Saturday, December 24, 2011

I'm PUPPET.. not MUPPET

Disebabkan aku terlalu sangat menjaga hati dan perasaan orang lain, hinggakan hati dan perasaan aku sendiri yang tercalar pon aku biarkan saja.. Kadang-kadang aku terlupa macam mana rasanya sakit hati tu sebab dah terlalu kerap aku pendam dan lupakan saja sakit yang sering menjalar dalam hati aku.. Adakalanya aku terfikir, siapa aku di mata semua?? Seorang manusia yang masih punyai perasaan atau hanya sekadar boneka mainan?? 





 

Wednesday, December 14, 2011

Hari kedua di semester yg baru

Hai Hai Haiiiii!!!
Assalamualaikum semua...!!!

Hari ni merupakan hari kedua Innaz berada di Unisel untuk semester yg baru.. Hari pertama bermalam di sini, memang tak lena giller.. kaki sakit + selsema.. mmg dahsyattt!!! Hari ni pergi kelas, tapi kene bahan plak dengan classmate.. Katanya Innaz cantik hari ni.. pooodaaaahhhh!!! aku ni setakat pakai baju kurung bila kene angin berkibar-kibar mcm bendera ni pon dikatanya cantik.. nak bodek la tuuu.. tak pepasal aku pakai blusher semulajadi hari ni (malu tahap gaban bila dia asyik ulang ayat yg same je..MALU DOWH!!)
Hakikatnya Innaz berbaju kurung hari sebabnya kat umah Innaz ni belum ada iron lagi..so terpaksa la pakai baju kurung ni sebab baju ni la satu-satunya pakaian Innaz yg x berkedut...huhuu..


Innaz nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Admin sharifah bagi page Jgn Asyk tekan like je, comment la jgk. kerana telah mempromosikan Facebook Innaz dan jugak blog Innaz..heheheh..

okeyh!! Innaz dah keboringan dan blur tahap melampaui batas.. tettttt..

bubye!!



Monday, December 12, 2011

Timetable for ME!

Assalamualaikum yuolll...!!!
Setelah cuti semester selama sebulan berlalu, akhirnya kini bermula semester yg baru bagi Innaz dan rakan-rakan seperjuangan di Unisel ini iaitu Semester 5 (2/11/12).. Yang kat atas ni adalah jadual kelas Innaz untuk sem ini.. RONGAK giller kan?? Bhahahahaha!! Innaz cuma ambik 5 subjek je untuk sem ni.. Tak mampu la plak rasanya nak ambik full time kredit (6 subjek).. Subjek-subjek yg tersenarai kat atas ni pun dah killer subjek.. mau tak tido malam Innaz nanti untuk siapkan assignment2 utk subjek2 ni..huhuu -_-!!

Papepon, Result Innaz untuk exam sem lepas pun naik sikit.. Alhamdulillah syukur kepada tuhan.. walaupun bergelut dgn masa utk menyiapkan assignment time exam, tapi Innaz dapat result yg memberangsangkan..hehehehe..

Nak tau ke bape result Innaz?? xyah tau lebih-lebih laa..cukuplah sekadar Innaz bagi tau yg result Innaz masih lagi dalam pointer 3..tak pernah lebih n x pernah kurang..hehehe...:P

Laparlah pulak..jom makan!!!


   

Thursday, December 8, 2011

LIKE FanPage Innaz kat FACEBOOK

Assalamualaikum...
Hai Hai Haiiii!!!

Hari ni Innaz dengan bangga dan kembang kuncupnya ingin merasmikan fan page Innaz di Facebook..
Jom LIKE ramai-ramai!! Nanti kita boleh sembang-sembang..:)
link fan page Innaz : Innaz Abdulah Dot Blogspot


Actually, Innaz baru je create page ni.. so x bape ramai lagi yg LIKE.. so kepada sesiapa yg terminat dan teringin sangat nak sembang-sembang dengan Innaz, jom lah LIKE ramai-ramai..:D


Terima Kasih kerana sudi LIKE page saya..:D

  

Monday, December 5, 2011

Shoutbox!!

Kepada para blogger yang sering meninggalkan mesej anda di shoutbox saya, 1stly saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memenuhkan ruang shoutbox saya.. Tapi disini ingin sekali saya jelaskan bahawa blog saya bukanlah satu laman untuk bergossip dan jugak bukanlah laman yg terlalu berinfomatif (kadang2 saya berinformatif bila ianya berkaitan dengan diri saya sendiri). Jadi, xpayahlah susah2 nak letakkan ayat copy & paste anda di ruangan shoutbox saya sebab ianya buat saya rasa annoying dengan anda.. sekian terima kasih..:)



Isnin

Ada yang tanye Innaz,
"Apa pandangan sahabat tentang hari Isnin?"

dan jawapannya adalah, pada hari ini bersamaan dengan hari Isnin, bertarikh 5 Disember 2011, bersamaan dengan 10 Muharram 1433, adalah hari yang paling menyakitkan hati buat Innaz apabila telah dimalukan oleh seoarang pekerja yg bekerja sebagai jaga bank..(cerita lanjut)

Itulah jawapan Innaz.. terima kasih kepada GuruCyber kerana sudi bertanya soalan itu..:)



PAKCIK!! Anda sangat keterlaluan!!

Assalamualaikum..
Pada malam yg damai ini, Innaz ingin menceritakan satu kejadian yg agak memalukan bagi Innaz pada petang tadi.. Lokasi kejadian di salah sebuah bank di Bandaraya Klang (sambil ditemani oleh Cik Abang Sayang).. Pada ketika Innaz sedang kebuntuan untuk membayar yuran pengajian untuk semester yg akan datang, lalu Innaz pon mengeluarkan telefon bimbit lalu menelefon kawan Innaz untuk pertanyaan.. Tetapi secara tetiba Innaz dikejutkan oleh sebuah suara garau meminta Innaz keluar dari bank tersebut gara-gara Innaz menggunakan telefon di dalam bank tersebut.. Lalu secara spontan Innaz pon mengerutkan dahi dan terus menghabiskan ayat-ayat Innaz tanpa menghiraukan arahan dari si pemilik suara tersebut.. Then Innaz pon mematikan talian telefon sambil membuat muka selamber dan terus ke kaunter pertanyaan untuk memintak nombor giliran (padahal Innaz tengah menahan geram terhadap si pemilik suara tersebut yg jugak jaga di sana).. Tapi xpelah.. Memang salah Innaz pon sebab menggunakan telefon bimbit di tempat larangan.. Tapi Innaz terperasan air muka Cik Abang berubah mendung..

