Si Kurus seekor anak kucing yg berusia antara 4-5 bulan.. Bulunya berwarna kelabu dan panjang.. Badannya sangat kurus, kecil dan berbau busuk.. sape-sape yg mendekati Kurus pasti akan tak suka kat dia..
Tapi aku telah jatuh kasih pada Kurus pada pandangan pertama.. Kurus merupakan kucing kepunyaan Amin(abg aku).. Dia tumpangkan Kurus buat sementara waktu kat rumah sementara dia balik ke kampung untuk hantar mak.. Selama hampir seminggu Kurus berada di rumah aku, aku jaga dia dengan sepenuh hati.. Sebelum ni aku tak pernah menjaga seekor kucing sepertimana aku menjaga Kurus.. Mungkin melihatkan badannya yg sangat kurus membuatkan aku kasihan kat dia.. Hari kedua Kurus ada kat rumah aku, aku belikan dia makanan kucing yg basah untuk beri dia makan.. Aku lepaskan Kurus dan beri dia makan di depan mata aku.. Kurus makan dengan lahapnya tanpa ada bunyik walaupun Si Kecik(kucing kesayangan aku yg dah gemok) asyik merengus pada dia.. Bila Kurus dah terasa kenyang, dia bergesel kat kaki aku.. Mungkin sebagai tanda terima kasih.. Aku angkat Kurus untuk melihat wajah dia, aku tergamam bila melihat airmata nya menitis.. Sungguh, inilah pertama kali aku melihat kucing mengalirkan airmata ketika makan.. Aku yakin Kurus tak sakit mata sebab muka dia sangat bersih walaupun badannya sangat berbau(berbau sebab terkurung dalam sangkar).. Aku ambil tisu dan lapkan airmata Kurus sambil dihati terasa sangat terharu.. Aku terfikir, mungkin Kurus sangat terharu sebab dapat makan makanan yg sedap.. Bila tengok Kurus makan, ada satu perasaan yg mengalir dalam jiwa aku.. YA! Aku mahu bagi Kurus makan sehingga dia gemuk dan sihat macam Kecik.. Aku rasa bersyukur sebab berpeluang memberi Kurus makan..
Keesokkan harinya, aku mandikan Kurus dengan niat biarlah Kurus wangi dan aku boleh bermain dengan dia.. Aku mandikan Kurus dan mengelap badan Kurus sehingga hampir kering.. Kurus diam je sewaktu aku lap badan dia.. Kurus kucing yg sangat baik.. Lepas tu aku beri dia makanan dan kurung dia dalam sangkar.. Sangkarnya aku cuci dan bersihkan.. Aku nak pastikan yg Kurus selesa dan sihat..
Hari Keempat, aku bangun pagi dan melihat Kurus makan dengan kucing-kucing aku yg lain.. sepanjang aku berada di dapur, Kurus sentiasa ikut kaki aku dan bergesel gesel.. Aku masukkan dia kembali ke dalam sangkar sebab aku takut aku terpijak dia.. Aku cuba bermain dengan Kurus.. Tapi dia tak nak langsung main seperti anak kucing lincah yg lain.. Kurus cuma mahu aku usap kepala dia saja.. Aku terfikir, apa masalah Kurus? Kenapa dia tak selincah kucing-kucing yg pernah aku dan keluarga bela sebelum ni?? Dia cuma mahu bergesel dan orang usap kepala dan badan dia.. Aku bawak Kurus dan Kecik ke bawah pokok dengan niat untuk buat Kurus bermain.. Tapi Kurus tetap begitu.. Kecik je yg lebih-lebih nak main tak padan dengan gemoknya..
Semalam, aku beri Kurus makan makanan basah setelah 2 hari Kurus makan makanan biskut.. Kurus seperti biasa makan dengan lahapnya.. Aku tinggalkan dia sehinggalah pagi tadi aku jumpa Kurus berlari-lari dalam rumah dengan badan yg comot sangat.. Aku masukkan dia kembali ke dalam sangkar tanpa beri dia makan sebab makanan kucing dah habis.. Tengah hari tadi, lepas aku belikan makanan untuk Kurus, aku tengok Kak Ummu mandikan Kurus dan aku tengok Kurus bersih sangat.. Tapi kesilapan aku, aku terlupa langsung nak beri Kurus makan.. Tapi memandangkan Kurus dikurung bersama dengan Mitchie(kucing along), pasti ada sedikit makanan didalam sangkar.. Selepas makan malam, aku beru teringat nak beri Kurus makan.. Aku sediakan makanan Kurus dan pergi ke sangkar Mitchie.. tapi aku tengok sangkar tu terbukak dan aku mula panik.. Aku cari Kurus dan panggil dia, tapi langsung tiada dengar dia mengeow.. Aku mula tak sedap hati.. Aku cari Kurus keliling rumah sehinggalah aku terjumpa Kurus dah terbaring dengan mulut berbuih di sebelah sangkar Mitchie, kaku dan tak bernyawa.. Hati aku terus diburu perasaan sayu..
Najmi angkat Kurus dan gali lubang untuk kebumikan Kurus.. Aku cuma mampu tengok.. Aku kembali ke rumah dan tengok makanan Kurus yg aku letak kat atas meja.. Hati aku sedih.. Aku tak sempat hidangkan makanan kegemaran Kurus buat terakhir kali.. Aku letakkan makanan Kurus kat atas lantai dan masuk ke bilik dan menangis..
Kurus, kenapa Kurus tinggalkan mummy?? Mummy tak sempat nak bagi Kurus makan.. Maafkan mummy sebab terlupa nak bagi Kurus makan makanan kegemaran Kurus.. Mummy beli banyak makanan untuk Kurus.. Sape nak habiskan makanan Kurus?? Mummy rindukan Kurus.. Mummy rindu nak usap kepala Kurus.. Mummy rindu nak dengar Kurus mengeow.. Mummy rindukan suara Kurus yg serak tu.. Mummy teringin sangat nak tengok Kurus jadi gemok.. tapi kenapa Kurus pergi?? Mummy tak sempat jumpa Kurus lepas Kurus mandi tadi.. Mummy nak cium Kurus yg dah wangi.. Kurus pergi jumpa DIA dengan bulu yg wangi kan??? :')
Kurus baik, Kurus Comel.. bersemadilah dengan tenang ye sayang.. Kurus tunggu mummy kat sana ye... Mummy sentiasa sayang dan rindukan Kurus.. Assalamualaikum sayang.. :'(
Terima kasih Ya Allah kerana telah pinjamkan Kurus kepada aku untuk Kurus terasa disayangi dan dimanjai sebelum dia pergi menghadapMu.. Betapa Kurus sangat meminta perhatian dengan jeritannya yg serak serak basah dan geselan kepalanya kerana mungkin dia tahu bahawa dia hidup takkan lama.. Allah ambil Kurus ketika aku leka dengan kewujudannya.. Tetapi kesannya, aku sedar bahawa aku sangat menyayangi Kurus dan merinduinya.. Semoga aku redha dengan pemergian Kurus......
(aku xde gambar Kurus sebagai tatapan.. wajah Kurus hanya ada dalam hati dan ingatan aku selama-lamanya....)