Tuesday, November 22, 2011

Najib, Mana CUTI?

Assalamualaikum..
tadi tgh best2 Innaz chatting dengan kawan seperjuangan sambil tangan scroll2 mouse kat wall fb, then tetiba ternampak satu gambar yg dah membuatkan Innaz ketawa tak henti2..


Ni la gambarnya...HAHAHAHAHHAA!!!
aduhaiii.. Innaz pon xtau la sape edit gambar ni..memang kene plak dengan muka dgn ayat dia tuh..hahahaha..
papepon, nak ke PM kita tu bagi cuti utk kita?? hehehe
*tangandibahudanmatakeatas*


  

Squad Harimau Muda berjaya bawa pulang pingat emas!

Penantian Satu Penyiksaan... Penyiksaan Membawa Kegembiraan. Tahniah Harimau Muda Malaya Yang Berjaya Mematahkan Kepak Garuda Yang Akhirnya Tersungkur Dibumi Sendiri. Kami Bangga Dengan Kejayaanmu...

Rimau Bukan Sebarang Rimau...
Rimau Muda Dari Malaya...
Melihat Garuda Merayau-Rayau...
Rimau Terkam Garuda Tak Bermaya...

Keputusan 1 - 1 ( Malaysia Menang Menerusi Sepakan Penalti 4 - 3 )

___________________________________________________

Tahniah Innaz diucapkan kepada Harimau Muda kerana berjaya meraih pingat emas dalam perlawan akhir bola sepak malam tadi di Stadium Bung Karno yang menentang Indonesia.. 

SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA! DAN MALAYSIA JUGA BANGGA MEMPUNYAI RAKYAT SEPERTI HARIMAU MUDA!! 

AAAUUUUUMMMMMMMMMMMMMM!!


Monday, November 21, 2011

Excellent - Kau Yang Satu

Assalamualaikum semua..Selamat Petang!!
hari ni Innaz nak share satu lagu yg dah bertahun-tahun Innaz carik..akhirnya ketemu jua..dulu tak jumpa sebab keliru dengan tajuk lagu ni dengan lagu Kau Satu-satunya - Ukays dan penyanyi pon tak tau sapa namanya.. tapi Alhamdulillah jumpa jugak..hehehe..

Lagu ni Innaz dengar time Innaz sekolah rendah dulu.. Kakak Innaz selalu karaoke sorang-sorang lagu ni kat umah time parents Innaz xde kat umah..Innaz dengar dia nyanyi sedap sangat..lagu nye pon macam mendayu-dayu je..hahahaha!! papepon, syukur sangat sebab dapat jgk dengar lagu ni setelah hampir 10 tahun tak dengar...layannnn!!!


Biar kupimpin jejarimu
Menyusur ruang yang berliku
Biar kuarah laluanmu kasih
Agar kau tidak rasa kaku

Sepenuh rasa sayang
Yang menghuni hati
Moga diberkat Kasihku ini

Hanya kau yang pertama
Juga kau yang terakhir
Bertahta di hatiku
Melengkapi kehidupan

* Janganku ditinggalkan
Janganku dilupakan
Dengarlah sayangku
Maafkanku jika Berkasar terhadapmu

Bukan niatku
Membenci oh dinmu
Di luar sedar
Menengkingmu sehingga
Engkau menangis sayang
Apa yang berlaku
Mohon dilupakan
Maafkanlah aku
Maafkanlah

Takkan ku ulangi
Tak aku menyakiti
Oh hatimu lagi
Percayalah sayangku

Benar kata
Cintakan berubah
Bila ribut melanda
Berilah peluangku sekali lagi

(ulang *)

ALBUM: Kau yang satu
ARTIS : Excellent
LAGU/LIRIK: Lan Laga/ Nur

____________________________________________

Sunday, November 20, 2011

Makan, Makan dan MAKAN!