Setelah beberapa ketika, selesai sudah urusan Innaz untuk mengisi borang resit pembayaran yuran tersebut.. Masa tu jugak Cik Abang berkali-kali mintak Innaz batalkan niat Innaz utk bayar yuran kat situ dan suruh Innaz pergi ke tempat yg biasa Innaz pergi untuk membayar yuran, iaitu di Tanjung Karang.. Lepas tu Innaz cakap kat dia, "alang2 dah sampai sini, bayar je laa sekali..lagipon niat Intan keluar hari ni memang nak bayar yuran..".. Lalu Innaz pon duduk di kerusi yg disediakan sambil menunggu nombor Innaz di panggil.. Tapi Innaz pelik jugak, kenapa tetiba Cik Abang marah?? Alasan dia yg pertama adalah "Bie tak suka menunggu..", dan Innaz pon berkata, " Bie pergilah balik dulu.. Intan okey kat sini..tak payah la tunggu Intan".. Dan tibalah masanya untuk Innaz diam dan merajuk..

Setelah agak lama diam, Innaz pon dah naik bosan dan mula memujuk Cik Abang.. bila keadaan dah kembali normal, Innaz pon memintak telefon bimbit Cik Abang dengan niat ingin menilik apa yg ada dalam telefon bimbit dia.. dan tanpa di duga suara pak cik jaga itu pon berbunyi lagi.. dan kali ini betul2 sangat menyakitkan hati Innaz.. dia cakap, 

Pakcik jaga : Ini kali kedua saya nampak kamu pegang handfon, kamu tak nampak ke kat depan tu ada signboard xleh gune handfon?.. 

Aku : Saya pegang and tengok2 handfon ni je pakcik..

Pakcik Jaga : Tetap jugak tak boleh.!! tu nampak tak camera tu! (lalu jarinya menunjuk2 CCTV yg ada dalam bank itu)
Haisshhh.. tak belajo tinggi-tinggi betullah kamu ni!!

Aku : OKEY!! SORRY PAKCIK!!!

Lepas pakcik tu pergi, Innaz terus melepaskan marah dan geram.. mana tak nye, siapa yg rasa tak malu bila tetiba di jerkah sebegitu rupa?? suara pakcik tu pon boleh tahan jugak kuatnya bila dia sound aku bagai nak bgtau satu bank tu plak.. HAIIYYHHH!! memang sakit hati giller arh!! dah la memalukan Innaz and yang paling sakit hati bila dia cakap yg Innaz ni tak belajar tinggi-tinggi.. sesuka hati dia je cakap macam tu..nak aje Innaz suakan resit pembayaran yuran tu kat bijik mata dia biar dia tahu Innaz ni berpelajaran ke tak.. eeee!! nak aje Innaz tembak dia gune bazooka!! Nasib baik Innaz ni masih ada rasa hormat pada orang tua, kalo tak, memang Innaz dah buat macam tu pon.. pada masa yg sama, rasa macam nak jee tayang telefon bimbit betul2 kat depan muka dia dan jugak kat depan CCTV tuh!! huh, geram betul aku!! setakat pegang fon je pon nak sound2 bagai tak hengat dunia.. blahh laa..ingat bagos sangat ke jadi jaga tu?? Kerek betul!!

Lepas tu Cik Abang pon menenangkan Innaz yg sedang melepaskan geram ni.. dan dia pon tetiba bagitau yg dia marah tadi sebab pakcik tu laa.. Innaz pon pelik..ye laa kan, tetiba plak dia nak marah sebab bukan dia yg kene sound.. dan dia pon berkata, dia marah sebab dia ada kat sebelah Innaz (ye laa tuu..padahal marah sebab awek dia yg kene sound kan??? heheheh :P)..

Begitulah ceritanya..tapi memang betul2 memalukan..kata-kata pakcik tu mmg betul2 dah buat Innaz marah dan sakit hati yg keterlaluan!!

kepada pakcik jaga.. bawak-bawak lah bertaubat ye.. pak cik tu dah tua, tak payahlah nak memburuk-burukkan orang lain..bila sekali pakcik bercakap buruk, berkali-kali orang akan mendoakan yg buruk-buruk buat pakcik.. bawak-bawaklah sedar diri ye pakcik..

Papepon, cite Ombak Rindu tadi memang best!! heheheh (tetibe..:P)


  

Thursday, December 1, 2011

Luahan hati Intan Nazila..

Assalamualaikum..

