Sunday, April 28, 2013

Dream High (Korean Drama) (2011) [REVIEW]

DREAM HIGH.......
Bagi peminat-peminat drama Korea pasti tahu tentang DREAM HIGH.. Sebuah drama 16 episod yang dibintangi oleh barisan IDOL terkenal dari Korea Selatan, Suzy (Miss A), Ok Taecyeon (2PM), Kim Soo Hyun, Jang Wooyoung (2PM), IU dan Ham Eunjung (T-Ara). Drama ni popular diakalangan remaja dan mengisahkan tentang 6 orang pelajar di Kirin High School yang memasang impian untuk menjadi bintang K-Pop. Ketika di sekolah, mereka belajar tentang menyanyi, menghasilkan lagu dan menari. Mereka juga merasai perasaan mencintai dan dicintai antara satu sama lain. Setiap seorang dari mereka mempunyai kelemahan dan kekuatan masing-masing, tetapi dari keakraban mereka sebagai sahabat, mereka mendorong dan menyokong sesama mereka sehinggalah mereka berjaya mencapai impian mereka.


Well, aku bukan nak cakap pasal kisah cinta dorang, tapi aku nak mengetengahkan tentang apa yang di panggil IMPIAN.. Cerita ni mengajar aku untuk mencapai impian kita.. Mereka 6 orang ni memang sangat berbakat di mana 3 dari mereka merupakan pelajar yang diserap masuk ke Kirin High School tanpa ujibakat dan guru mereka percaya dengan bakat yang mereka ada walaupun mereka banyak memberi masalah. 

Oleh kerana impian yang mereka ada, guru mereka sanggup berhabis duit dan berkorban demi mereka.. Guru itu lebih kurang macam bapa mereka sebab ketiga-tiga pelajar special ni tinggal dengan guru tu.. Dan OST songs dalam cerita ni jugak banyak berkisarkan tentang impian.. Aku suka lagu Dreaming nyanyi Kim Soo Hyun.

Dreaming - Kim Soo Hyun

Jeo meolli hweuimi haejineun
Naeui kkumeul barabomyeo
Meonghani seoisseotjyo

Deo isang nameun ge eopseo
Modu pogi halkka haesseotjiman
Dashi ireonayo

Han georeumhan georeum oneuldo
Joshim seureobge nae didyeoyo
Gaseum gadeukhi duryeo umgwa
Seolleimeul aneun chae

Biteul georigo heundeullyeodo
Nan tto han georeumeul nae didyeoyo
Eonjenga mannal nae kkumeul hyanghae

Idaero kkutnaneun geon anilji
Duryeoumi nal jakkuman
Mangseorige hajiman

Gaseumsok giteun goseseo
Meomchuji anhneun ullimi nal
Apeuro ikkeuljyo

Han georeumhan georeum oneuldo
Joshim seureobge nae didyeoyo
Gaseum gadeukhi duryeo umgwa
Seolleimeul aneun chae

Biteul georigo heundeullyeodo
Nan tto han georeumeul nae didyeoyo
Eonjenga mannal nae kkumeul hyanghae

Han georeumhan georeum oneuldo
Joshim seureobge nae didyeoyo
Gaseum gadeukhi duryeo umgwa
Seolleimeul aneun chae

Biteul georigo heundeullyeodo
Nan tto han georeumeul nae didyeoyo
Eonjenga mannal nae kkumeul hyanghae

Eonjengan mannal nae kkumeul hyanghae
__________________________________

I was looking at my dream that is being deemed far away
And I was standing blankly
I don’t have anything left any more
I thought about giving up everything, but
I am standing up again

Even today step by step
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards
the dream that I am going to meet some day

As I’m thinking if it’s going to end like this
A fear constantly comes
I’m hesitating but
Deep inside my heart
There’s an unstoppable beating
that drags me forward

Even today step by step
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards
the dream that I am going to meet some day

