Sunday, September 29, 2013

Selamat pengantin baru kepada ADAM dan FIZA



Tahniah kepada Adam AF dan juga Fiza dan selamat pengantin baru kepada mereka.. Well, sebenarnya aku tertarik dengan cara pemakaian dorang.. Simple but nice.. Lebih kurang macam ni lah impian wedding aku nanti.. Pakai purdah.. hehehehe...

Cantik sangat aku tengok dorang berdua.. moga2 perkahwinan korang berdua akan kekal hingga ke Jannah.. aminnnn...




"Mereka.."

Tiada ingatan tentang diriku walau kemanapun ku pergi ketika bersama mereka.. Kewujudanku seolah-olah hanyalah bayangan gelap yang setia menurut tanpa kata.. Bicaraku tidak diendahkan, ku ketawa hanya kerana mereka pun ketawa.. Aku melihat, aku mendengar dan kakiku terus melangkah tanpa butir bicara.. Diriku hanya diingati ketika perlu.. Siapakah aku ketika bersama mereka? Adakah aku hanyalah patung bernyawa bisu yang mereka bawa? Apakah makna aku membesar bersama mereka selama ini?

Mereka.. adalah insan-insan yang terpilih untuk bersama-sama denganku ketika mengharungi liku-liku alam keremajaan.. adalah sahabat yang kufikirkan setia hingga ke akhir hayat.. Tanpaku, mereka tetap akan berbicara dan ketawa tanpa secebis pun ingatan terhadapku.. Aku yakin, pemergianku suatu hari nanti takkan memberi impak yg besar kepada mereka..