Sunday, May 22, 2016

Officially, I'm Engaged!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Fuhh lamanya tak ber'blogging'.. takda courage nak menulis sebenarnya.. 
Tiba-tiba hari ni Encik Tunang bagi courage untuk update blog balik..
Ehh.. opppsss.. Encik Tunang?? Hahahaha.. Okay, title for this entry is "Officially, I'm Engaged!"..
And officially the first entry for this year.. uhuk uhuk..
Bagaimana? Mengapa? Apakah? Siapa? Bila? Semuanya akan terjawab disini.. So, let's START!!

Teaser

Semuanya bermula pada bulan 12 tahun lepas.. Encik Tunang dah beli cincin untuk merisik dan planning untuk datang merisik pada hari lahir aku yang jatuh pada bulan Januari.. Tapi, tu la.. Kita hanya mampu merancang dan Allah telah menentukan sebaik-baik perancanganNya terhadap umatNya.. So, conclusion nya, tak jadilah mereka datang merisik diriku ini pada bulan Januari yang lalu dengan alasan keluarga nya tak bersedia lagi.. and aku pon takde la kecewa sangat sebab aku dah prepare hati ni awal-awal untuk tidak terlalu mengharap..

Bulan 1 berlalu...
Bulan 2 berlalu..
Bulan 3 pon coming.. 
Encik Tunang bagitau yang family dia dah ready nak datang merisik.. lalu dia pon mengumpul kekuatan dan keberanian yang ada di segenap ceruk urat dan daging dia untuk bagitau my dad face-to-face bahawa family dia nak datang merisik pada bulan 4 nanti.. Bila? Of course tak sure lagi.. huhu.. lagipon bulan 4 tu bulan yang crucial buat aku.. so nak pilih tarikh pon bergantung pada kelapangan aku.. dan my dad jugak.. sebab bulan 4 tu jadual aku pack sikit..
1 - Submit report FYP1
2 - Presentation FYP1
3 - Trip to Singapore
And, in conclusion, hari merisik ditetapkan lepas aku balik dari singapore iaitu pada 23 April 2016.. jyeahh!! But, my dad nak sekalikan merisik dan bertunang sekaligus.. senang katanya.. tak payah buat banyak keje.. And more jyeahh bila seminggu sebelum my 'suddenly engagement day', satu barang hantaran pon tak buat lagi.. Well, aku pon tak balik rumah sebab sibuk hadap FYP.. Then, lepas balik dari singapore, kebetulan sangat the whole week classes is canceled! Maka, aku pon balik dan start buat barang hantaran.. mengikut persetujuan antara aku dan Bakal Encik Tunang waktu tu, nak bagi 5 berbalas 5.. tapi my dad cakap kene bagi lebih.. kalau dia bagi 5, kita kene balas 7.. baiklah.. kita bagi tujuh kat awak.. 
1 - Baju
2 - Kain pelikat/samping
3 - Sejadah
4 - Kek
5 - Coklat
6 - Buah
7 - Cookies
And, what the worse is, tetiba dia tambah lagi dua barang.. maka dengan ini, haruslah aku menambah lagi dua barang hantaran... sob sob sob..
8 - Tuala
9 - Pulut kuning
Hamek Kau!! Barang-barang hantaran ni 80% hasil dari tangan aku sendiri.. Syukur Alhamdulillah kerana Allah memberikan sedikit bakat creativity buat diri ini.. dan selebihnya 20% dari my sisters yang menyiapkan barang hantaran aku on that day.. with white pink maroon theme! Total budget untuk hantaran (tak termasuk pulut kuning, kek, tuala dan coklat) adalah kurang dari RM500.. 


