Friday, September 30, 2011

Assignment : Animation by using Clay (repost)


sorry post yg sebelum ni korang xleh play plak video nih.. tapi xpe, Cik Innaz dengan baik hatinya telah upload kat youtube video animation yg Cik Innaz dgn kawan2 Cik Innaz hasilkan ni..

banyak sangat kelemahan dan keburukkan dlm video ni..maklumlah BARU PERTAMA KALI BUAT..kitorg terpaksa snap one by one movement..so beratus keping gmbr nk hasilkan animation yg mcm ni..kalo nak movement dia lagi cantik, terpaksa buat dgn lebih teliti lah..dan masa pon kene lagi lama lah..

teknik yg kitorg buat ni guna clay atau lebih dikenali sebagai tanah liat..then setiap pergerakkan snap gune kamera, pastu gabungkan semua gambar dalam Adobe Flash..edit timeline..then masukkan sound..almost sound dlm ni kitorg gune dari game yg femes , Angry Bird.. ini keje last2 minit..so Cik Innaz selaku soundman dah x sempat nak cari sound effect kat internet, then Cik Innaz rembat je sound dari dlm game Angry Bird tu..asalkan sesuai dgn cerita ni..heheh..

papepon, jgn lupa komen tau!! agak byk jgk komen yg Cik Innaz terima dari kwn2 Cik Innaz kat facebook..hehehe..^__^


  

Tuesday, September 27, 2011

Selepas aku mati, aku nak orang cakap.....

Ibu Bapa :
Adik anak yg paling baik, pandai, cantik dan rajin... Mak dgn abah sayang sangat kat adik.. mak dgn abah belum puas tengok adik membesar dan bermain kat depan mata mak dgn abah.. mak dengan abah belum puas dengar suara manja adik.. mak dengan abah belum puas dengar gelak tawa adik yg selalu menghiburkan hati mak dengan abah.. mak dengan abah belum puas cium pipi adik.. walaupun adakalanya mak dengan abah marah adik, tapi mak dengan abah tak pernah sekali bencikan adik. mak dgn abah terlalu sayangkan adik.. mak dengan abah dah lama ampunkan segala dosa-dosa adik.. walaubagaimanapun,mak dengan abah redha dengan ketentuan Allah.. adik anak dan insan yg baik sebab tu Allah ambik nyawa adik sebab Allah sayangkan adik.. pergilah adik.. walaupaun adik dah tiada lagi, tapi dalam hati mak dengan abah, jiwa adik akan sentiasa hidup.. mak dengan abah akan sentiasa doakan kesejahteraan adik di sana.. 

Abang-abang dan kakak-kakak :
Adik masih muda tapi kenapa adik yg pergi dulu? abang dan kakak belum puas bermain dengan adik.. abang dengan kakak masih belum puas nak bahagiakan adik.. abang dengan kakak masih belum puas nak buat adik ketawa.. abang dengan kakak masih dahagakan gelak tawa, suara manja, senyuman nakal dan usikan dari adik.. kenapa adik pergi tinggalkan abang dengan kakak? abang dengan kakak terlalu sayangkan adik.. walaupun baru sebentar tadi abang dengan kakak melihat wajah dan jenazah adik selamat dikebumikan, tapi abang dengan kakak dan merindui adik seperti sudah bertahun-tahun tidak berjumpa.. abang dengan kakak masih belum puas menatap wajah adik yg manis tu.. tapi walaubagaimanapun, abang dengan kakak harus redha dengan pemergian adik.. Allah lebih sayangkan adik, sebab tu Allah ambik adik dari kami untuk Dia pula yg jaga adik.. abang dengan kakak akan sentiasa mendoakan kebahagian adik di sana.. senyumlah adik.. semoga ketenangan abadi itu akan menjadi milik mutlak adik..

Kawan-kawan :
Intan Nazila.. kenapa kau pergi tinggalkan kami semua? di mana kami nak cari pengganti yg sebaik dengan kau? kau adalah sahabat yg terbaik yg pernah kami ada.. kau seorang yg sangat baik, pemurah dan sentiasa menghulurkan pertolongan dikala kami kesempitan.. kau adalah seorang pendengar yg setia.. setiap masalah kami, kau akan dengar dengan baik.. kami belum sempat minta maaf dari kau.. terlalu banyak kesalahan yg pernah kami lakukan kat kau.. belum sempat kami nak balas budi baik kau.. belum puas rasanya kami bergelak ketawa, bergurau senda dengan kau dan mendengar suara ceria kau.. belum puas rasanya kami nak tatap wajah gembira kau.. terlalu banyak kenangan yg telah kita lalui bersama.. kita dah sama-sama belajar, bermain, bergurau, bergelak ketawa, bergaduh, bermandi manda, tidur sama-sama, menangis bersama-sama, masuk hutan sama-sama, makan sama-sama.. segala-galanya kenangan yg terindah buat kita semua.. terlalu banyak pengorbanan yg dah kau taburkan buat kami semua.. terima kasih Intan Nazila.. maafkan kami seandainya kami pernah buat hati kau terguris.. ketika melihat jenazah kau disemadikan, kami insaf.. walaupun pada usia yg masih muda, Allah boleh cabut nyawa kita pada bila-bila masa saja.. kami redha dengan pemergian sahabat yg terbaik seperti kau.. amanlah kau disana.. kami akan sentiasa mendoakan kau.. dan kau akan tetap segar dalam ingatan kami semua.. kami sayangkan kau dan akan merindui kau selalu..

Guru-guru :
Intan Nazila adalah seorang pelajar yg baik.. dia tak pernah menyakiti hati kami.. segala tindakan dia amat menyenangi hati kami.. dengan sifatnya yg suka menolong orang, dia telah banyak memudahkan kerja kami.. sifat dia yg suka berusaha sendiri itu banyak membuahkan hasil yg terbaik.. walaupun dia bukanlah pelajar yg cemerlang, tapi kehadirannya di sekolah ini amat terkesan di hati kami.. kami warga sekolah akan mendoakan sebahagiakan Intan Nazila di sana.. 

Kekasih hati :
Intan.. awak adalah kekasih saya yg tercinta.. awak adalah seorang kekasih yg sangat mengambil berat pasal saya..awak selalu membahagiakan saya.. awak adalah gadis yg paling saya sayang.. kehadiran awak dalam hidup saya banyak merubah kehidupan saya.. awak mencintai saya dengan ikhlas.. tapi terlalu banyak saya lukakan hati awak.. dan terlalu banyak jugak awak bersabar dengan saya.. saya tak nak kehilangan awak.. tapi kenapa awak pergi tinggalkan saya? saya masih belum puas menatap wajah awak.. saya masih belum puas mendengar suara manja dan gelak tawa awak.. saya masih belum puas membahagiakan awak.. walaupun baru malam tadi saya mendengar suara sayu awak memohon maaf pada saya dan suara rajuk manja awak, tapi saya tidak endahkannya.. tapi saya menyesal sebab biarkan awak menangis memohon maaf pada saya sebab hari ni awak telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.. saya takkan dengar lagi suara awak..saya takkan dengar lagi gelak tawa awak.. T_T.. Intan..awak adalah kekasih yg paling saya sayang dalam hidup saya.. pemergian awak telah menyentap seluruh jiwa dan hati saya.. maafkan saya sebab telah banyak lukakan hati awak.. saya nak awak tahu, saya sangat cintakan awak dengan sepenuh hati saya.. takkan ada pengganti yg dapat menggantikan posisi awak di hati saya.. saya doakan kebahagiaan awak disana.. T_T..

