Saya dan Dia



Ketika hatiku dipagut rasa sayu dan hiba, si dia datang sambil menghulurkan salam perkenalan. Dialah yang memberika senyuman, dan dia jugalah yang memberikan perhatian. Hati yang lara pulih sedikit demi sedikit dengan kehadirannya. Siapa sangka, ketika diriku sedang bersedih masih ada insan yang sudi menghulurkan jemarinya untuk memaut ku supaya berdiri kembali. Setelah aku kuat, dengan perlahan dia menghulurkan salam cintanya buat ku. Aku masih meragui dengan ketulusan hatinya. Tanpa perasaan, aku pula yang selalu menyakiti hatinya. Tapi dia tetap sabar dan terus-terusan mencintaiku. Tapi takdir Tuhan tiada siapa yang pernah menjangka. Dalam diam, hatiku mengakui bahawa aku juga mengasihinya...

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, dan tahun demi tahun telah berlalu. Ternyata benih kasih yang disemai kini semakin subur dan merimbun. Dia tetap utuh mencintaiku. Dan aku pula tetap setia disampingnya. Jika ditanya mengapa aku mencintainya? Akan ku jawab, "kerana dia begitu mengasihiku dan sukar untuk ku melepaskannya". Jika ditanya pula kepadanya mengapa dia mencintaiku? Akan dijawab, "Aku tidak memerlukan alasan untuk mencintai dirinya. Walaubagaimanapun dia, akan ku tetap mencintainya"...

Kini.. aku telah halal disisinya.. Alhamdulillah..


:)

No comments: