Wednesday, November 13, 2013

KETAT dan LONGGAR

Pada suatu ketika hari panas terik di UNISEL BJ, aku bersiap-siap berpakaian kemas untuk ke kelas.. Aku menyarungkan t-shirt lengan panjang berbelang-belang kegemaranku ke badan dan mengenakan seluar jeans jenis straight cut..

"Aku dah gemok laa!"

Itulah ayat aku setiap kali aku pakai jeans tu.. Padahal aku masih tak sedar-sedar seluar jeans tu memang agak sendat di bahagian paha aku.. Tapi aku tetap pakai..

Bila balik dari kelas, cuaca kat luar memang agak panas.. Aku berjalan pulang ke hostel dalam keadaan cuaca yg panas tu.. Dalam perjalanan tu, aku memang rasa tak selesa dan kepanasan kat bahagian kaki lebih-lebih kat bahagian paha.. 
Sebab apa??
Sebab kat bahagian paha tu la bahagian seluar yang sendat tu.. 
Cahaya matahari terik yg menikam ke kain seluar tu terus terkena ke kulit.. Sebab takde ruang udara antara kulit dan kain jeans untuk mengurangkan kesan tikaman cahaya matahari..




Cuba anda bayangkan dan rasakan sendiri.. Berpakaian longgar dan berpakaian ketat di bawah sinaran matahari yg terik.. Aku pasti yang longgar akan berasa kurang panas berbanding dengan yang ketat.. 

Sama jugak dengan bertudung..
Hari tu kawan aku pernah cerita kat aku.. Sejak dari kecik lagi dia memang bertudung.. Pada suatu hari, dia terpaksa meminjamkan tudungnya kepada kakak sedara dia.. Disebabkan dia pon masa tu belum lagi akil baligh, jadi tak mengapalah jika dia tidak bertudung.. Belum ada dosa untuk terpalit lagi.. 
Ketika dia berjalan di luar dengan cuaca yg panas, kepala dia rasa sgt panas sebab takda kain yg dapat menghalang cahaya matahari dari terus menikam kulit kepala dia.. 


Sebab tu Allah melarang kita berpakaian yang mengikut bentuk badan dan mewajibkan kita kaum hawa untuk menutup aurat.. Bukan sahaja untuk menlindungi kita dari panas api neraka, tetapi juga untuk melindungi kita dari kepanasan dunia..



Alhamdulillah.. :)

ALHAMDULILLAH.. Finally dia sembuh juga..
Syukur ya Allah...




Monday, November 11, 2013

Semoga kamu cepat sembuh..

"Doktor cakap, symptom paru-paru berair dgn symptom kencing tikus.."

Tersentap, terkedu, terkelu dan segala ter lagi yg terjadi pada diri aku semasa message itu diterima..
Memang aku tak mampu untuk berbuat apa-apa sebab aku bukan doktor untuk merawat..
Aku cuma seorang hamba-Nya yang mampu berdoa dan berharap semoga dia cepat sembuh..

Tetapi tiba-tiba aku terfikir, bagaimana jika dia pergi menghadap-Nya dulu??




Friday, November 8, 2013

There's a ROSE inside my DIARY


The first and ever a flower from Mr. I.. Not this very one flower actually.. There are 22 roses he gave me for my graduation day.. with a Hello Kitty doll.. heeee... :))


I'm kinda felt very happy because in one day, I'm achieved my two dreams! One, of course my graduation day.. And second is the roses from Mr. I (well, I'm dreamed for 99 roses actually).. By the way, I'm thankful for him and my two sisters for waste their money to buy the the roses for me..


Thanks a lot.. I love you all.. Muaahhhh!!!



Friday, November 1, 2013

Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali ke-8 ~ Sidang 4


Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi kerana aku berjaya habiskan diploma aku setelah bertungkus lumus selama 3 tahun ni.. Aku bersyukur sangat-sangat kerana hari bersejarah aku disaksikan oleh kedua orang tua ku.. Syukur Ya Allah kerana memberikan mereka kesempatan untuk melihat kejayaan ku..

Pre-Convocation's Photos







Convocation Day






me and my parents

me and my niece (hahaha)

me and him :)



seluruh ahli keluarga yg datang ke hari konvo kami :)

My flowers.. dari kiri, kak nim bagi, Mr. I bagi dan kak intan bagi.. :)


Tamat sudah gambar-gambar untuk hari ini.. heeee :)