Minggu lepas blog Innaz bagai tak mau berhenti dari update entry terbaru..then after that tetiba senyap sunyi sepi je selama seminggu..sebab ape?? sebab kerja-kerja menanam cable talipon sedang giat dijalankan di Jalan Simpang 3 Jeram ini.. Pada hari pertama kerja menanam tu, Innaz tak tau plak internet xdak..Innaz dengan semangatnya on laptop dan ingin meng'online'kan diri..bila dah bukak browser Google Chrome, then tetiba kat page facebook ku tertera ayat sebesar alam "The cable telephoned is not unpluged".. what the pffftttt??? oh sungguh membengangkan rasa saat itu lalu Innaz keluar dari bilik dan menuju ke modem dan mencabut segala wayar di situ dan pasangkan balik dan on kan balik..masuk bilik try refresh, masih ayat yg sama keluar..lalu hati berkata "ini yg tetiba rasa nak marah ni!"..lebih kurang 2 3 kali jugak la Innaz buat perkara yg sama (padahal masih tak sedar diri yg internet tak boleh guna).. then perkara last yg Innaz buat adalah angkat gagang talipon umah dan dengan disitu langsung tiada kedengaran sebarang bunyik..ohhh sungguh pffftttt!!! sia-sia je aku exercise tgh2 hari buta kuar masuk bilik sbb terpikir mungkin wayar2 di modem tu tersilap sambung..huhu..dan perkara itu berlanjutan selama seminggu..dan selama seminggu tu jugaklah Innaz menjampi serapah kat para pekerja yg dah buat kerja dengan tidak fokus kerana telah menyebabkan cable untuk internet yg berada dalam tanah itu terputus..ouuhhhh sungguh menyakitkan hati!! dan gara-gara itu jugak sayur kobis ku di kota CityVille ku mati sebab tidak bertuai...ouuhhh sungguh membengkakkan!! akhirnya cable itu sudah berjaya dibaiki semalam (30/11/11)..berdering je talipon rumah, Innaz terus terlompat-lompat kegembiraan then baru angkat talipon tersebut..ngaahahahahaha...selama seminggu tidak online nih ibarat katak di bawah tempurung..otak pon tak berkembang sebab tak tahu apa-apa berita semasa (padahal hati tu ego bagai tak sedar diri sebab tak nak tgk tv dan surat khabar yg setiap hari dibeli sebab masih menunggu talian internet disambungkan balik)..hahahaha..papepon, aku gumbira sebab dapat online selepas habis semua movie dan drama di dalam external hard disc ku dah habis di tonton dan jugak segala novel yg ada kat umah ni pon dah habis ku ulang baca yg ke entah berapa kali..heheheh...

OPPSSS...entry dah lari dari tajuk ke?? BHAHAHAHHAA!!! isi penulisan ku tidak pernah lari dari tajuk sebab apa yg ada dalam hati aku sudah terluah di atas... YA!! itulah luahan hati aku selama seminggu ini sebab tak dapat online..:P


  

Tuesday, November 22, 2011

Najib, Mana CUTI?

Assalamualaikum..
tadi tgh best2 Innaz chatting dengan kawan seperjuangan sambil tangan scroll2 mouse kat wall fb, then tetiba ternampak satu gambar yg dah membuatkan Innaz ketawa tak henti2..


Ni la gambarnya...HAHAHAHAHHAA!!!
aduhaiii.. Innaz pon xtau la sape edit gambar ni..memang kene plak dengan muka dgn ayat dia tuh..hahahaha..
papepon, nak ke PM kita tu bagi cuti utk kita?? hehehe
*tangandibahudanmatakeatas*


  

Squad Harimau Muda berjaya bawa pulang pingat emas!

Penantian Satu Penyiksaan... Penyiksaan Membawa Kegembiraan. Tahniah Harimau Muda Malaya Yang Berjaya Mematahkan Kepak Garuda Yang Akhirnya Tersungkur Dibumi Sendiri. Kami Bangga Dengan Kejayaanmu...

Rimau Bukan Sebarang Rimau...
Rimau Muda Dari Malaya...
Melihat Garuda Merayau-Rayau...
Rimau Terkam Garuda Tak Bermaya...

Keputusan 1 - 1 ( Malaysia Menang Menerusi Sepakan Penalti 4 - 3 )

___________________________________________________

Tahniah Innaz diucapkan kepada Harimau Muda kerana berjaya meraih pingat emas dalam perlawan akhir bola sepak malam tadi di Stadium Bung Karno yang menentang Indonesia.. 

SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA! DAN MALAYSIA JUGA BANGGA MEMPUNYAI RAKYAT SEPERTI HARIMAU MUDA!! 

AAAUUUUUMMMMMMMMMMMMMM!!


Monday, November 21, 2011

Excellent - Kau Yang Satu

Assalamualaikum semua..Selamat Petang!!
hari ni Innaz nak share satu lagu yg dah bertahun-tahun Innaz carik..akhirnya ketemu jua..dulu tak jumpa sebab keliru dengan tajuk lagu ni dengan lagu Kau Satu-satunya - Ukays dan penyanyi pon tak tau sapa namanya.. tapi Alhamdulillah jumpa jugak..hehehe..

Lagu ni Innaz dengar time Innaz sekolah rendah dulu.. Kakak Innaz selalu karaoke sorang-sorang lagu ni kat umah time parents Innaz xde kat umah..Innaz dengar dia nyanyi sedap sangat..lagu nye pon macam mendayu-dayu je..hahahaha!! papepon, syukur sangat sebab dapat jgk dengar lagu ni setelah hampir 10 tahun tak dengar...layannnn!!!


Biar kupimpin jejarimu
Menyusur ruang yang berliku
Biar kuarah laluanmu kasih
Agar kau tidak rasa kaku

Sepenuh rasa sayang
Yang menghuni hati
Moga diberkat Kasihku ini

Hanya kau yang pertama
Juga kau yang terakhir
Bertahta di hatiku
Melengkapi kehidupan

* Janganku ditinggalkan
Janganku dilupakan
Dengarlah sayangku
Maafkanku jika Berkasar terhadapmu

Bukan niatku
Membenci oh dinmu
Di luar sedar
Menengkingmu sehingga
Engkau menangis sayang
Apa yang berlaku
Mohon dilupakan
Maafkanlah aku
Maafkanlah

Takkan ku ulangi
Tak aku menyakiti
Oh hatimu lagi
Percayalah sayangku

Benar kata
Cintakan berubah
Bila ribut melanda
Berilah peluangku sekali lagi

(ulang *)

ALBUM: Kau yang satu
ARTIS : Excellent
LAGU/LIRIK: Lan Laga/ Nur

____________________________________________

Sunday, November 20, 2011

Makan, Makan dan MAKAN!

Assalamualaikum and veri gud ivening tu oll my dier frens.. Haw wow u tuday?? hopulli u are in gud kondisyen.. HAHAHAHA!! (tetibe +,+!!)