Assalamualaikum and veri gud ivening tu oll my dier frens.. Haw wow u tuday?? hopulli u are in gud kondisyen.. HAHAHAHA!! (tetibe +,+!!)


Topik pada malam ini adalah MAKAN!! eh jap, buat "makan" besar sikit..highlight word "makan" then press control+B and pegi kat font size and reset jadi Largest..
Wokeyh.. topik pada malam ini adalah MAKAN!!
(ishhh..apehal plak semua besar-besar ni?? ahh lantaklah sane...:P)

Orite..nak cite tentang makan ni.. wokeyh, tipulah kalo korang semua ni tak suka makan.. pasti semua suka makan..termasuk jugak Innaz.. Innaz mengaku memang Innaz suka makan dan kuat makan..Innaz memang pantang nampak makanan sebab kalo nampak makanan je mesti perut akan terasa lapar sambil mulut berkata "ishh sedapnya makanan ni..perut aku pon tetiba terasa lapar ni..".. Innaz memang tak boleh menghadap makanan, walaupun baru lepas makan, kalo nampak orang tgh makan je mesti Innaz akan ambek pinggan and bubuh nasi and bubuh kuah and ambek lauk dan makan bersama-sama dengan mereka (situasi ini hanya berlaku di rumah sahaja).. 

Kalo kat Unisel, Innaz mmg akan panas bontot duduk dalam rumah je sebab perut ni mesti suruh kaki ni turun ke cafe or kedai runcit utk mencari makanan utk di makan.. kalo di rumah plak, Innaz pasti akan terlebih makan sebab makanan sentiasa ada.. kalo xde, Innaz akan men'vroomm-vrooommmm'kan motor Innaz utk menuju ke kedai runcit beli aiskrim..heheheh..terukkan kan..usahkan duduk kat unisel, duduk kat rumah pon panas bontot jgk kalo xde makanan utk di kunyah..huhuhu..

saya sedang makan!!

kalau Innaz dirumah then kakak-kakak or abang-abang Innaz balik, pasti Innaz akan berasa terlalu gembira sebab pasti akan ada aktiviti memasak makanan yg sedap2..hehehh..

Innaz kalo makan banyak mane pon, even 10 kali sehari pon, badan tetap x gemok2..maintain je..berat badan pon kalo naik juz sekilo or 2 kilo..then beberapa hari lepas tu pasti akan turun sebanyak mana berat badan ni naik..huhuhu..tapi xpe lah..Mak dan Abah Innaz kata, "Dik, kau jangan nak gemok sangat..nanti tak cantik..kau tu dah la pendek, kalau gemok buruk rupanya.." huhuu..begitulah ucapan mereka setiap kali Innaz menyuarakan hasrat hati untuk memiliki tubuh yg berisi sikit.. Boyfriend Innaz pon cakap, "jangan gemok sangat nanti b tak larat nak angkat.."..begitulah ucapan beliau setiap kali Innaz menyuarakan hasrat hati utk memiliki wajah yg tembam sikit..huhu..-_-!!..bukannya Innaz tak bersyukur memiliki tubuh yg diidamkan oleh semua wanita (its mean kurus okey..:P) tapi Innaz nak muka Innaz ni tembam sikit barulah comel..kalo cengkung sangat tak comel kan..huhu..

papepon, bersyukurlah selagi badan tu masih mampu bergerak, berjalan, berlari dan melompat.. sebab kesihatan tu amat penting sekali, tak kisahlah seseorang tu kuat makan atau tak, kurus atau gemok.. hehehe..:)

sekian saja untuk hari ni.. kalo idea gila-gila datang, nanti Innaz update entry baru lagi eh...:)

GUDNYTE!!!

  

Bedak Oh Muka Melepak!

Assalamualaikum All!! 
pada petang Ahad yg mulia ni Innaz nak kongsikan satu kisah yg agak lucu buat Innaz.. Sebenarnya kisah ni terjadi masa bulan puasa hari tu (kot)..tapi Innaz xde kesempatan nak menceritakannya.. so hari ni tetiba rasa terseru utk membuat enrty pasal ni..