Even today step by step
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards
the dream that I am going to meet some day

Towards the dream that I am going to meet some day


Lagu ni menyentuh perasaan aku sebab suasana dalam cerita tu ketika Kim Soo Hyun nyanyi lagu ni betul-betul buat aku mengalirkan airmata sebab masa tu Kim Soo Hyun ibarat kehilangan impian dia sebab gadis yang dia sayang (Suzy) rapat dengan Taecyeon. Waktu Kim Soo Hyun ada masalah dengan pendengaran dia, jadi dengan adanya Suzy dia dapat meneruskan impian dia sebab Suzy tu yang bawak dia ke Kirin High School.. Waktu dia menyanyi lagu ni kat pentas, dia tak dengar langsung muziknya.. Lastly, Suzy yang bantu dia dapatkan pitching nya balik.. Akhir persembahan, Kim Soo Hyun menangis sebab dia berjaya buat persembahan yang terbaik..

Kerana impian, segala rintangan harus diatasi.. Mungkin ianya memerlukan sedikit pengorbanan.. Jadi, janganlah berputus asa di tengah jalan kerana bila impian berjaya dicapai, manisnya hanya kita yang dapat rasa.. :)



Saturday, April 27, 2013

Aku DULU dan SEKARANG

Dulu aku selalu update entry kat blog ni.. Tapi sekarang aku dah jarang sangat.. Aku sendiri pon tak tahu kenapa.. Tapi bila aku ushar-ushar balik entry aku yang lama-lama dulu, aku tergelak sendiri dengan penulisan aku yang ala-ala 'kanak-kanak riang' tu.. HAHAHA!! Mungkin sekarang aku dah matang sikit (kot) dari sebelum ni jadinya aku rasa penulisan aku dulu macam budak-budak.. Emosi yang aku lontarkan kat dalam penulisan aku tu tak konsisten.. Sekejap happy, sekejap sedih, sekejap marah... Macam orang tak betul pon ada... HEHEHE.. Dulu, kalau boleh semua benda aku nak cerita dan kongsikan kat sini.. Aku tahu followers aku memang tak ramai.. Maybe takde sape pon yang nak baca dan singgah kat blog aku ni.. Tapi aku masih lagi nak bercerita dan berkongsi.. Aku anggap blog aku ni sebagai tempat kedua untuk aku luahkan apa yang aku rasa disamping bercerita dengan keluarga dan kawan-kawan..


Tapi sekarang, aku tak rasa macam nak kongsi semua perkara yang berlaku melainkan aku benar-benar nak kongsikan aje.. Sekarang aku lebih suka menyimpan sendiri apa yang dah berlaku dan terpulang kepada memory sama ada untuk terus mengingati cerita tersebut ataupun melupakan aje.. Kadang-kadang kita menulis cerita kita untuk kita jadikan sebagai kenangan dan pengajaran untuk masa depan.. Jika kita dah lupakan ia, bila kita baca kita boleh teringat balik dengan cerita tu.. Ataupun bila kita dah benar-benar terlupa dengan cerita tu, bila kita baca mesti kita akan berkata, "Ahhhh, begini ke cerita yang pernah aku hadapi dulu?".. Dan bila kita baca cerita kita, kita sendiri boleh menyedari akan perubahan yang dah berlaku dan kita jugak dapat bezakan diri kita yang dulu dengan yang sekarang..


Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi blogger terkenal macam Irine Nadia Marcello.. Dia famous sebab dia selalu menulis tentang kecantikkan, fashion dan kisah hidup dia.. Tapi aku menulis hanya bermodalkan kisah hidup aku dan sedikit tentang pengetahuan am yang aku pelajari, fakta sejarah serta kisah-kisah yang menarik yang aku ingin kongsikan.. Tapi aku sedar aku memang tak boleh jadi macam Irine sebab perbezaan antara aku dengan dia terlalu besar walaupun umur kami sebaya.. Irine seorang wanita yang cantik, gemar berfesyen dan mempunyai imejnya yang tersendiri, blog dia kelihatan menarik sebab dia design blog nya sendiri, dan ramai juga orang support blog dia.. Dan aku pulak hanya seorang yang sederhana, terlalu cerewet dalam pemakaian, dan aku seorang yang sangat malas untuk blogwalking.. Orang kata, kalau nak blog kita ramai followers, kita kene rajin blogwalking.. Well, aku memang takde masa nak buat blogwalking.. Dan blog aku pon cuma guna wallpaper yang blogspot sediakan.. Bukan sebab aku tak pandai nak tukar template lain, tapi disebabkan terlalu banyak template yang cantik-cantik, jadi aku memutuskan untuk tidak menukar template blog aku ni.. HAHAHA!!

Well, memang malulahkan bagi seorang pelajar Multimedia seperti aku ni tak pandai nak decorate atau design blog sendiri.. Aku ada je design website sendiri yang aku buat.. Cuma aku belum publishkan untuk jadikan website je atas sebab-sebab yang tertentu..


Aku memang bukan seorang yang penipu sebab aku ada bukti.. HEHEHE.. Kalau aku dapat transfer template ni ke dalam blog aku pon dah nice sangat.. So, tak perlulah aku nak membazir duit buat website sendiri yang belum tentu lagi aku hadap setiap hari kan.. Cuma aku belum jumpa lagi caranya macam mane.. HUHUHU.. Belum buat research lagi...

Walaubagaimanapun, aku akan cuba untuk perbaiki cara penulisan aku untuk jadi lebih menarik dan mudah difahami.. Sebab sekarang aku menulis bukan kerana nak jadi blogger terkenal.. Tapi aku menulis cuma mahu kongsikan cerita aku kepada insan-insan yang sudi membaca cerita aku :)..

BTW, thanks to anyone who is willing to continue to read my story of my life..


  

Thursday, April 18, 2013

Mempersembahkan Documentary Film: Fragile X Syndrome (Malay)

My penat lelah documentary hasil selama sebulan aku bertungkus lumus...


Alhamdulillah.. antara yg the best among the best!!. aku berbangga dapat menghasilkan sebuah dokumentari yg sebegini.. :))



Wednesday, April 17, 2013

Final Year Project Presentation Day '13

Finally, our day is came.. for the last a month ago, I struggled to finish up my documentary and report and end up to be the best among the best! Alhamdulillah, our documentary is interesting and I hope I'll get A in my final project before I leave Unisel ... maybe forever?? Who knows if I will not come back to Unisel, right?? hohoho..

Me with Kak Yan. My partner in creating this documentary.

Now, the documentary is still in the process uploading to youtube.. If it's done, you all can view it on youtube.. :))




Half of my beloved classmates.. I wished you all will have the great mark on your final project too..


  


Sunday, April 7, 2013

Jubah!


Wearing Jubah and Hijab from Makkah.. Thanks to my beloved sister for bought me this beautiful dress.. :)


Autism to Fragile X Syndrome

HELLO EVERYBODY!! Good Afternoonnn!! Orite, hari tu aku ada cakap final project aku, aku buat tentang Dokumentary kanak-kanak autism.. Okey skrg aku dah tukar kepada kanak-kanak yang menghidap Fragile X Syndrome.. nak tau ape bnda tu?? korang Google la sendiri ye.. =P

Kenapa aku tukar?? Sebabnya mmg sangat payah nak cooperate dgn pihak2 budak autism tu.. lastly, aku shoot anak sedara aku je sbb dia ada FXS ni.. rumah dan sekolah dia pon dekat.. and then sekarang project aku dah 70% siap!! tinggal lg seminggu je utk presentation.. berdebaq-debaq jantung ni haaahhh..hohoho

Papepon, doakan chek semoga berjaya menyiapkan projek akhir chek naaa.. 

cekidaaauuuuutt!!!