Topik pada malam ini adalah MAKAN!! eh jap, buat "makan" besar sikit..highlight word "makan" then press control+B and pegi kat font size and reset jadi Largest..
Wokeyh.. topik pada malam ini adalah MAKAN!!
(ishhh..apehal plak semua besar-besar ni?? ahh lantaklah sane...:P)

Orite..nak cite tentang makan ni.. wokeyh, tipulah kalo korang semua ni tak suka makan.. pasti semua suka makan..termasuk jugak Innaz.. Innaz mengaku memang Innaz suka makan dan kuat makan..Innaz memang pantang nampak makanan sebab kalo nampak makanan je mesti perut akan terasa lapar sambil mulut berkata "ishh sedapnya makanan ni..perut aku pon tetiba terasa lapar ni..".. Innaz memang tak boleh menghadap makanan, walaupun baru lepas makan, kalo nampak orang tgh makan je mesti Innaz akan ambek pinggan and bubuh nasi and bubuh kuah and ambek lauk dan makan bersama-sama dengan mereka (situasi ini hanya berlaku di rumah sahaja).. 

Kalo kat Unisel, Innaz mmg akan panas bontot duduk dalam rumah je sebab perut ni mesti suruh kaki ni turun ke cafe or kedai runcit utk mencari makanan utk di makan.. kalo di rumah plak, Innaz pasti akan terlebih makan sebab makanan sentiasa ada.. kalo xde, Innaz akan men'vroomm-vrooommmm'kan motor Innaz utk menuju ke kedai runcit beli aiskrim..heheheh..terukkan kan..usahkan duduk kat unisel, duduk kat rumah pon panas bontot jgk kalo xde makanan utk di kunyah..huhuhu..

saya sedang makan!!

kalau Innaz dirumah then kakak-kakak or abang-abang Innaz balik, pasti Innaz akan berasa terlalu gembira sebab pasti akan ada aktiviti memasak makanan yg sedap2..hehehh..

Innaz kalo makan banyak mane pon, even 10 kali sehari pon, badan tetap x gemok2..maintain je..berat badan pon kalo naik juz sekilo or 2 kilo..then beberapa hari lepas tu pasti akan turun sebanyak mana berat badan ni naik..huhuhu..tapi xpe lah..Mak dan Abah Innaz kata, "Dik, kau jangan nak gemok sangat..nanti tak cantik..kau tu dah la pendek, kalau gemok buruk rupanya.." huhuu..begitulah ucapan mereka setiap kali Innaz menyuarakan hasrat hati untuk memiliki tubuh yg berisi sikit.. Boyfriend Innaz pon cakap, "jangan gemok sangat nanti b tak larat nak angkat.."..begitulah ucapan beliau setiap kali Innaz menyuarakan hasrat hati utk memiliki wajah yg tembam sikit..huhu..-_-!!..bukannya Innaz tak bersyukur memiliki tubuh yg diidamkan oleh semua wanita (its mean kurus okey..:P) tapi Innaz nak muka Innaz ni tembam sikit barulah comel..kalo cengkung sangat tak comel kan..huhu..

papepon, bersyukurlah selagi badan tu masih mampu bergerak, berjalan, berlari dan melompat.. sebab kesihatan tu amat penting sekali, tak kisahlah seseorang tu kuat makan atau tak, kurus atau gemok.. hehehe..:)

sekian saja untuk hari ni.. kalo idea gila-gila datang, nanti Innaz update entry baru lagi eh...:)

GUDNYTE!!!

  

Bedak Oh Muka Melepak!

Assalamualaikum All!! 
pada petang Ahad yg mulia ni Innaz nak kongsikan satu kisah yg agak lucu buat Innaz.. Sebenarnya kisah ni terjadi masa bulan puasa hari tu (kot)..tapi Innaz xde kesempatan nak menceritakannya.. so hari ni tetiba rasa terseru utk membuat enrty pasal ni..

WOKEYH!! Kisahnya begini.. masa tu Innaz baru je bangun dari tidur petang, so kat dapur dah sibuk nak siapkan juadah utk berbuka puasa.. yg Innaz plak masih terkebil-kebil duduk kat atas kerusi sebab otak masih mamai 20%..so otak tak boleh nak berkomunikasi dgn badan dgn baik pada ketika itu.. selepas lebih kurang 5 minit Innaz ingin menormalkan kembali kesegaran otak, tiba-tiba datang seorang anak sedara Innaz dan menghadap Innaz yg tgh mamai tu sambil tersengih-sengih seperti kerang yg telah direndam dek air paip.. dengan otak yg sudah mulai memproses pandangan yg sedang Innaz nikmati tu, then secara tiba-tiba otak menghantarkan isyarat ke mulut untuk tergelak berdekah-dekah pada petang yg damai itu.. nak tau apa yg Innaz tengok??


JENG JENG JENGG!!!!
(jeng3 tu kasih besar sikit..heheheh :P)


inilah rupa anak sedara Innaz yg Innaz gelakkan berdekah-dekah itu..hadoiiyaiii...sape yg x tahan nak gelak kan bila tetiba mata terpandang wajah insan yg baru nak membesar ni sebigini rupa..

Nama dak kecik ni Auni..Innaz pon xtau la kat mane dia boleh dapat bedak n sapukan kat muka sampai dah jadi raja tepong komak mcm tu..nak tau sape lagi geng dia main bedak ni??

Ni la wajah-wajah yg telah karam di tenggelami bedak..

Ni Haziq.. adik kepada Auni..tak padan dengan kejantanannya pon pandai main bedak jgk..dah macam The Phantom of the Opera dah muka dia..huhu

yg ni plak Madihah..mybe dia lah mak andamnya sebab muka dia bersih je (tapi ada jgk tompok2 bedak kat muka dia)..cuba tgk tangan dia..penuh dengan bedak..mesti dia punyalah yg memekapkan Auni dengan Haziq ni..hahaha

 ni ada lagi gmbr yg sempat Innaz snap..mmg lawak habislah..Mak Innaz yg tengah tegang masak kat dapur pon boleh berhenti masak kejap sebab tak boleh nak tahan gelak tgk budak2 kecik ni..aduhaiii...


haihhh..dah betul-betul rupa si Ajis dalam cite Seniman Bujang Lapok tu..HAHAHAHAHA!!

Macam ni la ragam anak-anak sedara Innaz bila balik kampung..masing-masing jadi rajin utk "berkemas" rumah..huhuu..papepon, saya sayang mereka semua walaupun saya selalu marah mereka..heheheh..
PIECE ^_^v!!


Saturday, November 19, 2011

Tahniah Team Bola Sepak Malaysia!!!


