Thursday, October 17, 2013

DAWAI KOKOT

Korang tau tak dawai kokot tu apa? 
Kalau ada sapa-sapa yg xtau, dawai kokot tu nama lainnya org panggil ubat stapler.. hah, ni rupa dan bentuknya..



Aku nak cite sikit pasal dawai kokot ni dengan kerja aku..  Aku sekarang ada buat dua kerja kat ofis di tempat aku bekerja ni..
Satu - Aku jadi video editor..
Dua - Office girl ja..

Okay, cerita aku dengan dawai kokot ni bermula begini.. Aku kalau xda video yang nak di edit, aku akan mulakan kerja aku sebagai office girl iaitu scan document lama untuk di upload kan ke dalam website syarikat..
Documents tu bukan sikit tau, berkotak-kotak dan berkoyan-koyan.. Banyak sangat..
So, untuk hasil scan yg terbaik, sehelai demi helai kertas yang nak di scan tu perlu diceraikan.. Hasilnya, banyaklah dawai kokot lama dan berkarat yang berlonggok kat atas sudut meja aku..


Bila aku tgk dawai kokot yang banyak ni, tetiba ja aku terfikir, selain daripada scan document tu aku telah menggantikan dawai kokot yg berkarat tu dengan dawan kokot yang baru pada setiap document tu..
Kiranya kerja aku adalah scan document dan gantikan dawai kokot lama kepada yang baru!

Setelah lebih dari sebulan aku kerja kat sini, aku telah handal untuk mencabut dawai kokot dari kertas..
Aku tetiba terasa bangga dengan kebolehan aku yang baru ni..

"Intan, awat hang tanggai dakwat stapler tu guna tangan ja? guna playar ni laa.."

- Kak, dah lebih sebulan dah saya cabut dakwat stapler ni guna tangan ja, hari ni akak baru nak bagi playar? Tangan saya pon dah tak rupa tangan para gadis dah.. kesat sebab habuk karat lekat kat kulit.. 

Aku cuma tersenyum dan tersengih.. ayat-ayat yang aku nak ucapkan hanya terucap di dalam hati ja.. 
Tak baik dok menjawab cakap orang tua... :P





No comments: