Disebabkan aku terlalu sangat menjaga hati dan perasaan orang lain, hinggakan hati dan perasaan aku sendiri yang tercalar pon aku biarkan saja.. Kadang-kadang aku terlupa macam mana rasanya sakit hati tu sebab dah terlalu kerap aku pendam dan lupakan saja sakit yang sering menjalar dalam hati aku.. Adakalanya aku terfikir, siapa aku di mata semua?? Seorang manusia yang masih punyai perasaan atau hanya sekadar boneka mainan??
Saturday, December 24, 2011
Wednesday, December 14, 2011
Hari kedua di semester yg baru
Hai Hai Haiiiii!!!
Assalamualaikum semua...!!!
Hari ni merupakan hari kedua Innaz berada di Unisel untuk semester yg baru.. Hari pertama bermalam di sini, memang tak lena giller.. kaki sakit + selsema.. mmg dahsyattt!!! Hari ni pergi kelas, tapi kene bahan plak dengan classmate.. Katanya Innaz cantik hari ni.. pooodaaaahhhh!!! aku ni setakat pakai baju kurung bila kene angin berkibar-kibar mcm bendera ni pon dikatanya cantik.. nak bodek la tuuu.. tak pepasal aku pakai blusher semulajadi hari ni (malu tahap gaban bila dia asyik ulang ayat yg same je..MALU DOWH!!)
Hakikatnya Innaz berbaju kurung hari sebabnya kat umah Innaz ni belum ada iron lagi..so terpaksa la pakai baju kurung ni sebab baju ni la satu-satunya pakaian Innaz yg x berkedut...huhuu..
Innaz nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Admin sharifah bagi page Jgn Asyk tekan like je, comment la jgk. kerana telah mempromosikan Facebook Innaz dan jugak blog Innaz..heheheh..
okeyh!! Innaz dah keboringan dan blur tahap melampaui batas.. tettttt..
bubye!!
Monday, December 12, 2011
Timetable for ME!
Assalamualaikum yuolll...!!!
Setelah cuti semester selama sebulan berlalu, akhirnya kini bermula semester yg baru bagi Innaz dan rakan-rakan seperjuangan di Unisel ini iaitu Semester 5 (2/11/12).. Yang kat atas ni adalah jadual kelas Innaz untuk sem ini.. RONGAK giller kan?? Bhahahahaha!! Innaz cuma ambik 5 subjek je untuk sem ni.. Tak mampu la plak rasanya nak ambik full time kredit (6 subjek).. Subjek-subjek yg tersenarai kat atas ni pun dah killer subjek.. mau tak tido malam Innaz nanti untuk siapkan assignment2 utk subjek2 ni..huhuu -_-!!
Papepon, Result Innaz untuk exam sem lepas pun naik sikit.. Alhamdulillah syukur kepada tuhan.. walaupun bergelut dgn masa utk menyiapkan assignment time exam, tapi Innaz dapat result yg memberangsangkan..hehehehe..
Nak tau ke bape result Innaz?? xyah tau lebih-lebih laa..cukuplah sekadar Innaz bagi tau yg result Innaz masih lagi dalam pointer 3..tak pernah lebih n x pernah kurang..hehehe...:P
Laparlah pulak..jom makan!!!
Thursday, December 8, 2011
LIKE FanPage Innaz kat FACEBOOK
Assalamualaikum...
Hai Hai Haiiii!!!
Hari ni Innaz dengan bangga dan kembang kuncupnya ingin merasmikan fan page Innaz di Facebook..
Jom LIKE ramai-ramai!! Nanti kita boleh sembang-sembang..:)
link fan page Innaz : Innaz Abdulah Dot Blogspot
Actually, Innaz baru je create page ni.. so x bape ramai lagi yg LIKE.. so kepada sesiapa yg terminat dan teringin sangat nak sembang-sembang dengan Innaz, jom lah LIKE ramai-ramai..:D
Terima Kasih kerana sudi LIKE page saya..:D
Monday, December 5, 2011
Shoutbox!!
Kepada para blogger yang sering meninggalkan mesej anda di shoutbox saya, 1stly saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memenuhkan ruang shoutbox saya.. Tapi disini ingin sekali saya jelaskan bahawa blog saya bukanlah satu laman untuk bergossip dan jugak bukanlah laman yg terlalu berinfomatif (kadang2 saya berinformatif bila ianya berkaitan dengan diri saya sendiri). Jadi, xpayahlah susah2 nak letakkan ayat copy & paste anda di ruangan shoutbox saya sebab ianya buat saya rasa annoying dengan anda.. sekian terima kasih..:)
Isnin
Ada yang tanye Innaz,
"Apa pandangan sahabat tentang hari Isnin?"