WOKEYH!! Kisahnya begini.. masa tu Innaz baru je bangun dari tidur petang, so kat dapur dah sibuk nak siapkan juadah utk berbuka puasa.. yg Innaz plak masih terkebil-kebil duduk kat atas kerusi sebab otak masih mamai 20%..so otak tak boleh nak berkomunikasi dgn badan dgn baik pada ketika itu.. selepas lebih kurang 5 minit Innaz ingin menormalkan kembali kesegaran otak, tiba-tiba datang seorang anak sedara Innaz dan menghadap Innaz yg tgh mamai tu sambil tersengih-sengih seperti kerang yg telah direndam dek air paip.. dengan otak yg sudah mulai memproses pandangan yg sedang Innaz nikmati tu, then secara tiba-tiba otak menghantarkan isyarat ke mulut untuk tergelak berdekah-dekah pada petang yg damai itu.. nak tau apa yg Innaz tengok??


JENG JENG JENGG!!!!
(jeng3 tu kasih besar sikit..heheheh :P)


inilah rupa anak sedara Innaz yg Innaz gelakkan berdekah-dekah itu..hadoiiyaiii...sape yg x tahan nak gelak kan bila tetiba mata terpandang wajah insan yg baru nak membesar ni sebigini rupa..

Nama dak kecik ni Auni..Innaz pon xtau la kat mane dia boleh dapat bedak n sapukan kat muka sampai dah jadi raja tepong komak mcm tu..nak tau sape lagi geng dia main bedak ni??

Ni la wajah-wajah yg telah karam di tenggelami bedak..

Ni Haziq.. adik kepada Auni..tak padan dengan kejantanannya pon pandai main bedak jgk..dah macam The Phantom of the Opera dah muka dia..huhu

yg ni plak Madihah..mybe dia lah mak andamnya sebab muka dia bersih je (tapi ada jgk tompok2 bedak kat muka dia)..cuba tgk tangan dia..penuh dengan bedak..mesti dia punyalah yg memekapkan Auni dengan Haziq ni..hahaha

 ni ada lagi gmbr yg sempat Innaz snap..mmg lawak habislah..Mak Innaz yg tengah tegang masak kat dapur pon boleh berhenti masak kejap sebab tak boleh nak tahan gelak tgk budak2 kecik ni..aduhaiii...


haihhh..dah betul-betul rupa si Ajis dalam cite Seniman Bujang Lapok tu..HAHAHAHAHA!!

Macam ni la ragam anak-anak sedara Innaz bila balik kampung..masing-masing jadi rajin utk "berkemas" rumah..huhuu..papepon, saya sayang mereka semua walaupun saya selalu marah mereka..heheheh..
PIECE ^_^v!!


Saturday, November 19, 2011

Tahniah Team Bola Sepak Malaysia!!!


Assalamaulaikum wbt..

Dengan ini saya ingin mengumumkan satu berita gumbira.. Ianya terlalu gumbira buat seluruh warga Malaysia sehingga ada yang menitiskan airmata, gelak tak henti-henti dan menjerit melolong-lolong seperti orang insane kerana berita gumbira ini.. HAHAHAHA!!

Pastinya rata-rata telah mengetahui bahawa Squad Bola Sepak Malaysia dengan bangganya telah melangkah ke final untuk memenangi Pingat Emas dalam sukan Sea pada tahun ini. Ianya merupakan satu berita yang terlalu gembira buat para penyokong Harimau Malaya ini kerana para pemain telah bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan satu-satunya GOL yang berjaya dijaringkan oleh pemainnya (tak tau apa nama beliau) pada separuh masa kedua ketika squad Malaysia menentang Myanmar dengan kemenangan 1-0. 


Tahniah buat pasukan Harimau!!
NGAUUUMMMMM!!! 
ggrrrrrrrr.....:P


  

Friday, November 18, 2011

B.O.S.A.N = BORING!