Aku :
sebelum aku menutup mata buat selama-lamanya, aku ingin memohon maaf kepada kalian semua.. kepada mak dengan abah..maafkan adik jika adik belum sempat membalas segala jasa mak dengan abah.. halalkan segala makan minum yg pernah mak dengan abah beri pada adik.. adik sayang sangat mak dengan abah.. kepada abang-abang dan kakak-kakak.. maafkan segala kesalahan adik jika adik telah banyak buat salah silap.. kepada kawan-kawan dan guru-guru, maafkan saya seandainya ada di antara ucapan saya yg telah mengguris hati kalian semua.. kepada kekasih hati, maafkan saya jika saya bukan seorang kekasih yg sempurna di buat awak sebab saya selalu buat awak marah dengan permintaan saya yang bukan-bukan.. maafkan saya..




   

Monday, September 26, 2011

Kem S.P.I.E.S!!


Dari Jumaat lepas sampai semalam (23-25 okt) Cik Innaz dah menghadiri kem Spies kat Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.. mula2 Cik Innaz malas nak pergi sebab Cik Innaz mmg xnk pergi pon..tapi terpaksa jugak sebab ianya meliputi 20% dari markah subjek koko yg Cik Innaz ambek..

1st day, ada taklimat then Cik Innaz dilantik jadi PENGLUWATI!! WTH?? 1st time Cik Innaz jadi penghuluwati ni..ape cer kan?? kisah kisus Cik Innaz boleh jadi penghuluwati ni bermula dengan satu permainan yg Cik Innaz kecundang.. bila dah genap 10 org kecundang, then kami semua telah dilantik sebagai AJK kem tersebut..aduhaiii..tak sangka betul bila hampir semua peserta kem tu undi Cik Innaz jadi penghuluwati...-_-!!
lepas tu ada moment penyerahan barang amanah..x sampai seminit lepas tu barang amanah tu dicuri dari tgn penerima..then kitorg semua kene rampas balik brg amanah dari tgn pencuri tersebut..malam tu ada latihan utk berperang dgn gerila yg dah curi brg amanah kitorg..mcm2 kitorg kene buat..sampai bengkak kepala lutut bila atok(komander) suruh kitorg merangkak atas tar..giller betul..

keesokkan harinya bermulah ekspedisi masuk hutan utk mencari gerila dengan berbekalkan mercun bola sbg bom tgn, air yg diisi dlm plastik sbg bom nuklear, ranting kayu sbg senjata yg setiap org perlu ada..yg bestnye bila musuh baling mercun masing2 meniarap atas tanah dan mulut pon kepoh bunyikkan bunyi senjata api..hahaha..paling funny lah!! lepas tu bila dah jumpe gerila tu, start la aktiviti perang..satu hutan kecoh dgn suara senjata dari mulut kitorg dan bunyik mercun..lepas gerila lari, kitorg dapat balik brg amanah kitorg..hehehe..
ptg tu plak aktiviti tak bape best..Cik Innaz dah byk kali menguap-nguap sbb keletihan dan keboringan tahap melampau..mlm tu plak ada aktiviti "kapal karam"..mmg kapal kitorg tu betul2 karam lah..masing2 dah berendam dgn airmata..kali ni jalan penceritaan mmg berbeza dgn apa yg pernah Cik Innaz alami sebelum2 ni..kalau dulu ustaz selalu cerita pasal pengorbanan ibu dan ayah utk kita, tapi kali ni ustaz tu bawak minda dan fikiran kitorg ke alam mati dan bagaimana perasaan ibu dah ayah serta yg lain2 bila kita dah mati.. kitorg semua siap diselimutkan dengan kain putih lagi..memang menyentap!!

semalam plak aktiviti penutup..nak kata boring xde la sgt..biasa2 je kot..tapi kitorg semua mmg happy sgt3 sebab kumpulan kitorg mmg happening dan sporting giller3.. hampir setiap masa aku tergelak sampai sakit tekak aku dibuatnya..inilah kem yg paling best yg pernah aku pergi sepanjang hidup aku setakat ni..:D

p/s : gambar buat masa ni xdpt nk upload sbb Cik Innaz xde gmbr2 sepanjang kem ni..kalo Cik Innaz dapat, nanti Cik Innaz uplaod eh..tataplah gmbr yg belah atassss sekali tu puas2 eh..yg tu je yg dpt Cik Innaz donlod dari fb kwn Cik Inaz tadi..hehehe..:)