Assalamaulaikum wbt..

Dengan ini saya ingin mengumumkan satu berita gumbira.. Ianya terlalu gumbira buat seluruh warga Malaysia sehingga ada yang menitiskan airmata, gelak tak henti-henti dan menjerit melolong-lolong seperti orang insane kerana berita gumbira ini.. HAHAHAHA!!

Pastinya rata-rata telah mengetahui bahawa Squad Bola Sepak Malaysia dengan bangganya telah melangkah ke final untuk memenangi Pingat Emas dalam sukan Sea pada tahun ini. Ianya merupakan satu berita yang terlalu gembira buat para penyokong Harimau Malaya ini kerana para pemain telah bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan satu-satunya GOL yang berjaya dijaringkan oleh pemainnya (tak tau apa nama beliau) pada separuh masa kedua ketika squad Malaysia menentang Myanmar dengan kemenangan 1-0. 


Tahniah buat pasukan Harimau!!
NGAUUUMMMMM!!! 
ggrrrrrrrr.....:P


  

Friday, November 18, 2011

B.O.S.A.N = BORING!

Assalamualaikum....
HAIIII!!! 

Hari ni Innaz dapat merasakan ada sedikit keboringan dengan blog Innaz ni.. Mungkin sebab dah terlalu lama Innaz tak ubah layout blog ni..

HAHHH!!! ada satu soalan cepumas ni..korang tau tak layout tu apa??? (perkataan layout kasi highlight sikit..)
Layout tu adalah susun atur sesuatu di dalam scene..contoh macam blog ni laa..kalo kita nak ubah, kita kene susun dulu..yg mana sepatutnya di hadapan(1st look) dan yg mane sepatutnya di letakkan di belakang..tapi tapi tapi tapiiii...mesti kene ada 'tapi' jugak...nak buat layout ni pon bukan boleh main letak je..kene ada seni jugak (bak kata penggiat seni tanah air laa)..kalo kita main letak secara hentam kromo je, blog kita akan jadi messy..macam nak letak perabot dalam rumah jugak..mane boleh letak benda2 besar kat tgh2 rumah dan yg kecik kat tepi2 dinding je..tak cantik la kan..kita tgk pon serabot apatah lagi tetamu yg datang...
so, sama jugak nak buat layout kat blog.. kene kemas dan teratur..kalo nak lebih tahu tentang susun atur dalam blog ni, tanyalah pada yg pakar eh..x pon cubalah survey2 kat blog2 org lain..Innaz ni bukanlah tahu sgt.. benda ni pon cuma utk peringatan buat diri sendiri jgk supaya x buat blog yg messy dab serabot..heheheh..:P

HUHH!! sekarang ape nak buat?? tak tau nak buat ape dah..well, time cuti2 Malaysia ni mmg Innaz agak insane sikit sebabnya dah xde benda nak dibuat..so merapu-rapu je laa..hehehe..

okeylah, Innaz nak siapkan banner yg baru utk blog Innaz ni..heheh..daaaaa


  

Monday, November 14, 2011

Berakhir Sudah Cerita di Semester 4

Semester 4 ni memang paling mencabar kesabaran Innaz dalam sepanjang Innaz hidup kat dunia ni.. semua subjek yg Innaz carry sem ni, semuanya bertahap Ijazah.. Innaz pon xtau la..mungkin batch kitorg ni menjadi bahan uji kaji kot sebab semuanya boleh dikatakan kitorg la first batch yg ambek subjek tu,  1st bacth yg buat event ni, 1st batch yg buat benda tu.. hadoiii...rasa nak nangis pon ada..huhuu T_T

papepon, pengalaman dan kenangan yg Innaz dapat untuk sem ni antara kenangan yg tak ternilai harganya..walaupun ada banyak assignment yg membuatkan Innaz jadi give up, tapi usaha dan semangat yg diupkan oleh kawan-kawan telah membuat Innaz berjaya mengharungi kepayahan sem ni dengan kesabaran yg tinggi..tapi malangnya Innaz x dapat menyiapkan satu je tugasan yg terakhir kerana telah kesuntukkan masa dan jugak ketandusan idea..memang kecewa sgt..tapi nak buat macam mane, rezeki tak menyebelahi..huhuu..T_T

papepon, segala yg berlaku pada sem 4 yg lalu akan Innaz jadikan sebagai pengajaran dan segala pengalaman dan kenangan tu akan Innaz jadikan sebagai memory yg terindah.. :)

time ni dekat Mid Valley..sebab kitorg dapat satu assignment yg maha pelik di mana lecturer meminta kitorg menonton movie 3D dan kaji segala element yg ada dalam movie tu..lepas tu kitorg kene buat trailer dan storyboard berdasarkan movie tu jgk..tapi bila dah start movie, Innaz tak buat pape catatan pon sebab gelap kan..maacam mane nak menulis kan?? hahaha..juz tengok je la cite tu..best plak cite dia..(The Three Musketeers)


Innaz dan Kak Yan!! dia ni bakal roomate Innaz untuk sem depan..hehehe..:)

yang ni plak Innaz dan housemates..kitorg baru lepas berkayak time ni..1st time Innaz berkayak..dan alhamdulillah Innaz tak jatuh pun..hehehehe...:P

yg ni plak tgh menyiapkan assignment kat dalam library.. ni pon boleh dikatakan antara assignment yg pelik jugak sebab lecturer suruh kitorg semua pegi library dan siapkan tugasan..satu hari suntuk Innaz dan kawan2 kat dalam library tuh..dari hari terang benderang, sehingga gelap gelita..huhu


yg ni plak kitorg ada presentation.. yg ni bukan team Innaz..Innaz juz menyibuk je kat situ..hahaha

yg ni group usrah Innaz..time ni kitorg ada game bola jaring..dah 7 tahun Innaz tak main bola jaring, sekali main, lebam2 kaki Innaz tau sebab asyik terhatuh je..huhu


Innaz pegang posisi WA (wing attact)

gambar ni plak time Innaz pegi kem spies kat ampang pecah..seronok sgt..ni semua peserta2 yg pegi kem tu..:)

come tak Innaz pakai spek hitam ni?? hahhaaha...

fully formal..nampak sangat Innaz ni rendah bila pakai mcm ni..huhu..-_-!!

yeah!! this is me..kawaii tak?? hahaha.. kredit to nazatulshima sebab sudi meminjamkan baju ini utk Innaz..time ni lepas nasyid..1st time jugak Innaz jadi penyanyi solo..huhuhu..sakit tekak saya..



berakhirlah coretan Innaz utk entry kali ini..Innaz pon xtau nak tulis ape lagi dah..tetiba je otak jadi blank..huhu..papepon, Innaz nak ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada adik2 yg menjawab SPM hari ni..semoga adik2 semua dah bersedia sepenuhnya dan menjawab soalan exam dengan tenang..inysya'Allah kejayaan tu akan menjadi milik adik2 semua..:)

kepada kawan-kawan yg bakal menduduki STPM minggu depan, SEMOGA BERJAYA Innaz ucapkan kepada semua.. jangan asyik nak berfacebook je tau.. pelajaran tu lagi penting.. tak lama pon, sebulan lagi korang bersuka ria sakanlah ye..hehehehe :)

dan tak lupa jugak kepada cik abang sayang, jangan stress sangat tau nak jawab STPM nanti..jgn sia-siakan pengorbanan yg dah kita persetujui sebelum ni..Intan doakan semoga bie berjaya dalam STPM dan berjaya jugak menebus kekalahan bie pada SPM yg lepas..I Love You so mucchhhhh!!!




      

Oh! Blog Sarang Labah-Labah Ku...


ASSALAMUALAIKUM YOU ALL!!!! 

Lamanya aku tak menceceh kat sini.. dah sebulan lebih kot Innaz tak tak on blog ni.. Al-maklumlah, dengan final project yg berlambak-lambak dan jugak presentation untuk final projek banyak sangat.. apatah lagi dah nak dekat exam.. memang tersangat-sangat xde masa nak pikir pasal blog yg dah penuh dengan sarang labah-labah ni..huhuhu.. walaubagaimanapun, sekarang Innaz sedang menikmati keindahan dunia yg sedang merdeka..hahahahaaa.. Innaz baru je habis final exam ni..so tetiba rasa terpanggil untuk menjenguk blog dan meng'update'nya..kalau ada yg dah rasa rindu dengan Innaz, boleh la lepas kan rindu tu dengan sepuas-puasnya sebab lepas ni mungkin Innaz akan kembali aktif untuk meng'update' blog ni.. hehehehe..

okeylah..my mum dah panggil makan tu..
nanti Innaz datang balik dan post entry terbaru yang bertajuk 
'Berakhir sudah kenangan di Semester 4"

wait for me tau!!!
daaaaaaaaaa....:)



Sunday, October 9, 2011

University-Life ku semakin sukar..

Hidup ni kalau tak susah memang bukan hidup namanya kan... sama jugaklah macam aku.. bukan senang nak mencapai impian.. segala-galanya kene perfect untuk menjadi yg terbaik.. walaupun kadang kala kita tengok orang yag cerdik pandai itu macam senang je nak dapat A+ dalam apa jua subjek sekali pon.. tapi kita pernah terfikir tak macam mane cara mereka belajar?? tapi tak semua orang yg diberi kecerdikan otak oleh Allah.. ada yg kene usaha lebih.. ada jugak yg usaha ala kadar je, tapi result amat membanggakan.. 

Tapi orang macam aku ni, usaha sikit tapi hasilnya xde la seberapa.. tapi kalau aku bersemangat dan berusaha gigih, memang aku boleh capai apa jua matlamat hidup aku.. tapi tak semua perkara yg harus aku lakukan utk jadi yg terbaik tu semua yg aku suka.. adakalanya aku benci sangat dengan sesuatu tugasan..tapi demi menjaga reputasi result aku, aku terpaksa menelan semua benda yg aku tak suka.. kadang-kadang aku juga lemah dengan setiap ujian yg diberi.. tapi aku tak pernah berputus asa.. sebab impian aku yg utama cuma satu.. aku nak sarungkan jubah graduasi di tubuh aku secepat yg mungkin! itu je matlamat dalam otak aku sekarang..walau apa pun rintangan yg mendatang, aku tetap akan tempuhi walau jalannya beronak berliku berduri sekali pon..aku tetap akan teruskan misi aku sampai aku beraya menggenggam sebuah diploma..

siapa kata hidup sebaga siswa/siswi ni mudah?? sebenarnya melangkah saja ke alam universiti hidup kita akan menjadi lebih mencabar.. bukan setakat pelajaran, malah culture shock juga perlu di ambil kira.. bukan semua orang mampu menjaga pegangan hidup yg telah lama dipegang.. jika jiwa rapuh, apa pon boleh terjadi.. adakalanya aku jugak turut terikut-ikut dgn budaya yg kurang sopan.. tapi Alhamdulillah, aku masih mampu mengawal diri.. aku bukanlah manusia yg sempurna..sama jugak seperti insan lain yang selalu melakukan kesilapan dalam keadaan kita sengaja ataupun tidak sengaja..

setakat ni, kehidupan aku di universiti semakin sukar aku rasakan..tugasan yg kian memberat menyebabkan aku lelah buat sementara waktu.. kadang-kadang tidur aku pon tak cukup sempurna..orang tidur seawal jam 10.00 atau 11.00 malam..tapi aku baru boleh pejamkan mata sekitar jam 2.00 atau 3.00 pagi.. dan keesokkan harinya pasti akan terjaga bila matahari dah mula meninggi.. bukan ini keinginan aku.. tapi letih harus dibalas dengan rehat yg sempurna barulah badan terasa bertenaga.. 

oleh kerana aku sentiasa memikirkan soal tugasan, aku jadi jarang utk update blog ni.. bukan aku tak mau, tapi fikiran aku lebih tertumpu kepada tugasan yg diberikan..apa-apa pon, aku mahu segera menamatkan zaman universiti ni sebab aku mahu mulakan hidup di alam pekerjaan secepat yg mungkin.. 

sampai sini saja penulisan aku untuk hari ni..masih ada lagi tugasan yg menanti aku..
Assalamualaikum...


