Thursday, December 20, 2018

Lahirnya Seorang Putera

Bismillahirohmanirrohim..
Alhamdulillah, pada 21/09/2017 jam 2.44 pagi, aku selamat melahirkan seorang khalifah seberat 2.45kg pada usia kandungan 36 minggu secara czer..
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang bayi lelaki yg sempurna, sihat dan comel ini kepada aku dan suami..
Disebabkan baby pra-matang, 6 hari jugaklah duduk kat hospital.. huhu..
But, Alhamdulillah semuanya okay..


Sepanjang 8 bulan mengandung, setiap hari pikir nak letak nama apa kat baby nanti..
Since dah tau jantina baby lelaki, aku start panggil dia Muhammad..
Maka misi mencari nama untuk baby boy bermula.. hubby nak letak nama Yusuf..
Tapi aku tanak sebab salah sorg abang aku nama Yusuf jugak.. tapi hubby nak jugak bubuh Yusuf..
So aku pon cari la nama kedua untuk digandingkan dgn Yusuf tu.. disebabkan aku ex-crush Mat Luthfi, dan hubby peminat setia Luffy One Piece, maka terjadilah nama putera sulung kami :
Muhammad Yusuf Luthfi bin Muhammad Izzuddin..
Muhammad - Yang Terpuji
Yusuf - Nama Nabi
Luthfi - Keramah-tamahan


Kronologi Kelahiran

Since aku dah mention kat atas sekali yg baby aku pra-matang 36 weeks and lahir secara cesarean (czer).. so nak cite la sikit why and what happen..
Sebelum ni aku ada post yang aku ada bicornuate uterus (click sini) so disebabkan itu baby pon songsang.. aku ada perasan yg baby dah halfway nak pusing ke bawah but tak boleh so kepala dia naik balik ke atas.. huhu.. so sis dah redha kalau czer..

Pada 20/9/2017 (36 weeks pregnancy), aku ada appointment dgn pakar untuk confirmkan tarikh untuk bersalin czer..
Pada masa yg sama aku dah rasa sakit perut sikit time baby mengeras.. oh ye, aku memang ada braxton hick iaitu perut kerap mengeras secara irregular dan ianya tak sakit (but sometimes it does).. so aku alami braxton hicks since aku mula rasa baby start bergerak..
So, pada hari appointment tu aku mula rasa sakit perut.. tapi aku just abaikan je sebab aku just ingat bnda tu braxton hicks.. cakap kat doc pon, doc cakap benda yg sama so aku ignore je laa..
So, doctor bagi tarikh untuk bersalin pada 4/10/2017 (38 weeks) and surat masuk wad pon dah dapat tggl nak serah diri kat hospital je.. then aku pon balik kerumah.. Maka bermulah episod contraction yang sebenar dirumah..

So sampai rumah, perut masih mengeras dan sakit but tak sakit sangat.. Masa ni tak perasan lagi yang perut mengeras secara regular..
Aku pon layan je la sakit tu siap boleh dance kejap dgn hubby, masak for dinner and solat macam biasa..
Sakit yg sebenar datang masa nak tido.. dalam pukul 10 malam tu dah rasa sakit kuat sikit..
Cakap dgn hubby yg perut dah sakit kuat sikit.. tapi dia buat tak layan pulak and terus tido.. hampeh!
So aku pon tido jugaklah.. pikir dalam kepala kalau malam tu tak hilang sakit, esok nak ke hospital.. so set time bila rasa sakit.. 10 minit sekali and makin kuat.. aku tido pon boleh terjaga time contraction datang..
So terus kejut hubby untuk ke hospital terus.. Aku dah nangis2 dah masa ni sebab sakit..
Dalam menahan sakit contraction tu, sempat lagi aku memerut jap, kemas2 baju dulu..
Nasib baik barang baby aku dah packing siap2.. tinggal nak packing barang aku je..

Sampai hospital pukul 12.45 am, aku cakap kat nurse yg aku dah ada contraction 10 minit sekali..
Nurse pon suruh tukar baju hospital and baring atas katil.. contraction 5 minit sekali.. doctor cek bukaan servik dah 3 cm..
So memasing terus jadi kelam kabut call operation theater (OT), pasang CTG kat perut aku, cucuk branula kat tgn aku kiri kanan, tukarkan baju hospital yg aku pakai kpd operation gown, pasang tiub kencing and bagi ubat ape tah kat mulut aku..
Pastu dah siap semua tetiba jadi senyap.. yg tinggal aku kat atas katil terkelip-kelip menahan sakit contraction, pedih kat bawah sbb pasang tiub kencing tu, and perut serius tak selesa sgt sbb CTG machine tu.. ada lah nurse sorg dok urut perut aku untuk kurangkan sakit contraction..

Pukul 2 pagi aku ditolak masuk ke OT.. Segala mak nenek borang aku kene sain sebelum masuk ke OT..
Masuk je OT, aku disuruh duduk sambil peluk bantal untuk cucuk epidural kat tulang belakang.. sakit tak?? hmm... tak sakit lahh.. aku just rasa dicucuk jarum mcm cucuk kat lengan tu je.. pastu dah takde rasa sakit dah.. perut pon tak sakit dah tetiba.. rasa pedih sbb tiub kencing pon hilang begitu sahaja..
Maka bermulalah operation czer..
Masa ni aku memang 100% sedar.. nervous yg tak terkata.. sejuk nauzubillah sampai bergegar meja operation tu sbb aku menggigil kuat sangat.. sepanjang operation berjalan, aku selawat and berzikir je.. Mata terkelip-kelip je pandang atas sambil tertunggu-tunggu bila nak start bedah..

2.44 pagi.. Tau-tau je baby dah selamat keluar.. terdengar suara baby.. terus airmata bergenang.. Syukur Ya Allah baby aku selamat dilahirkan..
Nurse tunjuk baby kat aku.. putih melepak.. rambut beralun.. besar anu dia.. hehehe..
Tapi baby terpaksa dibawa naik ke wad dulu untuk dipantau sebab pernafasan dia laju.. maybe sebab baru 36 minggu and emergency czer.. tak sempat nak cucuk dexa untuk matangkan paru-paru baby..
So tinggallah aku untuk dijahit perutnya.. Masa ni aku tak tau apa yg doc bedah buat.. rasa mcm perut ditekan-tekan.. Rasa mual membuak-buak.. nasib baik tak muntah..

4,00 pagi aku ditolak masuk ke wad.. Baru lega sikit rasa sebab dah tak rasa sejuk.. hubby datang kucup dahi and ucap terima kasih.. (tears)..
Lalu aku pon tertido kepenatan..

Sedar je dari tido, aku rasa kepala berpusing-pusing.. pening ya amat!!
Rasa mual menjadi-jadi.. langsung tak boleh bukak mata.. rasa macam naik roller coaster..
Rasa nak muntah tapi aku cuba tahan sampai hubby datang sebab aku tak boleh nak bangun duduk lagi..
Tengah hari hubby datang, terus terkeluar segala isi perut..

Pukul 4 petang baby dah boleh keluar wad and duduk dgn mama diaa.. yeyy!!
First time pegang and dukung anak sendiri.. kecikknya awak sayangg.. mama fall in love with you!!


Alhamdulillah.. walaupun dah setahun berlalu, tapi pengalaman melahirkan awak sayang tak pernah pudar dalam ingatan mama.. setiap saat yang berlaku masih segar jelas dalam ingatan mama..
Semoga Muhammad Yusuf Luthfi membesar dengan sihat dan sempurna, jadi anak yang soleh dan boleh membimbing mama dan papa ke syurga Allah..