"Apa pandangan sahabat tentang hari Isnin?"
dan jawapannya adalah, pada hari ini bersamaan dengan hari Isnin, bertarikh 5 Disember 2011, bersamaan dengan 10 Muharram 1433, adalah hari yang paling menyakitkan hati buat Innaz apabila telah dimalukan oleh seoarang pekerja yg bekerja sebagai jaga bank..(cerita lanjut)
Itulah jawapan Innaz.. terima kasih kepada GuruCyber kerana sudi bertanya soalan itu..:)
PAKCIK!! Anda sangat keterlaluan!!
Assalamualaikum..
Pada malam yg damai ini, Innaz ingin menceritakan satu kejadian yg agak memalukan bagi Innaz pada petang tadi.. Lokasi kejadian di salah sebuah bank di Bandaraya Klang (sambil ditemani oleh Cik Abang Sayang).. Pada ketika Innaz sedang kebuntuan untuk membayar yuran pengajian untuk semester yg akan datang, lalu Innaz pon mengeluarkan telefon bimbit lalu menelefon kawan Innaz untuk pertanyaan.. Tetapi secara tetiba Innaz dikejutkan oleh sebuah suara garau meminta Innaz keluar dari bank tersebut gara-gara Innaz menggunakan telefon di dalam bank tersebut.. Lalu secara spontan Innaz pon mengerutkan dahi dan terus menghabiskan ayat-ayat Innaz tanpa menghiraukan arahan dari si pemilik suara tersebut.. Then Innaz pon mematikan talian telefon sambil membuat muka selamber dan terus ke kaunter pertanyaan untuk memintak nombor giliran (padahal Innaz tengah menahan geram terhadap si pemilik suara tersebut yg jugak jaga di sana).. Tapi xpelah.. Memang salah Innaz pon sebab menggunakan telefon bimbit di tempat larangan.. Tapi Innaz terperasan air muka Cik Abang berubah mendung..
Setelah beberapa ketika, selesai sudah urusan Innaz untuk mengisi borang resit pembayaran yuran tersebut.. Masa tu jugak Cik Abang berkali-kali mintak Innaz batalkan niat Innaz utk bayar yuran kat situ dan suruh Innaz pergi ke tempat yg biasa Innaz pergi untuk membayar yuran, iaitu di Tanjung Karang.. Lepas tu Innaz cakap kat dia, "alang2 dah sampai sini, bayar je laa sekali..lagipon niat Intan keluar hari ni memang nak bayar yuran..".. Lalu Innaz pon duduk di kerusi yg disediakan sambil menunggu nombor Innaz di panggil.. Tapi Innaz pelik jugak, kenapa tetiba Cik Abang marah?? Alasan dia yg pertama adalah "Bie tak suka menunggu..", dan Innaz pon berkata, " Bie pergilah balik dulu.. Intan okey kat sini..tak payah la tunggu Intan".. Dan tibalah masanya untuk Innaz diam dan merajuk..
Setelah agak lama diam, Innaz pon dah naik bosan dan mula memujuk Cik Abang.. bila keadaan dah kembali normal, Innaz pon memintak telefon bimbit Cik Abang dengan niat ingin menilik apa yg ada dalam telefon bimbit dia.. dan tanpa di duga suara pak cik jaga itu pon berbunyi lagi.. dan kali ini betul2 sangat menyakitkan hati Innaz.. dia cakap,
Pakcik jaga : Ini kali kedua saya nampak kamu pegang handfon, kamu tak nampak ke kat depan tu ada signboard xleh gune handfon?..
Aku : Saya pegang and tengok2 handfon ni je pakcik..
Pakcik Jaga : Tetap jugak tak boleh.!! tu nampak tak camera tu! (lalu jarinya menunjuk2 CCTV yg ada dalam bank itu)
Haisshhh.. tak belajo tinggi-tinggi betullah kamu ni!!
Aku : OKEY!! SORRY PAKCIK!!!
Lepas pakcik tu pergi, Innaz terus melepaskan marah dan geram.. mana tak nye, siapa yg rasa tak malu bila tetiba di jerkah sebegitu rupa?? suara pakcik tu pon boleh tahan jugak kuatnya bila dia sound aku bagai nak bgtau satu bank tu plak.. HAIIYYHHH!! memang sakit hati giller arh!! dah la memalukan Innaz and yang paling sakit hati bila dia cakap yg Innaz ni tak belajar tinggi-tinggi.. sesuka hati dia je cakap macam tu..nak aje Innaz suakan resit pembayaran yuran tu kat bijik mata dia biar dia tahu Innaz ni berpelajaran ke tak.. eeee!! nak aje Innaz tembak dia gune bazooka!! Nasib baik Innaz ni masih ada rasa hormat pada orang tua, kalo tak, memang Innaz dah buat macam tu pon.. pada masa yg sama, rasa macam nak jee tayang telefon bimbit betul2 kat depan muka dia dan jugak kat depan CCTV tuh!! huh, geram betul aku!! setakat pegang fon je pon nak sound2 bagai tak hengat dunia.. blahh laa..ingat bagos sangat ke jadi jaga tu?? Kerek betul!!