  

Friday, September 30, 2011

Assignment : Animation by using Clay (repost)


sorry post yg sebelum ni korang xleh play plak video nih.. tapi xpe, Cik Innaz dengan baik hatinya telah upload kat youtube video animation yg Cik Innaz dgn kawan2 Cik Innaz hasilkan ni..

banyak sangat kelemahan dan keburukkan dlm video ni..maklumlah BARU PERTAMA KALI BUAT..kitorg terpaksa snap one by one movement..so beratus keping gmbr nk hasilkan animation yg mcm ni..kalo nak movement dia lagi cantik, terpaksa buat dgn lebih teliti lah..dan masa pon kene lagi lama lah..

teknik yg kitorg buat ni guna clay atau lebih dikenali sebagai tanah liat..then setiap pergerakkan snap gune kamera, pastu gabungkan semua gambar dalam Adobe Flash..edit timeline..then masukkan sound..almost sound dlm ni kitorg gune dari game yg femes , Angry Bird.. ini keje last2 minit..so Cik Innaz selaku soundman dah x sempat nak cari sound effect kat internet, then Cik Innaz rembat je sound dari dlm game Angry Bird tu..asalkan sesuai dgn cerita ni..heheh..

papepon, jgn lupa komen tau!! agak byk jgk komen yg Cik Innaz terima dari kwn2 Cik Innaz kat facebook..hehehe..^__^


  

Tuesday, September 27, 2011

Selepas aku mati, aku nak orang cakap.....

Ibu Bapa :
Adik anak yg paling baik, pandai, cantik dan rajin... Mak dgn abah sayang sangat kat adik.. mak dgn abah belum puas tengok adik membesar dan bermain kat depan mata mak dgn abah.. mak dengan abah belum puas dengar suara manja adik.. mak dengan abah belum puas dengar gelak tawa adik yg selalu menghiburkan hati mak dengan abah.. mak dengan abah belum puas cium pipi adik.. walaupun adakalanya mak dengan abah marah adik, tapi mak dengan abah tak pernah sekali bencikan adik. mak dgn abah terlalu sayangkan adik.. mak dengan abah dah lama ampunkan segala dosa-dosa adik.. walaubagaimanapun,mak dengan abah redha dengan ketentuan Allah.. adik anak dan insan yg baik sebab tu Allah ambik nyawa adik sebab Allah sayangkan adik.. pergilah adik.. walaupaun adik dah tiada lagi, tapi dalam hati mak dengan abah, jiwa adik akan sentiasa hidup.. mak dengan abah akan sentiasa doakan kesejahteraan adik di sana.. 

Abang-abang dan kakak-kakak :
Adik masih muda tapi kenapa adik yg pergi dulu? abang dan kakak belum puas bermain dengan adik.. abang dengan kakak masih belum puas nak bahagiakan adik.. abang dengan kakak masih belum puas nak buat adik ketawa.. abang dengan kakak masih dahagakan gelak tawa, suara manja, senyuman nakal dan usikan dari adik.. kenapa adik pergi tinggalkan abang dengan kakak? abang dengan kakak terlalu sayangkan adik.. walaupun baru sebentar tadi abang dengan kakak melihat wajah dan jenazah adik selamat dikebumikan, tapi abang dengan kakak dan merindui adik seperti sudah bertahun-tahun tidak berjumpa.. abang dengan kakak masih belum puas menatap wajah adik yg manis tu.. tapi walaubagaimanapun, abang dengan kakak harus redha dengan pemergian adik.. Allah lebih sayangkan adik, sebab tu Allah ambik adik dari kami untuk Dia pula yg jaga adik.. abang dengan kakak akan sentiasa mendoakan kebahagian adik di sana.. senyumlah adik.. semoga ketenangan abadi itu akan menjadi milik mutlak adik..

Kawan-kawan :
Intan Nazila.. kenapa kau pergi tinggalkan kami semua? di mana kami nak cari pengganti yg sebaik dengan kau? kau adalah sahabat yg terbaik yg pernah kami ada.. kau seorang yg sangat baik, pemurah dan sentiasa menghulurkan pertolongan dikala kami kesempitan.. kau adalah seorang pendengar yg setia.. setiap masalah kami, kau akan dengar dengan baik.. kami belum sempat minta maaf dari kau.. terlalu banyak kesalahan yg pernah kami lakukan kat kau.. belum sempat kami nak balas budi baik kau.. belum puas rasanya kami bergelak ketawa, bergurau senda dengan kau dan mendengar suara ceria kau.. belum puas rasanya kami nak tatap wajah gembira kau.. terlalu banyak kenangan yg telah kita lalui bersama.. kita dah sama-sama belajar, bermain, bergurau, bergelak ketawa, bergaduh, bermandi manda, tidur sama-sama, menangis bersama-sama, masuk hutan sama-sama, makan sama-sama.. segala-galanya kenangan yg terindah buat kita semua.. terlalu banyak pengorbanan yg dah kau taburkan buat kami semua.. terima kasih Intan Nazila.. maafkan kami seandainya kami pernah buat hati kau terguris.. ketika melihat jenazah kau disemadikan, kami insaf.. walaupun pada usia yg masih muda, Allah boleh cabut nyawa kita pada bila-bila masa saja.. kami redha dengan pemergian sahabat yg terbaik seperti kau.. amanlah kau disana.. kami akan sentiasa mendoakan kau.. dan kau akan tetap segar dalam ingatan kami semua.. kami sayangkan kau dan akan merindui kau selalu..

Guru-guru :
Intan Nazila adalah seorang pelajar yg baik.. dia tak pernah menyakiti hati kami.. segala tindakan dia amat menyenangi hati kami.. dengan sifatnya yg suka menolong orang, dia telah banyak memudahkan kerja kami.. sifat dia yg suka berusaha sendiri itu banyak membuahkan hasil yg terbaik.. walaupun dia bukanlah pelajar yg cemerlang, tapi kehadirannya di sekolah ini amat terkesan di hati kami.. kami warga sekolah akan mendoakan sebahagiakan Intan Nazila di sana.. 

