Saturday, August 18, 2012

Kucing Kesayanganku Accident

Pagi tadi, mak aku kejutkan aku dari tidur dalam keadaan terdesak.. mak cakap, "Dik, pegi tengok Gegirl tu buat kali terakhir..dia kene langgar tadi".. aku yang pada mulanya terpisat-pisat nak bangun tu terus membulat bijik mata n terus berlari ke dapur.. aku tengok Gegirl terbaring depan petis air dan kakinya berlumuran darah.. aku terus baring sebelah Gegirl and menangis.. Luluh hati aku tgk kucing kesayangan aku yg manja dan gemok tu sakit macam tu.. Tak tergambar rasanya sakit yang dia pikul.. Mana tak nye, kakinya yang gebu tu dah habis hancur tulangnya.. Ya Allah.. sakit sangat perasaan aku bila tengok dia macam tu.. :'(


yang kat atas ni gambar Gegirl sebelum eksiden.. Comel x?? aku suka tengok mata dia.. muka dia pulak macam tersenyum je.. dia kucing kacukan kampung dgn ape tah.. tengoklah bulu kat bawah leher dia, mcm singa.. Gegirl umurnya baru setahun.. dia belum pandai menggatal dengan kucing jantan..atau lebih tepat, dia memang tak pandai.. kalo ada kucing jantan nak ngorat dia, dia mesti gaduh dgn kucing tu.. boleh tahan garang jgk dia ni.. walaupun dia dah besar gajah, tapi dia suka main.. dia suka gigit aku nak ajak main.. kadang2, dia suka tidur kat sebelah aku.. dia selalu masuk bilik aku n naik atas katil sebab nak mintak usap.. dia manja sangat walaupun dia garang..


Gemok tak dia?? aku sayang sangat kat dia..memang dari kecik aku manjakan dia tp dia tak pernah bagi masalah pada aku atau family aku.. dia kuat tido n kuat makan (tgk badan pun dah tau)..


yang gambar kat atas ni gambar selepas dia eksiden.. dia menyorok je kat bawah meja.. dibagi makan n minum pon dia xnak..dia cuma pandang je makanannya.. sedih sangat aku tengok keadaan dia.. badan dia panas, mengigil je.. dari pagi tadi aku menangis sampai bengkak dah mata aku.. dia beralih tempat pon aku menangis sebab takut dia hilang.. sebabnya kucing ni kalo dia nak mati, dia akan menyorok dari tuan dia.. seriously, aku tak tipu.. setiap kali dia alih tempat je, aku dah meraban mencari dia..bukan setakat aku, seluruh family aku akan cari dia jugak.. betapa sayangnya kami kat dia sebab bagi kami, Gegirl kucing yang sangat special..

 Tengah hari tadi abang aku dah bawak g klinik haiwan kerajaan kat kuala selangor.. tapi klinik tu xnk terima sbb dorang kata klinik nak pindah ke petaling jaya.. nak bawak ke klinik swasta memang tak mampu rasa sebab paling tidak pon kene sediakan RM500 utk operation buang kaki dia yang hancur tu, untuk ubat dia dgn stay kat wad.. sekarang aku cuma mampu tengok dia n usap-usap kepala dia je.. aku berdoa semoga dia cepat sembuh n dapat tahan sakit dia.. setiap kali aku jumpa dia, mesti aku bisik kat dia, "Kecik, tahan sikit ye sayang..kecik kan kuat..aku syg sgt kat kecik.."

Insya'Allah, jika diberi peluang aku mahu sangat membawanya ke klinik..


p/s - aku tak pernah sesedih ini bila kucing yg pernah family aku bela sejak dari dulu sakit atau mati.. kalian doakan semoga Gegirl cepat sembuh and boleh main seperti dulu.. aku tak kisah if dia cacat, aku akan tetap sayangkan dia...:'(


   

  



No comments: