Ibu Bapa :
Adik anak yg paling baik, pandai, cantik dan rajin... Mak dgn abah sayang sangat kat adik.. mak dgn abah belum puas tengok adik membesar dan bermain kat depan mata mak dgn abah.. mak dengan abah belum puas dengar suara manja adik.. mak dengan abah belum puas dengar gelak tawa adik yg selalu menghiburkan hati mak dengan abah.. mak dengan abah belum puas cium pipi adik.. walaupun adakalanya mak dengan abah marah adik, tapi mak dengan abah tak pernah sekali bencikan adik. mak dgn abah terlalu sayangkan adik.. mak dengan abah dah lama ampunkan segala dosa-dosa adik.. walaubagaimanapun,mak dengan abah redha dengan ketentuan Allah.. adik anak dan insan yg baik sebab tu Allah ambik nyawa adik sebab Allah sayangkan adik.. pergilah adik.. walaupaun adik dah tiada lagi, tapi dalam hati mak dengan abah, jiwa adik akan sentiasa hidup.. mak dengan abah akan sentiasa doakan kesejahteraan adik di sana..
Abang-abang dan kakak-kakak :
Adik masih muda tapi kenapa adik yg pergi dulu? abang dan kakak belum puas bermain dengan adik.. abang dengan kakak masih belum puas nak bahagiakan adik.. abang dengan kakak masih belum puas nak buat adik ketawa.. abang dengan kakak masih dahagakan gelak tawa, suara manja, senyuman nakal dan usikan dari adik.. kenapa adik pergi tinggalkan abang dengan kakak? abang dengan kakak terlalu sayangkan adik.. walaupun baru sebentar tadi abang dengan kakak melihat wajah dan jenazah adik selamat dikebumikan, tapi abang dengan kakak dan merindui adik seperti sudah bertahun-tahun tidak berjumpa.. abang dengan kakak masih belum puas menatap wajah adik yg manis tu.. tapi walaubagaimanapun, abang dengan kakak harus redha dengan pemergian adik.. Allah lebih sayangkan adik, sebab tu Allah ambik adik dari kami untuk Dia pula yg jaga adik.. abang dengan kakak akan sentiasa mendoakan kebahagian adik di sana.. senyumlah adik.. semoga ketenangan abadi itu akan menjadi milik mutlak adik..
Kawan-kawan :
Intan Nazila.. kenapa kau pergi tinggalkan kami semua? di mana kami nak cari pengganti yg sebaik dengan kau? kau adalah sahabat yg terbaik yg pernah kami ada.. kau seorang yg sangat baik, pemurah dan sentiasa menghulurkan pertolongan dikala kami kesempitan.. kau adalah seorang pendengar yg setia.. setiap masalah kami, kau akan dengar dengan baik.. kami belum sempat minta maaf dari kau.. terlalu banyak kesalahan yg pernah kami lakukan kat kau.. belum sempat kami nak balas budi baik kau.. belum puas rasanya kami bergelak ketawa, bergurau senda dengan kau dan mendengar suara ceria kau.. belum puas rasanya kami nak tatap wajah gembira kau.. terlalu banyak kenangan yg telah kita lalui bersama.. kita dah sama-sama belajar, bermain, bergurau, bergelak ketawa, bergaduh, bermandi manda, tidur sama-sama, menangis bersama-sama, masuk hutan sama-sama, makan sama-sama.. segala-galanya kenangan yg terindah buat kita semua.. terlalu banyak pengorbanan yg dah kau taburkan buat kami semua.. terima kasih Intan Nazila.. maafkan kami seandainya kami pernah buat hati kau terguris.. ketika melihat jenazah kau disemadikan, kami insaf.. walaupun pada usia yg masih muda, Allah boleh cabut nyawa kita pada bila-bila masa saja.. kami redha dengan pemergian sahabat yg terbaik seperti kau.. amanlah kau disana.. kami akan sentiasa mendoakan kau.. dan kau akan tetap segar dalam ingatan kami semua.. kami sayangkan kau dan akan merindui kau selalu..
Guru-guru :
Intan Nazila adalah seorang pelajar yg baik.. dia tak pernah menyakiti hati kami.. segala tindakan dia amat menyenangi hati kami.. dengan sifatnya yg suka menolong orang, dia telah banyak memudahkan kerja kami.. sifat dia yg suka berusaha sendiri itu banyak membuahkan hasil yg terbaik.. walaupun dia bukanlah pelajar yg cemerlang, tapi kehadirannya di sekolah ini amat terkesan di hati kami.. kami warga sekolah akan mendoakan sebahagiakan Intan Nazila di sana..
Kekasih hati :
Intan.. awak adalah kekasih saya yg tercinta.. awak adalah seorang kekasih yg sangat mengambil berat pasal saya..awak selalu membahagiakan saya.. awak adalah gadis yg paling saya sayang.. kehadiran awak dalam hidup saya banyak merubah kehidupan saya.. awak mencintai saya dengan ikhlas.. tapi terlalu banyak saya lukakan hati awak.. dan terlalu banyak jugak awak bersabar dengan saya.. saya tak nak kehilangan awak.. tapi kenapa awak pergi tinggalkan saya? saya masih belum puas menatap wajah awak.. saya masih belum puas mendengar suara manja dan gelak tawa awak.. saya masih belum puas membahagiakan awak.. walaupun baru malam tadi saya mendengar suara sayu awak memohon maaf pada saya dan suara rajuk manja awak, tapi saya tidak endahkannya.. tapi saya menyesal sebab biarkan awak menangis memohon maaf pada saya sebab hari ni awak telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.. saya takkan dengar lagi suara awak..saya takkan dengar lagi gelak tawa awak.. T_T.. Intan..awak adalah kekasih yg paling saya sayang dalam hidup saya.. pemergian awak telah menyentap seluruh jiwa dan hati saya.. maafkan saya sebab telah banyak lukakan hati awak.. saya nak awak tahu, saya sangat cintakan awak dengan sepenuh hati saya.. takkan ada pengganti yg dapat menggantikan posisi awak di hati saya.. saya doakan kebahagiaan awak disana.. T_T..
Aku :
sebelum aku menutup mata buat selama-lamanya, aku ingin memohon maaf kepada kalian semua.. kepada mak dengan abah..maafkan adik jika adik belum sempat membalas segala jasa mak dengan abah.. halalkan segala makan minum yg pernah mak dengan abah beri pada adik.. adik sayang sangat mak dengan abah.. kepada abang-abang dan kakak-kakak.. maafkan segala kesalahan adik jika adik telah banyak buat salah silap.. kepada kawan-kawan dan guru-guru, maafkan saya seandainya ada di antara ucapan saya yg telah mengguris hati kalian semua.. kepada kekasih hati, maafkan saya jika saya bukan seorang kekasih yg sempurna di buat awak sebab saya selalu buat awak marah dengan permintaan saya yang bukan-bukan.. maafkan saya..
1 comment:
sedihnyer...
Post a Comment