Lepas tu Cik Abang pon menenangkan Innaz yg sedang melepaskan geram ni.. dan dia pon tetiba bagitau yg dia marah tadi sebab pakcik tu laa.. Innaz pon pelik..ye laa kan, tetiba plak dia nak marah sebab bukan dia yg kene sound.. dan dia pon berkata, dia marah sebab dia ada kat sebelah Innaz (ye laa tuu..padahal marah sebab awek dia yg kene sound kan??? heheheh :P)..
Begitulah ceritanya..tapi memang betul2 memalukan..kata-kata pakcik tu mmg betul2 dah buat Innaz marah dan sakit hati yg keterlaluan!!
kepada pakcik jaga.. bawak-bawak lah bertaubat ye.. pak cik tu dah tua, tak payahlah nak memburuk-burukkan orang lain..bila sekali pakcik bercakap buruk, berkali-kali orang akan mendoakan yg buruk-buruk buat pakcik.. bawak-bawaklah sedar diri ye pakcik..
Papepon, cite Ombak Rindu tadi memang best!! heheheh (tetibe..:P)
Begitulah ceritanya..tapi memang betul2 memalukan..kata-kata pakcik tu mmg betul2 dah buat Innaz marah dan sakit hati yg keterlaluan!!
kepada pakcik jaga.. bawak-bawak lah bertaubat ye.. pak cik tu dah tua, tak payahlah nak memburuk-burukkan orang lain..bila sekali pakcik bercakap buruk, berkali-kali orang akan mendoakan yg buruk-buruk buat pakcik.. bawak-bawaklah sedar diri ye pakcik..
Papepon, cite Ombak Rindu tadi memang best!! heheheh (tetibe..:P)
Thursday, December 1, 2011
Luahan hati Intan Nazila..
Assalamualaikum..
Minggu lepas blog Innaz bagai tak mau berhenti dari update entry terbaru..then after that tetiba senyap sunyi sepi je selama seminggu..sebab ape?? sebab kerja-kerja menanam cable talipon sedang giat dijalankan di Jalan Simpang 3 Jeram ini.. Pada hari pertama kerja menanam tu, Innaz tak tau plak internet xdak..Innaz dengan semangatnya on laptop dan ingin meng'online'kan diri..bila dah bukak browser Google Chrome, then tetiba kat page facebook ku tertera ayat sebesar alam "The cable telephoned is not unpluged".. what the pffftttt??? oh sungguh membengangkan rasa saat itu lalu Innaz keluar dari bilik dan menuju ke modem dan mencabut segala wayar di situ dan pasangkan balik dan on kan balik..masuk bilik try refresh, masih ayat yg sama keluar..lalu hati berkata "ini yg tetiba rasa nak marah ni!"..lebih kurang 2 3 kali jugak la Innaz buat perkara yg sama (padahal masih tak sedar diri yg internet tak boleh guna).. then perkara last yg Innaz buat adalah angkat gagang talipon umah dan dengan disitu langsung tiada kedengaran sebarang bunyik..ohhh sungguh pffftttt!!! sia-sia je aku exercise tgh2 hari buta kuar masuk bilik sbb terpikir mungkin wayar2 di modem tu tersilap sambung..huhu..dan perkara itu berlanjutan selama seminggu..dan selama seminggu tu jugaklah Innaz menjampi serapah kat para pekerja yg dah buat kerja dengan tidak fokus kerana telah menyebabkan cable untuk internet yg berada dalam tanah itu terputus..ouuhhhh sungguh menyakitkan hati!! dan gara-gara itu jugak sayur kobis ku di kota CityVille ku mati sebab tidak bertuai...ouuhhh sungguh membengkakkan!! akhirnya cable itu sudah berjaya dibaiki semalam (30/11/11)..berdering je talipon rumah, Innaz terus terlompat-lompat kegembiraan then baru angkat talipon tersebut..ngaahahahahaha...selama seminggu tidak online nih ibarat katak di bawah tempurung..otak pon tak berkembang sebab tak tahu apa-apa berita semasa (padahal hati tu ego bagai tak sedar diri sebab tak nak tgk tv dan surat khabar yg setiap hari dibeli sebab masih menunggu talian internet disambungkan balik)..hahahaha..papepon, aku gumbira sebab dapat online selepas habis semua movie dan drama di dalam external hard disc ku dah habis di tonton dan jugak segala novel yg ada kat umah ni pon dah habis ku ulang baca yg ke entah berapa kali..heheheh...
OPPSSS...entry dah lari dari tajuk ke?? BHAHAHAHHAA!!! isi penulisan ku tidak pernah lari dari tajuk sebab apa yg ada dalam hati aku sudah terluah di atas... YA!! itulah luahan hati aku selama seminggu ini sebab tak dapat online..:P
Subscribe to:
Posts (Atom)