Sikit? Memang sikit pon.. aku sedaya upaya untuk tidak melebihkan bajet.. Well, bertunang je pon.. buat apa buat grand-grand.. membazir je.. Style engagement day aku adalah style 'bidan terjun'.. mana yang sempat dan mana yang tercapai dek tangan je..yelaa, last minute decision kan.. paling style sekali adalah baju tunang aku.. baju raya tahun 2011 kalau tak silap aku.. hahaha.. waktu aku beli baju tu 5 tahun yang lepas, aku dah terpikir nak buat baju tunang or nikah sebab design baju tu memang cantik.. lagi-lagi waktu tu manik/labuci tengah famous.. so I think, baju tu memang cantik dan kaler dia pon soft je.. dan msa tu jugak aku tak terpikir langsung yang badan aku akan naik since my metabolism rate is high.. tapi... siapa sangka... berat aku naik jugak... 3 KILOGRAM pulak tu.. oh my.. so, baju tu nampak sendat sikit.. and again, sob sob sob T,T

Me in my engagement dress 5 years ago

Seterusnya, pada hari kejadian..
Bangun pagi-pagi, siapkan barang hantaran sikit-sikit.. pastu pegi kedai pengantin untuk sewa alas dulang hantaran.. Part yang ni kelakar sikit.. asalnya aku malas nak guna dulang hantaran yang berkaki tu.. biasa orang panggil benda tu pahar.. bila my sisters balik, dorang kata, "biadap nye la rupa hantaran kau dik takda pahar".. hahaha!! Makanya, aku pon mengeluarkan pahar yang tersimpan dalam stor dan gigih pergi ke kedai untuk menyewa alasnya.. Balik dari kedai dalam pukul 10.30am macam tu, barulah aku bersiap.. Part yang bersiap ni pon kelakar sikit.. aku memang tak upah mak andam sebab... bertunang je pon, tak payahlah nak over sangat kan.. make up sendiri sudah.. pakai BB Cream, sapu blusher sikit, pakai eye liner.. done!! Tapi Allah dah merancang segala yang terbaik pada engagement day aku.. Dia menghantar seorang tukang make up free.. beliau adalah mak cik baru aku iaitu isteri baru kepada pakcik aku.. tu la first time aku jumpa.. dia masuk rumah je terus tanya, "pengantinnya dah mekap ke?".. then, on the spot dia amek barang make up dia and terus conteng muka aku.. haha.. thank you makcik.. 

see, nampak tak lengan baju dah senteng..huhu

Sejurus aku siap bermakeup semua, keluarga Encik Tunang pon sampai.. Tengah sibuk-sibuk bergambar, berposing segala bagai.. tetiba keluarga Encik Tunang serbu masuk bilik nak sarung cincin.. I was like, 'ehh, dah bincang ke? cepatnya? nak duduk mana? nak senyum ke nak biasa je?'.. for once, aku confused dan nampak agak bangang sikit.. haha.. Masa sarung cincin pon kelakar jugak.. beria je abang aku suruh posing dengan bakal mak mertua.. sekali DSLR dia takda memory card.. hampeh perasaan gua.. But, Alhamdulillah, I'm offcially engaged!! jyeaahhh!! setelah bertahun mengharap dan bersabar, finally, it paid off.. Syukur..

Detik-detik Sarung Cincin

Two rings - Proposal and Engagement

My hantaran di balas dengan 7 je.. Cookies, telekung, kain pasang (bakal mak mertua suruh buat baju nikah.. Hikss), buah, kek, sireh junjung dan cincin.. simple! I like it! I love it! ^^

Hantaran dari pihak Encik Tunang
Kesimpulannya.. My engagement day berjalan dalam suasana yang sangat sederhana, harmoni dan aman damai serta berjalan dengan lancar.. Obviously, berita tentang pertunangan aku mengejutkan ramai orang, lebih-lebih lagi lecturer dan member-member fakulti sebab aku tak bagitau sapa-sapa.. just bagitau my closest friends.. and of course aku pon tak jemput sapa-sapa.. just family yang terdekat je.. 100% family.. no friends and no stranger.. haha.. maafkan saya..

Dari tadi aku membebel, tapi siapakah gerangan Encik Tunang nya?? sebab masa aku upload gambar sarung cincin kat insta hari tu, aku tak gtau pon sapa Encik Tunang sampai ada yang tanya "siapa tunang kau?".. takkan la aku bertunang dengan Kim Soo Hyun pulak.. Haha.. Soalan ni sangat obvious.. Of course lah I bertunang dengan Encik Izzuddin.. dengan sape lagi I bercinta selama ni kalau bukan dengan dia.. FYI, dah 8 lapan tahun kami bersama.. heee ^^.. Bila nikah nya? tungguuuu.. akan diberitahu kemudian.. Daaaaa.. Assalamualaikum..

Pinjam pelamin orang ^^