Kali ni aku nak cerita tentang Aku dan Dia.. Lamanya aku tak sentuh topik tu kat sini..^_^
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah kesudahan hubungan Aku dan Dia.. Yelaa kan setelah entry aku yang lepas, tetiba terlepas satu SMS dari Dia yang aku post kan kat sini..tapi korang jangan nak mengada-ngada cari entry tu sebab aku dah edit entry tu dengan membuang SMS darinya.. heheheh..faham tak? tak faham takpe..
Sehingga ke hari ini, aku masih lagi di dalam proses untuk memperbaiki lagi kelemahan diri dan juga menambahkan apa yang terkurang dalam hubungan kami.. Insya'Allah jika ada jodoh, aku hanya mahu dia yang menjadi suami aku.. doakan kami ye.. ^_^
Apa yang aku rasa hari ni adalah perasaan yang lebih baik dari sebelumnya.. jika dihitungkan waktu, sudah hampir 3 tahun aku bersama dengan dia.. terasa sekejap sangan waktu berlalu.. terasa baru semalam je dia melamar aku sebagai kekasih dia.. oh sungguh manis waktu itu..
Sungguh tak di sangka.. hingga kini kami masih lagi bersama mengharungi kisah-kisah cinta kami.. sejujurnya dari hatiku, aku cintakan dia.. dan dia juga begitu.. konflik yang berlaku hanyalah mainan dalam percintaan.. semua hubungan pasti akan ada konflik.. biasalah tu kan..adat dalam percintaan.. ^_^
walaubagaimanapun, aku berharap sangat hubungan kami akan kekal untuk selamanya..
"Cinta kita bukanlah satu paksaan..Tetapi ianya hadir tanpa diduga..Sebagaimana engkau mencintai aku..Begitu jugalah aku mencintaimu..Janganlah ungkapkan lafaz perpisahan..Kerana aku tidak mampu untuk menghadapinya..Biarlah hanya maut yang memisahkan kita..Selagi aku masih bernafas..Akan aku pertahankan hubungan ini sampai ke akhir hayatku.."
----> I like the moment you held my hand ^_^.
No comments:
Post a Comment