Assalamualaikum....
HAIIII!!! 

Hari ni Innaz dapat merasakan ada sedikit keboringan dengan blog Innaz ni.. Mungkin sebab dah terlalu lama Innaz tak ubah layout blog ni..

HAHHH!!! ada satu soalan cepumas ni..korang tau tak layout tu apa??? (perkataan layout kasi highlight sikit..)
Layout tu adalah susun atur sesuatu di dalam scene..contoh macam blog ni laa..kalo kita nak ubah, kita kene susun dulu..yg mana sepatutnya di hadapan(1st look) dan yg mane sepatutnya di letakkan di belakang..tapi tapi tapi tapiiii...mesti kene ada 'tapi' jugak...nak buat layout ni pon bukan boleh main letak je..kene ada seni jugak (bak kata penggiat seni tanah air laa)..kalo kita main letak secara hentam kromo je, blog kita akan jadi messy..macam nak letak perabot dalam rumah jugak..mane boleh letak benda2 besar kat tgh2 rumah dan yg kecik kat tepi2 dinding je..tak cantik la kan..kita tgk pon serabot apatah lagi tetamu yg datang...
so, sama jugak nak buat layout kat blog.. kene kemas dan teratur..kalo nak lebih tahu tentang susun atur dalam blog ni, tanyalah pada yg pakar eh..x pon cubalah survey2 kat blog2 org lain..Innaz ni bukanlah tahu sgt.. benda ni pon cuma utk peringatan buat diri sendiri jgk supaya x buat blog yg messy dab serabot..heheheh..:P

HUHH!! sekarang ape nak buat?? tak tau nak buat ape dah..well, time cuti2 Malaysia ni mmg Innaz agak insane sikit sebabnya dah xde benda nak dibuat..so merapu-rapu je laa..hehehe..

okeylah, Innaz nak siapkan banner yg baru utk blog Innaz ni..heheh..daaaaa


  

Monday, November 14, 2011

Berakhir Sudah Cerita di Semester 4

Semester 4 ni memang paling mencabar kesabaran Innaz dalam sepanjang Innaz hidup kat dunia ni.. semua subjek yg Innaz carry sem ni, semuanya bertahap Ijazah.. Innaz pon xtau la..mungkin batch kitorg ni menjadi bahan uji kaji kot sebab semuanya boleh dikatakan kitorg la first batch yg ambek subjek tu,  1st bacth yg buat event ni, 1st batch yg buat benda tu.. hadoiii...rasa nak nangis pon ada..huhuu T_T

papepon, pengalaman dan kenangan yg Innaz dapat untuk sem ni antara kenangan yg tak ternilai harganya..walaupun ada banyak assignment yg membuatkan Innaz jadi give up, tapi usaha dan semangat yg diupkan oleh kawan-kawan telah membuat Innaz berjaya mengharungi kepayahan sem ni dengan kesabaran yg tinggi..tapi malangnya Innaz x dapat menyiapkan satu je tugasan yg terakhir kerana telah kesuntukkan masa dan jugak ketandusan idea..memang kecewa sgt..tapi nak buat macam mane, rezeki tak menyebelahi..huhuu..T_T

papepon, segala yg berlaku pada sem 4 yg lalu akan Innaz jadikan sebagai pengajaran dan segala pengalaman dan kenangan tu akan Innaz jadikan sebagai memory yg terindah.. :)

time ni dekat Mid Valley..sebab kitorg dapat satu assignment yg maha pelik di mana lecturer meminta kitorg menonton movie 3D dan kaji segala element yg ada dalam movie tu..lepas tu kitorg kene buat trailer dan storyboard berdasarkan movie tu jgk..tapi bila dah start movie, Innaz tak buat pape catatan pon sebab gelap kan..maacam mane nak menulis kan?? hahaha..juz tengok je la cite tu..best plak cite dia..(The Three Musketeers)


