..hahaha..papepon, aku xnk laa membangga diri x tentu pasal sebab aku tau pasti yg lebih terbaik dr aku..

aku pun da x terkata nak berkata2 ni..papepon, syukur kepada Allah di atas kecemerlangan yg aku dapat..kepada kwn2 aku, tahniah kepada korg kerana berjaya merebut tempat utk tgk result korg..hahaha..tahniah jgk kerana korg berjaya mencapai ke tahap pelajar yg agak cemerlang..hahahaha...jgn mare................

Sunday, November 7, 2010

Reunion SK Jeram Batch 99-04 ( 6 Nov 2010 )


AHAH!!!! sesuai tak dgn tajuk di atas..agagagaaa..aku ni hari tu yo yo 'o je cakap xnk dtg..tapi aku wat decision last2 minit dan akhirnya sampai jugak aku ke Restoran Aroma Ikan Bakar kat Pantai Jeram nunnn...hohoho..giller kentang aku ni..mmg pada asalnye niat aku ni sememangnye xnk datang..tp disebabkan Cik Nurin Fatihah dan mesej aku "intan, aku da byr utk ko" then dengan rasa resah gelisahnye aku menjawab "ok laa..aku dtg mlm ni".. 
waduh2..korg ni saje je nak sabotaj aku eh..saje je xnk bg aku dok bersenang lenang kat umah dgn menonton Konsert AF mlm tadi..hohoho..
papepon, aku rasa agak seronok jgk..dpt jmpe kawan2 lama..mmg ramai yg aku xpnh jmpe lps tamat sekolah rendah dulu..dan ada jgk yg aku x igt langsung..ngaaa...

ada jgk cikgu2 yg datang malam tadi..Cikgu Helena, Cikgu Syaifuddin ngan Cikgu Zahar..

aku nak cite dari mula laa kejadian tentang semalam..heheheh
lepas aku dapat mesej dari nurin, aku terus mesej topek yg aku nak tumpang dia g restoran tu..lepas tu aku tggu jam kul 7 malam sebab aku da rasa neves nak jmpa dorg..hohoho..dalam kul 7.55 kot, kitorg gerak dr rumah aku..sampai sane tepat kul 8 malam..aku igt kitorg datang awal sbb xnmpk sorg pun kwn2 kat ctu..tp rupa2nya, da penuh meja..haha..memang lawak ar..kitorg yg lambat rupa2nye..ngaaa..sampai kat meja aku terus amek nombor cabutan bertuah *mmg x bertuah punye nombor* dan button yg kiut miut kaler kuning kat belah atas tuuu...ain kata button kalo kuning ada dua je, so aku rasa aku antara yg bertuah laa dapat kaler kuning tu..ntah sape laa partner aku yg dapat kaler yg same..huhuhu

lepas dok tggu yg lain2 smbil tggu cikgu2 datang, kitorg sembang2 kosong la dulu..tp aku rasa time ni x best kot sbb aku xde bnda pun yg dikongsikan dgn dorg..so aku jadi pendengar yg setia je laa..hohoho..lepas cikgu2 datang, maka start laa ucapan2 yg panjang lebar dari bekas ketua pengawas sekolah (Encik Muhaimin Zainol) dan wakil guru (Encik Zahar)..lps habis sesi kene ceramah, bermula la sesi makan2 plak..time laa yg best sbb aku da xthn da tgk ikan yg tergolek kat dpn aku, tomyam, daging paprik *kot*, telur dadar, kerang bakar *yg ni x terliur langsung* ngn sayur campur..walaweyh..aku yg sememang nye lapar ni mmg kecur air liur tgk lauk pauk atas meja..hahaha..*melantak..*

lepas habis sume, bermulalah sesi snap2 gmbr ngn pengumuman cabutan bertuah..mmg juling mata aku dok tgk kwn2 yg x reti penat hambek gmbr sane sini..pape tah..aku bukan jeles wokeyh..aku da sakan berposing kat unisel..so xde mase aku nak jeles dgn mereka yg snap gmbr hanye dgn menggunakan kamera hp sahaja *kat cni yg agak jeles sket sbb kamera hp yg aku langsung la tiada berkualti utk mengambil gmbr*..lepas tu tibalah masanya utk acara keberangkatan pulang cikgu2 yg tersayang..
tp yg paling aku x sangka ialah cikgu zahar masih igt aku rupa2 nye..sungguh x disangka!!
beliau masih igt yg aku ni dulu seorg yg sangat pendiam dan agak lemah..*atoiii!!*..dia cakap kat cikgu syaifuddin yg aku ni time mula2 dia ajar, aku ni tersangatlah lemah..tp last2 minit aku leh berjaya..dia cakap aku x berhenti belajar last2 minit *mmg paling x blh blah..auta je sume tu..hahaha*..mmg malu seyh..hahaha..papepon thanks laa kat cikgu zahar yg masih igt kat pelajar dia yg agak x berapa nk cemerlang sgt ni..hehehe..

okeyh..now, pitcha time!!! tgk laa ye..hohoho..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
=============================================================

Mr President majlis - Encik Muhammad Abdul Aziz bin Abdullah
sedap melantak ye bang..sampai je telinga sengih nye...
Mr President ngn Mr Penasihat a.k.a Bekas Ketua Pengawas - Encik Muhammad Abdul Muhaimin Bin Zainol
fazli..1st time jumpe dia..mmg agak hensem dia skrg..hahaha







=================================================== 
para2 makanan yg menjadi santapan kami...




hohoho..dapat snap yg ni je...
===================================================
the end...