Thursday, September 15, 2011

Suka Suki dengan PhotoBooth Mac Apple di Lab GL203, FITM, Unisel

semua gambar dah tak berterabur n x ikut susunan.. papepon inilah wajah-wajah gembira kitorg ketika berada di Lab GL203.. hehehe.. :))



















Friday, September 9, 2011

Permintan dari IBU


Assalamualaikum wbt.. Saya Intan Nazila binti Abdullah anak kepada pasangan Abdullah bin Ismail dan Asiah binti Abdullah yg bersasal dari Jeram, Kuala Selangor ingin menunaikan satu permintaan dari ibu saya yg bernama Asiah binti Abdullah yang berasal dari Kampung Balun, Slim River, Perak. Permintaan yang ibu saya minta kepada saya adalah dengan menyampaikan hasratnya untuk meminta maaf kepada semua yang mengenali diri beliau. 

Kepada yang mengenali Ibu saya yg kini berusia 61 tahun, kepada kenalannya yang mengenali Asiah binti Abdullah dari Kampung Balun, Slim River, Perak. Ibu saya ingin meminta maaf kepada semua kenalannya diatas salah silap di setiap butir bicara dan perbuatan yg mengguris hati semua. Salam Hari Raya Aidilfitri, tulus daripada hati ibu saya kepada semua kenalannya.

Saya harap kepada reader semua yg sudi singgah dan membaca blog saya sudi share entry ini di blog, Facebook, Twitter, MySpace, Tagged, Friendster atau di mana-mana sahaja laman sosial yg anda active..

Kepada yg mengenali ibu saya, diharap kalian dapat memberikan respon disini atau terus menghubungi ibu saya di talian 03-32647401. Terima kasih saya ucapkan kepada yg sudi memberi kerjasama kepada saya. 



tetiba terasa bergenang airmata ini sewaktu mak meminta aku ucapkan mohon maafnya kepada semua kenalannya di sini..
 "mak, adik dah lakukan seperti yg mak mintak.. Ampunkan jugak segala kesalahan adik kat mak selama ini.. adik sentiasa berdoa kesihatan dan umur mak akan terus berpanjangan dan sentiasa bersama-sama dengan adik, abg2 dan kakak2 semua.. tabahkan hati mak..jangan tinggalkan adik mak..adik belum bersedia..."



   

Sepetang bersama SONY DSC (FULL)

Inilah dia secebis kenangan "sepetang bersama Sony DSC".. 
photoshoot dijalankan di sekitar kawsan rumah Cik Innaz je.. masa yg diambil dari jam 5.30pm - 7.15pm.. kalau tengok dari keseluruhan gambargambar ni, tema yg dikenakan adalah Kehijauan.. sedap je mata memandang..heheh..

JOM TENGOK!




ini kucing along..namanya Mitchie..gebu x? susah jugak nak diajak ambik gmbr bersama..asyik bising je mulutnye..



yg ni plak kucing 'tua' kat rumah aku.. umurnya lebih kurang 7 tahun kot..nama dia My Girl..best kan nama dia..ala-ala cite Korea gitu..tapi dia langsung lah xmau dipegang mcm ni..sebab tu aku buat muka mcm tu..dia langsung xnk pandang muka Cik Innaz ni..sedih betul T_T!

yg kat bawah ni plak backgroundnye kat depan umah Cik Innaz.. dengan suasana yg x bape nak panas tapi berjerebu ni, inilah hasilnya..nampak macam snap kat tempat yg sejuk je..padahalll (faham2 je la ye..:P)
















  bebudak dua orang ni nyebok je..baru balik dari sekolah agama..tu yg interprem sekali tuh..huhu..
tamatlah sudah sesi bergambar itu hari ini.. bukan senang nak jadi model ni ye..penat jgak walaupun hanya posing di depan kamera je..papepon, aku suka sangat!! hehehe..

next time aku nak buat photoshoot dengan Cik Abang plak..:P



   








Thursday, September 8, 2011

Sepetang bersama SONY DSC


Cun tak gambar Cik Innaz kat atas ni?? Bangku roboh yg kat belakang tu bagi Cik Innaz mempunyai daya tarikan tersendiri dimana ianya membuatkan gmbr ni kelihatan unik dan cantik.. Lebih kurang macam ada nilai estetika yg tersendiri.. Tu bagi pandangan Cik Innaz je laa..xtau la plak bagi pandangan mata korang yg melihat..heheh :P

Penat tau posing-posing nih.. Dengan jurukamera amatur yg baru 1st time pegang kamera mahal2 tu..hahaha.. Papepon, dengan hasil tunjuk ajar aku yg tak seberapa nak pandai pasal kamera ni, hasilnya sangat memuaskan hati.. Terima kasih kepada Nor Asyiqin a.k.a anak sedara aku tu.. hehehehe..

Lokasi photoshoot telah dijalankan hanya disekitar kawasan rumah Cik Innaz je.. hehehe..nak tgk gambar yg lain-lain, tunggulah update yg terbaru eh.. gmbr2 tu masih dalam proses letak watermark..:)

nantikan entry yg terbaru tau..bubye..:)



  

Wednesday, September 7, 2011

eh..awak mcm ARTIS lah!!


semakin hari abg syg Cik Innaz nih semakin pandai bergaya! cantik tak baju yg Cik Innaz pilih utk cik abg nih?? dipadankan dengan sunglasses dan topi ala-ala topi Bruno Mars.. kacak kan?? hahahahahaha!! 
haihhh..tetiba terasa cemburu meluap-luap bila dia pakai smart2 mcm ni and pegi beraya..mesti ramai mata para gadis yg tak berkelip memandang..

actually ni entry versi xde keje nak buat.. sebab tu tulis pasal cik abg nih..sememangnya Cik Innaz memang xtau nak tulis apa untuk update blog yg dah bersarang nih..huhuhu..pape pon, JANGAN TATAP LAMA-LAMA gambar cik abg nih.. nanti dia jd perasan setinggi langit..:P

Last but not list.. I really LOVE this picture..


  

Sunday, September 4, 2011

Raya Sakan di Syawal Pertama with Family


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. Sorry lambat ucap.. busy raya kan.. faham faham je laa..hehehe..:)

pape pon, Cik Innaz nak share sikit secebis kenangan di hari raya pertama dengan family.. 
enjoy eh..^_^v

yang ni Cik Innaz punye family yg terdiri daripada parent, abang2, kakak2 dan anak2 sedara Cik Innaz.. ramai kan?? ada satu keluarga je yg xde dlm pic ni iaitu abang Cik Innaz yg nombor 3..


yang kat atas ni gambar Mak ngan Abah Cik Innaz..:)

Family abang yg sulung

Family abang yg kedua

Family abang yang keempat..

Familiy kakak yg kedua..

Disebabkan Cik Innaz xde suami lagi, so Cik Innaz bergambar dengan ibu bapa Cik Innaz je.heheh..:)

yang selebihnya kat bawah ini adalah gambar posing2..







Cik Innaz pon dapat duit raya lagi tau..jangan jelezzzz..:P
yg kat bawah ni gmbr selepas beraya..selendang pon dah berubah wajah..baju je x ganti lagi..heheh



Tamatlah sudah entry untuk kali ini.. seandainya Cik Innaz ada terbuat salah silap, tertulis perkara yg tak baik kat dlm blog ni, yg dah buat orang lain x senang hati, tak puas hati, sakit hati semua, Cik Innaz mintak maaf banyak2.. Selamat Hari Raya semua.. selamat kembali ke tempat kerja, asrama, universiti, sekolah kepada semua.. sekejap je rasa masa berlalu.. Insya'Allah, kalo panjang umur, tahun kita akan bertemu dengan Syawal sekali lagi.. :)