Kekasih hati :
Intan.. awak adalah kekasih saya yg tercinta.. awak adalah seorang kekasih yg sangat mengambil berat pasal saya..awak selalu membahagiakan saya.. awak adalah gadis yg paling saya sayang.. kehadiran awak dalam hidup saya banyak merubah kehidupan saya.. awak mencintai saya dengan ikhlas.. tapi terlalu banyak saya lukakan hati awak.. dan terlalu banyak jugak awak bersabar dengan saya.. saya tak nak kehilangan awak.. tapi kenapa awak pergi tinggalkan saya? saya masih belum puas menatap wajah awak.. saya masih belum puas mendengar suara manja dan gelak tawa awak.. saya masih belum puas membahagiakan awak.. walaupun baru malam tadi saya mendengar suara sayu awak memohon maaf pada saya dan suara rajuk manja awak, tapi saya tidak endahkannya.. tapi saya menyesal sebab biarkan awak menangis memohon maaf pada saya sebab hari ni awak telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.. saya takkan dengar lagi suara awak..saya takkan dengar lagi gelak tawa awak.. T_T.. Intan..awak adalah kekasih yg paling saya sayang dalam hidup saya.. pemergian awak telah menyentap seluruh jiwa dan hati saya.. maafkan saya sebab telah banyak lukakan hati awak.. saya nak awak tahu, saya sangat cintakan awak dengan sepenuh hati saya.. takkan ada pengganti yg dapat menggantikan posisi awak di hati saya.. saya doakan kebahagiaan awak disana.. T_T..

Aku :
sebelum aku menutup mata buat selama-lamanya, aku ingin memohon maaf kepada kalian semua.. kepada mak dengan abah..maafkan adik jika adik belum sempat membalas segala jasa mak dengan abah.. halalkan segala makan minum yg pernah mak dengan abah beri pada adik.. adik sayang sangat mak dengan abah.. kepada abang-abang dan kakak-kakak.. maafkan segala kesalahan adik jika adik telah banyak buat salah silap.. kepada kawan-kawan dan guru-guru, maafkan saya seandainya ada di antara ucapan saya yg telah mengguris hati kalian semua.. kepada kekasih hati, maafkan saya jika saya bukan seorang kekasih yg sempurna di buat awak sebab saya selalu buat awak marah dengan permintaan saya yang bukan-bukan.. maafkan saya..




   

Monday, September 26, 2011

Kem S.P.I.E.S!!


Dari Jumaat lepas sampai semalam (23-25 okt) Cik Innaz dah menghadiri kem Spies kat Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.. mula2 Cik Innaz malas nak pergi sebab Cik Innaz mmg xnk pergi pon..tapi terpaksa jugak sebab ianya meliputi 20% dari markah subjek koko yg Cik Innaz ambek..

1st day, ada taklimat then Cik Innaz dilantik jadi PENGLUWATI!! WTH?? 1st time Cik Innaz jadi penghuluwati ni..ape cer kan?? kisah kisus Cik Innaz boleh jadi penghuluwati ni bermula dengan satu permainan yg Cik Innaz kecundang.. bila dah genap 10 org kecundang, then kami semua telah dilantik sebagai AJK kem tersebut..aduhaiii..tak sangka betul bila hampir semua peserta kem tu undi Cik Innaz jadi penghuluwati...-_-!!
lepas tu ada moment penyerahan barang amanah..x sampai seminit lepas tu barang amanah tu dicuri dari tgn penerima..then kitorg semua kene rampas balik brg amanah dari tgn pencuri tersebut..malam tu ada latihan utk berperang dgn gerila yg dah curi brg amanah kitorg..mcm2 kitorg kene buat..sampai bengkak kepala lutut bila atok(komander) suruh kitorg merangkak atas tar..giller betul..

keesokkan harinya bermulah ekspedisi masuk hutan utk mencari gerila dengan berbekalkan mercun bola sbg bom tgn, air yg diisi dlm plastik sbg bom nuklear, ranting kayu sbg senjata yg setiap org perlu ada..yg bestnye bila musuh baling mercun masing2 meniarap atas tanah dan mulut pon kepoh bunyikkan bunyi senjata api..hahaha..paling funny lah!! lepas tu bila dah jumpe gerila tu, start la aktiviti perang..satu hutan kecoh dgn suara senjata dari mulut kitorg dan bunyik mercun..lepas gerila lari, kitorg dapat balik brg amanah kitorg..hehehe..
ptg tu plak aktiviti tak bape best..Cik Innaz dah byk kali menguap-nguap sbb keletihan dan keboringan tahap melampau..mlm tu plak ada aktiviti "kapal karam"..mmg kapal kitorg tu betul2 karam lah..masing2 dah berendam dgn airmata..kali ni jalan penceritaan mmg berbeza dgn apa yg pernah Cik Innaz alami sebelum2 ni..kalau dulu ustaz selalu cerita pasal pengorbanan ibu dan ayah utk kita, tapi kali ni ustaz tu bawak minda dan fikiran kitorg ke alam mati dan bagaimana perasaan ibu dah ayah serta yg lain2 bila kita dah mati.. kitorg semua siap diselimutkan dengan kain putih lagi..memang menyentap!!

semalam plak aktiviti penutup..nak kata boring xde la sgt..biasa2 je kot..tapi kitorg semua mmg happy sgt3 sebab kumpulan kitorg mmg happening dan sporting giller3.. hampir setiap masa aku tergelak sampai sakit tekak aku dibuatnya..inilah kem yg paling best yg pernah aku pergi sepanjang hidup aku setakat ni..:D

p/s : gambar buat masa ni xdpt nk upload sbb Cik Innaz xde gmbr2 sepanjang kem ni..kalo Cik Innaz dapat, nanti Cik Innaz uplaod eh..tataplah gmbr yg belah atassss sekali tu puas2 eh..yg tu je yg dpt Cik Innaz donlod dari fb kwn Cik Inaz tadi..hehehe..:)




Thursday, September 15, 2011

Suka Suki dengan PhotoBooth Mac Apple di Lab GL203, FITM, Unisel

semua gambar dah tak berterabur n x ikut susunan.. papepon inilah wajah-wajah gembira kitorg ketika berada di Lab GL203.. hehehe.. :))