Sunday, June 19, 2011

1 Litre of Tears - Ichi Litre No Namida

Aku baru je habis tengok drama Japan 1 Litre of Tears. 




Drama ni mengisahkan seorang gadis berusia 15 tahun mengidap penyakit Spinocerebellar Degeneration. Ikeuchi Aya (Sawajiri Erika) seorang yang aktif di sekolahnya terpaksa menerima penyakit itu walaupun sukar. Penyakit Spinocerebellar Degenaration adalah penyakit tanpa sebab yang tidak boleh di ubati. Penghidapnya akan mengalami masalah dalam pengawalan tubuh badan. Aya sedar akan perubahan pada tindak balas fizikalnya seperti selalu terjatuh ketika berjalan, sukar untuk mengambil makanan dengan menggunakan choptiks dan tidak boleh mengawal jarak apabila mahu mengambil sesuatu. Tapi bagi dirinya mungkin ianya terjadi kerana keletihan. Ibunya, Shioka, juga ternyata sedar akan perubahan itu dan membawa Aya ke hospital untuk pemeriksaan. Ternyata keputusannya amat menyedihkan Shioka apabila doktornya, Mizuno, memberitahu tentang penyakit yang dihidapi Aya dan doktor itu juga meminta Aya untuk menulis diari tentang keadaan dirinya setiap hari agar mudah untuk dia mengetahui tentang perkembangan penyakitnya.

Semakin lama tindakbalas fizikal Aya semakin terbatas. Aya semakin merasa sukar untuk berjalan dan akhirnya hanya duduk di kerusi roda. Keadaan ini menyusahkan rakan sekelasnya kerana setiap hari perlu menolong Aya untuk mendaki tangga. Salah seorang dari rakan sekelasnya, Haruto, amat memahami keadaan Aya dan dia sentiasa ingin membantu, tapi dia hanya mampu memandang dari jauh. Apabila Aya dalam keadaan stress, Haruto akan sentiasa berada disisinya dan mula bercerita tentang sesuatu perkara untuk meredakan perasaan Aya kerana dihatinya sudah terbit perasaan cinta kepada Aya. Apabila rakan sekelasnya sudah tidak sanggup membantu, Aya membuat keputusan dengan berat hatinya untuk meninggalkan sekolahnya dan berpindah ke sekolah orang kurang upaya.

Semasa di sekolah orang kurang upaya, Aya mempunyai rakan sebilik yang menghidap penyakit yang sama seperti Aya. Dari situ, Aya mula mengambil semangat rakan sebiliknya untuk dia terus hidup. Semasa di sana, kepetahan Aya untuk berkata-kata semakin berkurangan. Sedikit demi sedikit keupayaan dirinya diambil Tuhan. Selepas tamat sekolah, Aya mengambil keputusan untuk terus tinggal di hospital kerana ingin terus menjalani rehability kerana dia masih mahu untuk terus berjalan, menulis diari dan berkata-kata. Tapi seperti yang telah tersurat dalam penyakitnya, dia hilang semua keupayaan itu dan hanya mampu berbaring di atas katil. Setelah 10 tahun Aya menderita dengan pengyakitnya, Aya pun menghembuskan nafasnya yang terakhir..
____________________________________________

Drama ini sebenarnya adalah daripada kisah yang benar yang di adaptasi dari diary Kitou Aya.
Korang pasti akan menangis kalau tengok drama ni.. sedih sangat.. tak ramai teman kita untuk menangis bersama apatah lagi untuk menolong.. kepada kita yang sihat walafiat ni, bersyukur lah kerana kita masih lagi boleh berlari, berjalan, menjerit, bercakap, dan buat benda yang kita suka.. dan fikirlah sendiri keadaan kita kalau kita sendiri ditimpa oleh penyakit ni.. aku sendiri pun terfikir macam tu.. pasti susah nak terima hakikat apabila kita sendiri tahu bahawa penyakit ini tiada penawarnya dan hari-hari yang akan datang kita hanya akan duduk di kerusi roda dan berbaring di atas katil.. tapi walau sesukar mana pun keadaan kita, kita masih ada family yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada kita.. cerita ni terlalu banyak pengajarannya.. tengok sendiri dan ambil semua iktibar yang cuba disampaikan.. :))

ini adalah gambarnya mendiang.

Setelah puas aku buat research, aku terjumpa satu blog ni yang translate diary Kitou Aya dari Mandarin-English.. aku harap entry nya adalah dari diary itu sendiri.. Please Enjoy Yourself!



2 comments:

zahidah dihaz said...

dah tengok cerita ni dua kali...dua2 kali pun nangis bercucuran air mata...huhuhuhuhu...

terasa nak tengok cerita first love lagi lah...semalam terdengar ost dia kat tv....

New Entry: Senarai pemegang sijil pengesahan HALAL Majlis Islam Sarawak 2


List of Korean/Japan drama/movie

Help to vote me @ Contest like @ Facebook

Unknown said...

hehehe..