Innaz dan Kak Yan!! dia ni bakal roomate Innaz untuk sem depan..hehehe..:)

yang ni plak Innaz dan housemates..kitorg baru lepas berkayak time ni..1st time Innaz berkayak..dan alhamdulillah Innaz tak jatuh pun..hehehehe...:P

yg ni plak tgh menyiapkan assignment kat dalam library.. ni pon boleh dikatakan antara assignment yg pelik jugak sebab lecturer suruh kitorg semua pegi library dan siapkan tugasan..satu hari suntuk Innaz dan kawan2 kat dalam library tuh..dari hari terang benderang, sehingga gelap gelita..huhu


yg ni plak kitorg ada presentation.. yg ni bukan team Innaz..Innaz juz menyibuk je kat situ..hahaha

yg ni group usrah Innaz..time ni kitorg ada game bola jaring..dah 7 tahun Innaz tak main bola jaring, sekali main, lebam2 kaki Innaz tau sebab asyik terhatuh je..huhu


Innaz pegang posisi WA (wing attact)

gambar ni plak time Innaz pegi kem spies kat ampang pecah..seronok sgt..ni semua peserta2 yg pegi kem tu..:)

come tak Innaz pakai spek hitam ni?? hahhaaha...

fully formal..nampak sangat Innaz ni rendah bila pakai mcm ni..huhu..-_-!!

yeah!! this is me..kawaii tak?? hahaha.. kredit to nazatulshima sebab sudi meminjamkan baju ini utk Innaz..time ni lepas nasyid..1st time jugak Innaz jadi penyanyi solo..huhuhu..sakit tekak saya..



berakhirlah coretan Innaz utk entry kali ini..Innaz pon xtau nak tulis ape lagi dah..tetiba je otak jadi blank..huhu..papepon, Innaz nak ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada adik2 yg menjawab SPM hari ni..semoga adik2 semua dah bersedia sepenuhnya dan menjawab soalan exam dengan tenang..inysya'Allah kejayaan tu akan menjadi milik adik2 semua..:)

kepada kawan-kawan yg bakal menduduki STPM minggu depan, SEMOGA BERJAYA Innaz ucapkan kepada semua.. jangan asyik nak berfacebook je tau.. pelajaran tu lagi penting.. tak lama pon, sebulan lagi korang bersuka ria sakanlah ye..hehehehe :)

dan tak lupa jugak kepada cik abang sayang, jangan stress sangat tau nak jawab STPM nanti..jgn sia-siakan pengorbanan yg dah kita persetujui sebelum ni..Intan doakan semoga bie berjaya dalam STPM dan berjaya jugak menebus kekalahan bie pada SPM yg lepas..I Love You so mucchhhhh!!!




      

Oh! Blog Sarang Labah-Labah Ku...


ASSALAMUALAIKUM YOU ALL!!!! 

Lamanya aku tak menceceh kat sini.. dah sebulan lebih kot Innaz tak tak on blog ni.. Al-maklumlah, dengan final project yg berlambak-lambak dan jugak presentation untuk final projek banyak sangat.. apatah lagi dah nak dekat exam.. memang tersangat-sangat xde masa nak pikir pasal blog yg dah penuh dengan sarang labah-labah ni..huhuhu.. walaubagaimanapun, sekarang Innaz sedang menikmati keindahan dunia yg sedang merdeka..hahahahaaa.. Innaz baru je habis final exam ni..so tetiba rasa terpanggil untuk menjenguk blog dan meng'update'nya..kalau ada yg dah rasa rindu dengan Innaz, boleh la lepas kan rindu tu dengan sepuas-puasnya sebab lepas ni mungkin Innaz akan kembali aktif untuk meng'update' blog ni.. hehehehe..

okeylah..my mum dah panggil makan tu..
nanti Innaz datang balik dan post entry terbaru yang bertajuk 
'Berakhir sudah kenangan di Semester 4"

wait for me tau!!!
daaaaaaaaaa....:)