Saturday, June 2, 2012

We are still together..:)

Desas desus banyak mengatakan yg aku sudah kembali single.. well, not really yet.. we're still together.. bulan depan genaplah 4 tahun kami bersama :).. hehehe.. lama kan??


Kalau keluar dengan kawan-kawan sekolah, mesti dorang tanye, "kau dengan Idin lagi ke?".. dan aku jawab, "yup :)".. dan dorang sangat kagum sebab hubungan kami mampu bertahan selama ini sedangkan hubungan kawan-kawan aku dengan pasangan masing-masing sudah rebah di tengah jalan..

DAN ada jugak kawan-kawan unisel yang terkejut bila aku cakap yg aku 'already taken'.. yela kan, aku tak pernah kecoh pon yang aku dah ada boyfriend.. tapi kalau dorang tanye, aku jawab je la yang aku sudah berpunya.. hehehe..


AKU mengaku.. bukan senang nak pertahankan hubungan tanpa ada ikatan yang sah.. banyak sangat dugaan yang datang menimpa-nimpa.. memang tipulah kan kalau aku cakap yg kami tak pernah bergaduh.. macam pasangan lain, pasti akan ada gaduh, merajuk, pujuk memujuk.. normal la tu kan.. apa yang membuatkan hubungan kami bertahan sehingga kita adalah kerana perasaan cinta dan sayang masih wujud dan masih kuat didalam hati.. kejujuran dan saling mempercayai antara satu sama lain adalah sangat penting dalam hubungan.. 

Kami tak macam pasangan lain yang kalau boleh setiap hari nak jumpe, setiap hari nak date.. honestly, kami cuma jumpa sekali atau dua kali je sebulan.. even kami jarang jumpa, tapi kami jadikan ia sebagai alasan untuk kami saling merindu.. tapi kami akan jadikan detik-detik pertemuan tu sebagai detik yang manis untuk dikenangkan.. kami sedaya upaya mengelak untuk bergaduh time jumpa (walaupun adakalanya gaduh jugak) huhu.. 


ADA jugak yang tanye, "tak jemu ke kapel dgn orang yg same?".. aku jawab, "kenapa nak jemu? setiap manusia pasti akan berubah perangainya..masa tu la baru kita akan rasa pembaharuan dalam hubungan kita :)"..

Honestly, aku tak pernah jemu mencintai orang yg sama.. even setiap hari mesej dan tanye benda yg sama, benda tu tetap takkan boleh menjemukan aku.. it is better than tak mesej langsung kan?? haha!!


Aku tetap bahagia dengan dia dan tetap akan mencintai dia.. 


KINI satu dunia boleh tahu yang aku masih tetap bersamanya..:)




    


No comments: