Saturday, January 12, 2013

Aku terpana dengan "King 2 Hearts" (Korean Drama) (2012) [REVIEW]

Assalamualaikum..

dah lama aku tak menulis kat sini..well, busy ya amat! finally, the last and ever semester is begin tomorrow.. we will see how my final project of the year about Documentary Film: Autism is doing well or not.. :))

Tapi sekarang aku tak nak cerita pasal final project or something else.. I just wanna share with you guys about the Korean Drama, King 2 Hearts. The main cast as first couple in this drama are Lee Sung Gi as Prince Lee Jae Ha/King Lee Jae Ha from South Korea, and Ha Ji Won as Comrade Kim Hang Ah from North Korea. Lee Jae-kang, the current king, tricked the prince, his younger brother, into joining a joint military collaboration with North Korea as a means to help "make him grow up". But later, the prince falling in love with Kim Hang Ah.. But, King Lee Jae Kang dead. So, putera terus naik takhta dan keadaan sangat kacau bilau disebabkan penyangak yang tak nak korea selatan dan korea utara bergabung dan aman dengan ingin membatalkan perkahwinan Lee Jae Ha dengan Kim Hang Ah..


TAPI! aku tak nak cerita pasal kisah cinta diorang dlm cite ni.. kalo korang nak tau, korang tgk la sendiri cite dia.. memang takkan rugi! dan cite ni pon mmg lain dari yang lain dari drama2 korea yg aku pernah tengok.. sungguh!! aku tak tipu..!

Sebenarnya tujuan aku menulis kat sini untuk share second couple dalam drama ni.. Jo Jung Suk as Captain Eun Shi Kyung with Lee Yoon Ji as Princess Lee Jae Shin, the king's younger sister..


Dalam drama ni, puteri tu seorang yang periang dan nakal.. dan Eun Shi Kyung merupakan pengawal diraja yang berpangkat tinggi dimana dia boleh berada rapat dengan keluarga diraja dan satu2 nya pengawal yang boleh masuk ke dalam bilik putera dan puteri disebabkan kepercayaan yang tggi yg telah diberikan oleh Putera Lee Jae Ha sebab dorang sama2 masuk latihan WOC dengan pasukan askar dari Korea Utara.. 

Tapi keadaan jadi sgt tegang bila Raja Lee Jae Kang yg merupakan abang sulung putera dan puteri mati.. Masa tu pueri Lee Jae Shin datang ke tempat Raja utk makan malam sama2.. Tapi dia terserempak dengan pembunuh abangnya dan dia dijadikan tawanan dan diugut.. untuk melepaskan diri dari cengkaman si pembunuh, Lee Jae Shin terus lari dan terjun ke dalam gaung.. bila dia dah sedar, dia tak lagi macam dulu disebabkan dia lumpuh dr paras pinggang hingga ke kaki dan mengalami trauma yang berat akibat dari kejadian tu.. Eun Shi Kyung cuma satu-satunya orang yg boleh buat dia rasa tenang sebab Lee Jae Shin dan mula suka kat Eun Shi Kyung.. Tapi Eun Shi Kyung terus terusan menolak Lee Jae Shin sebab baginya, dia bukanlah seorang yang bagus dan terbaik untuk berdamping dgn puteri tersebut..

Bila keadaan dah jadi semakin tidak tenteram disebabkan perang psikologi yang berlaku antara Raja Lee Jae Ha(selepas dia dinaikkan takhta) dgn Kim Bong Gu(si pembunuh), Eun Shi Kyung terus menawarkan diri untuk menjadi umpan kepada Kim Bong Gu demi menangkap dan menghadapkan Kim Bong Gu ke muka pengadilan.. sebelum dia pegi menjalankan misinya, raja meminta supaya dia bertemu dengan adiknya di kebun bunga.. pertemuan tu, raja sendiri yang aturkan..



Pada ketika ni, Eun Shi Kyung beritahu puteri yang dia nak pergi bercuti.. dia mintak puteri buat homework yg dia bagi dan terus menyayi (puteri tu asalnya penyanyi).. bila dah siap homework tu, masa tu dia akan pulang.. dan masa ni jugak sebenarnya Eun Shi Kyung mula menunjukkan kebenaran yg dia sebenarnya jugak menyukai puteri Lee Jae Shin.. but still, dia masik belum cakap lagi yg dia suka kat puteri tu..

Ketika dia menjalankan misi, keadaan tak sama seperti yang dia rancang.. rancangannya dah diketahui oleh Kim Bong Gu dan Eun Shi Kyung terus diseksa setiap hari (masa ni aku menangis tgk dia diseksa).. In the end, dia berlakon untuk dipengaruhi oleh Kim Bong Gu dan mengkhianati raja.. tapi sebenarnya itulah rancangan asal dia dgn raja.. Bila kejayaan dah didepan mata dan Kim Bong Gu telah ditahan, tapi yg jahat tetap jugak jahat.. Kim Bong Gu sempat lagi menembak Eun Shi Kyung walaupun tangan dah digari.. di depan mata raja, Eun Shi Kyung rebah.. dan di dalam pangkuan raja, Eun Shi Kyung menghembuskan nafas yang terakhir (time ni aku menangis bagai tak hengat)..


Berita kematian Eun Shi Kyung terus disampaikan kepada Puteri Lee Jae Shin.. Dan semestinya puteri tu tak dapat terima dan  menangis.. After a while, a new royal guard yang replace tempat Eun Shi Kyung bagi satu kotak kat puteri yang dah dikirimkan oleh Eun Shi Kyung kepada puteri apabila sesuatu terjadi terahadap dirinya ketika menjalankan misi.. dalam kotak tu mengandungi video tape yang sempat Eun Shi Kyung rakamkan selepas saja dia kiss puteri tu kat taman.. dalam video tu dia cakap, dia sukakan puteri tu sejak dari awal lagi.. lepas dia pulang dia ingin menjadi seseorang yang berguna, menarik dan kelakar untuk puteri tu.. dan dia jugak akan memberithu puteri secara personal yg dia mencintai puteri tu..  

Kat sini aku nak post video dari youtube.. tapi xboleh embed pulak..so aku bagi link saje.. King 2 Heart - Eun Shi Kyung & Lee Jae Shin... video tu memaparkan video Eun Shi Kyung dan ada jugak diselitkan dengan selingan dari drama tu.. well, tiap kali tengok mesti aku menangis.. 

 


In the end drama ni, aku tak fokus sgt pada main cast dia.. aku cuma fokus pada second couple ni je.. kisah yang sgt tragik dan sangat sedih.. kerana cinta dan kesetiaan pada raja, dia sanggup berkorban demi tanah air dan meninggalkan seorang yang dia sayangi..T,T..

Finally, of coz Raja dan Permaisuri hidup bahagia hingga ke anak cucu.. dan puteri juga berusaha untuk membina sebuah hubungan baru dengan lelaki lain.. but still, in her hearts, Eun Shi Kyung still be the number 1!