Sunday, January 26, 2014

Camping = Outing with them..♥♥


Masih belum terlambat nak ucap Happy New Year kepada semuaaaa!! Well, banyak sebenarnya nak cerita untuk dikongsikan.. Tapi tak tercerita pulak.. adeyhhh =,=!!

Okay! Kali ni aku nak cerita betul-betul.. Dah tak sabar sebenarnya nak cerita.. Ngahahahahaa!!
Pada tanggal 24-25 January 2014 yang lalu, aku follow Mr. I pegi camping dengan member dia kat Bagan Lalang, Hulu Langat, Selangor. Kalau korang tak tau Bagan Lalang tu kat mane, korang ingat je landmark dia Sepang Gold Coast Hotel.. Hotel dia bentuk macam pokok palma tu..

Sepang Gold Coast
Well, sebenarnya kitorg pegi camping je, bukan overnight kat hotel tu ye.. Sila jangan salah paham..
Menurut cerita Mr. I, dorang pon plan last minute, tu pun dalam keadaan yang memaksa dan terpaksa.. Aku pon tak tau sapa yang memaksa dan sapa yang terpaksa.. Tapi yang penting, semuanya berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan yang macam tu.. Tahniah pada korang!!

Jumlah mereka yang pergi (termasuk aku), adalah 8 orang.. So ceritanya, aku gerak ke rumah Mr. I jam 2 ptg pada 25/1 tu.. Sampai rumah dia dalam jam 3.20 kot.. Then, masukkan barang-barang dalam kete, and tunggu kawan-kawan dia, gedebak gedebuk gedebak gedebuk semua, dalam jam 5.40 kitorg officially gerak ke Bagan Lalang.. Sampai kat sana jam 7.15.. First time dalam hidup aku dapat tengok bebola merah (matahari) nak terbenam sambil berada di samping buah hati.. Wonderful sangat!! Sebelum ni aku cuma dapat tengok sunset disebalik awan je.. huhu..

Sorry Zati, saya curik gambar sunset kat wall awak.. hehe
Then, kitorang pon pacak khemah kat situ, keluarkan barang semua and start untuk barbeque.. Seriously aku cakap, dorang punya ayam bbq memang sedap walaupun hampas serai bersepah-sepah.. Hahaha!! (aku takde gambar ayam panggang untuk dipublishkan disini).

Lepas tu, Mr. I ada bawak kek untuk birthday girls.. Tak sangka yg kawan-kawan Mr. I share bulan lahir dengan aku.. So, kitorg sambut sekali lahh.. Nasib baik tepung dengan telur takde.. :D

Okay, nampak sangat orang aslinya aku ni.. =,=''
Lepas makan-makan, kitorg main games plak.. Mula-mula kitorg main game I Love You.. Game ni kita kene duduk dalam bulatan dan ucapkan "I Love You" atau ayat-ayat yang sama erti dengannya kat orang sebelah.. Kalau orang sebelah tu ketawa, kita denda dia!! Hahaha!! Game ni aku yg suggestkan dari ilham Family Outing.. Kalau Family Outing, sape yang gelak kene kiss pipi dengan orang sebelah.. Tapi kita sebagai orang Islam, haramlahkan hukumnya nak kiss yang berlawanan jantina sebabnya kitorg duduk dalam bulatan berselang seli lelaki dengan perempuan.. 

Then, kitorg main game sambung perkataan, ilham dari Super Spontan.. Rules dia, kita kene bila satu ayat minimum 3 perkataan dan maximum 5 perkataan.. Perkataan yang terakhir akan disambung oleh orang sebelah.. Contoh: "Hari ni kau gila" then orang sebelah akan sambung, "Gila definisi dia terencat akal".. then begitulah seterusnya.. 

Tapi, highlight bagi games kat atas ni adalah denda dia.. Memang open gila dorang punya denda.. Hilarious sangat and dorang pon sangat sporting! Denda-dendanya, biarlah hanya kami saja yang tau.. Sebab semuanya dah janji, cerita denda-denda tu  hanya tutup sampai disitu saja.. ☺

Paginya, kitog sarapan sandwich and maggi je.. lepas sarapan, turun ke pantai and main game lagi tapi aku tak join.. Aku tak join game tu bukan sebab aku tak suka.. Aku tak join sebab batuk aku masih belum sembuh sepenuhnya.. Kalau aku join, nanti batuk aku teruk balik.. Sorry ye korang.. Aku bukan sombong.. Dorang main bola beracun and futsal.. Seronok sangat main-main atas pasir.. Lepas main, masing-masing berendam.. Aku dengan Mr. I tak join sekali sebab nak jaga khemah.. Lepas dorang naik, rehat sekejap and makan-makan sikit, barulah aku dengan Mr. I turun sekali.. Tapi sekali lagi aku dengan Mr. I tak join dorang mandi jauh-jauh sebab nak tengok khemah walaupun cuma dari jauh..



Dalam jam 2 ptg, sumenye berkemas-kemas utk balik.. Lepas makan, kitorg gerak ke Sepang Gold Coast untuk ambek gambar.. Hehehe.. Lepas tu balik!! Jam 6.10 ptg baru sampai ke rumah.. Letihnya cuma tuhan je yang tahu.. Lepas maghrib, aku terus tido.. Dalam jam 9 aku bangun.. Pukul 9.40 aku sambung tido balik sampailah ke pagi.. Selama 13 jam aku berhibernasi untuk recharge energy aku.. Then hari ni aku bangun dengan senyuman yang mekar dibibir.. Heheheeee 






 Thanks guys for the beautiful memories.. 


No comments: