Sunday, August 8, 2010

Sehari di PJK.

walaweyhh..penat giller aku hari ni..dr pagi sampai ke ptg aku dok kat PJK (Pusat Jalur Lebar Komuniti)..dapat gak merasa keje part-time kat situ..masyuuukkkk jugak..hehehe..bukan senang jgk ek nk pantau orang yg menggunakan komputer ni..tp aku dpt gak laa merasa keje kat cc..best actually..heheh..riuh PJK tu dgn suara aku ngn ecun yg da lama x berjumpa..hahaha..padan muka ayong..sape suruh partner an aku ngn ecun.kan da gamat tempat tu..hahaha
aku rase mcm nk keje terus je kat sana..best siot..hahaha..
td pon ada karnival kat belakang dewan tu..aku igt hapening laa..tp sambutan kurang memuaskan sbb hari ni hari sekolah ganti..kesian kat abah yg da bertungkus lumus selama berbulan2 utk menjayakan karnival tu..huhu..
tp kelakar pon ada..time aku nak beli ice-blended pulak, peniaga tu pekak+bisu..ni laa 1st time aku berinteraksi dgn org mcm tu..agak ssh jgk laa nk berkomunikasi dgn dia..huhu..
tapi hari ni aku rasa agak 'hot' jgk laa..dgn baju kurung purple n selendang nya..hahahaha..1st time ni pakai selendang..bape kali ntah org dok ehem2 kat aku..mengong betul..xpepasal kene jelingan ala manja dr aku...hahahahaha..lps tu kene ngn abg jual ice-blended tu..tp aku xtau ar dia ushar aku ke x sbbnye ecun yg ckp ngn aku yg abg tu asyik senyum2 je pandang aku..hahaha..klakar betul..
mcm2 hal yg terjadi hari ni..mmg best ar walaupon penat..zzz

Friday, August 6, 2010

Keagungan Cinta Shah Jahan Dan Mumtaz Mahal.


Tiada apa yang dapat aku gambarkan dengan kata-kata apabila menghayati kisah cinta abadi Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Sungguh agung cinta Shah Jahan terhadap Mumtaz sehinggakan terbinanya sebuah mahligai indah yang diberi nama Taj Mahal.
______________________________________________________


Tahun 1631 bersamaan dengan tahun ke-1040 Hijrah, pada suatu hari yang panas dan kering, Mumtaz sarat mengandung kali ke-14 dan menunggu waktu untuk melahirkan anak. Dia berusia 38 tahun. Tetapi, ketika itu, ada perkara yang tak kena dengan kandungannya.

Tiba-tiba kita membayangkan suasana jadi cemas. Shah Jahan dan Mumtaz melupakan permainan catur yang sedang dinikmati. Darah terus menerus keluar tanpa henti dan membuatkan Mumtaz semakin lemah. Doktor-doktor yang dibawa waktu itu juga tidak mampu melakukan apa-apa.

Di hujung nyawa ketika itu, Mumtaz kemudiannya membisikkan sesuatu kepada telinga suaminya. Pertama, Mumtaz meminta agar Shah Jahan memelihara cinta abadi mereka dan berjanji untuk tidak berkahwin lagi.

Sebagai permintaan terakhir, Mumtaz mahukan sebuah tempat persemadian umpama mahligai di dunia, sama seperti apa yang pernah hadir dalam mimpinya. Selepas beberapa ketika melahirkan bayi perempuan itu, catatan sejarah mengingatkan kita bagaimana pemergian Mumtaz waktu itu dengan baris ayat-ayat ini:

Ketika dia membawa keluar mutiara terakhir itu, dia mengosongkan badannya sama seperti tiram.

Mumtaz tiada lagi. Shah Jahan waktu itu kecundang kepada perasaan sendiri. Dua tahun dia menyepi diri dan yang terlekat di fikirannya adalah bayangan mahligai yang diminta oleh isteri tersayang yang sudah pergi.

Dalam tempoh itu, dia mendiamkan diri, mencari dan memikirkan batu-batu permata dan kain pakaian yang sesuai untuk dikenakan bagi mengingati pemergian Mumtaz.

Apa yang masih tersisa hari ini adalah hasilnya. Taj Mahal, yang tidak diketahui secara sahih siapakah arkiteknya siap. Memang Shah Jahan yang mengusahakan pembinaan itu.

Dia memanggil tukang seni dari segenap rantau, antaranya Amanat Khan, seorang tukang kaligrafi dari Shiraz di Iran. Dia merupakan satu-satunya individu yang dibenarkan oleh Shah Jahan untuk meninggalkan sentuhan kaligrafinya pada tembok dan dinding di Taj Mahal.

Tetapi, simbol yang sepatutnya bertahan lama dan untuk kebaikan itu diconteng arang. Taj Mahal menjadi antara kemegahan empayar Moghul dan dihormati seluruh dunia.

Kerana kepentingan strategiknya itu jugalah membuatkan ramai orang yang cemburu dan ingin memiliki Taj Mahal. Lebih tragis, perebutan itu bukanlah orang yang berada jauh daripada Shah Jahan. Anak Shah Jahan sendiri, Aurangzeb menjadi pencemar.

Ketika hayat Shah Jahan sepanjang usia 73 tahun, beliau sempat melihat anak-anaknya bergaduh sesama sendiri. Aurangzeb membunuh dua adik-beradiknya dan beberapa orang lagi cucu Shah Jahan.

Shah Jahan sendiri menghabiskan sisa hidupnya di dalam kurungan penjara di Kota Merah, tidak berapa jauh dari Taj Mahal. Dari kota itulah Shah Jahan melalui hari-hari terakhir dengan meninjau keluar jendela. Melihat sungai Jumna yang mengalir lesu dan tentunya meratapi dalam kesedihan ketika melihat Taj Mahal.

Apa yang sepatutnya menjadi satu mahligai yang suci telah bertukar menjadi bencana besar bagi empayar Moghul. Kekuasaan, ketamakan dan nafsu adalah perkara yang sudah lama merobohkan Taj Mahal. Tiada siapa mengetahui apa yang dirasakan oleh Shah Jahan ketika menghembus nafas. Tetapi, kesedihan tentunya menjadi teman paling akrabnya waktu itu.

Untuk kita yang masih hidup hari ini, Taj Mahal sekurang-kurangnya mengingatkan kita bahawa di dunia ini masih ada sebuah lagi tugu cinta yang menjadi simbol kepada kehidupan yang sepatutnya menjadi lebih baik.

Cinta masih mekar di hati Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Begitu jugalah hendaknya kepada seluruh umat manusia.


Taj Mahal dari Agra Fort dimana tempat Shah Jahan menghabis hari-hari terkahirnya dgn melihat Taj Mahal.


gambaran lukisan Mumtaz Mahal


gambaran lukisan Shah Jahan.
______________________________________________

inilah researh yg aku dpt untuk assignment aku kali ni..
artikel yg bertajuk Keindahan dan Keajaiban Disebalik Kisah Cinta Agung Shah Jahan Dan Mumtaz Mahal.

Saya Sayang Dia ^_^

aku xnk pape dari dia..aku cuma nak hati dia jew..
hari ni genap seminggu kami bersama semula..
mungkin masih terlalu awal bg dia utk memulakan semuanya seperti dulu..
tp xpe..aku sanggup tunggu dia hingga dia benar2 sayang kat aku seperti dulu..
aku sanggup tggu bape lama lg utk dia benar2 beri perhatian pd aku seperti dulu lg..
asalkan cuma satu je yg aku pinta dr dia..aku mahukan cinta dia utk aku..mcm dulu jugak..
aku mahu semuanya mcm dulu..kemesraan,gurauan,ketawa sama2,usik2..indahnya waktu dulu..bahagia aku dapat dia..

tp skrg semuanya da berbeza..aku terpaksa ikut ckp dia..dia mahu aku rahsiakan dulu hubungan ni..sbb semuanya terjadi melibatkan keluarga..aku juga hormat dan sayangkan keluarga aku..
tp aku betul2 tak selesa sgn situasi ni..kalo dulu,kami bebas mengatakan sayang dan rindu di facebook..tp kini tak lagi..malah aku juga da delete dia dari facebook aku..aku mahu sgt tgk status aku 'in a relationship with Izzuddin Mohamed Diah'..aku mahu semuanya seperti dulu..
tp aku tau..semuanya dah berubah..takkan sama seperti dulu lg..melainkan dia sndiri yg mnx maaf kpd keluarga aku, dan aku jgk mnx maaf kpd kwn dia..barulah semuanya akan seperti dulu lg..aku telah bersedia utk meminta maaf kpd kwn dia..dan aku akan lakukan..

b..intan mahu semuanya kembali seperti dulu......

Cheng Guorong

sedang aku wat research utk cari artikel utk assignment aku, tetibe plak aku terbukak satu artikel mengenai lelaki misteri ni...
sape plak Cheng Guorong ni???
kalau korg xbace surat khabar, meh laa cni aku nk gtau sket2 cite psl mamat ni..


NINGBO - Seorang pengemis di China, Cheng Guorong menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun selekeh, berambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut memiliki wajah kacak yang menarik perhatian ramai peminat sejak gambarnya tersiar pada Januari lalu.
Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.
Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan.
Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen.
Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru.
Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Filem tersebut akan menjalani penggambaran pada September depan dan ia dijadualkan ditayangkan pada Februari 2011.
Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.
Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.
Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu
kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini. - Agensi









amacam...mmg terharu giler aku baca cita dia ni..aku terharu sbb, gara2 media,org yg mengemis di jalanan ni boleh jadi kaya raya dlm sekelip mata...
inilah dunia akhir zaman..org yg papa kedana boleh jadi kaya raya...wallahu'alam..

Thursday, August 5, 2010

Encik Hailrudin Jaafar

siapakah lelaki diatas??
beliau adalah lecturer kelas Introduction to Multimedia.
aku nk cite sket psl dia ni..
aku cukup main suka buat assignment yg dia bg..mmg 'best' giller weyh..bila time nk hantar, tetibe je dia ckp 'you sepatutnya kene wat mcm ni, mcm tu, begini dan begitu...baru benda ni boleh dikatakan sbg assignment'
walaweyhh..beliau mmg bagus dlm ucapannya..sebelum kitorg buat assignment tu,dia xgtau pape pon..bila da hntar,barulah nk cakap..
eeeee geramnya aku...rasa mcm nak cabut je selai2 rambut dia yg da sememangnya kurang tu..orang da hantar assignment tu pon da cukup bagus laa..banyak bunyik plak..nak aje aku stapler mulut dia gune stapler gun...bengang betol laaa...!!