Assalamualaikum wbt.. Saya Intan Nazila binti Abdullah anak kepada pasangan Abdullah bin Ismail dan Asiah binti Abdullah yg bersasal dari Jeram, Kuala Selangor ingin menunaikan satu permintaan dari ibu saya yg bernama Asiah binti Abdullah yang berasal dari Kampung Balun, Slim River, Perak. Permintaan yang ibu saya minta kepada saya adalah dengan menyampaikan hasratnya untuk meminta maaf kepada semua yang mengenali diri beliau.
Kepada yang mengenali Ibu saya yg kini berusia 61 tahun, kepada kenalannya yang mengenali Asiah binti Abdullah dari Kampung Balun, Slim River, Perak. Ibu saya ingin meminta maaf kepada semua kenalannya diatas salah silap di setiap butir bicara dan perbuatan yg mengguris hati semua. Salam Hari Raya Aidilfitri, tulus daripada hati ibu saya kepada semua kenalannya.
Saya harap kepada reader semua yg sudi singgah dan membaca blog saya sudi share entry ini di blog, Facebook, Twitter, MySpace, Tagged, Friendster atau di mana-mana sahaja laman sosial yg anda active..
Kepada yg mengenali ibu saya, diharap kalian dapat memberikan respon disini atau terus menghubungi ibu saya di talian 03-32647401. Terima kasih saya ucapkan kepada yg sudi memberi kerjasama kepada saya.
tetiba terasa bergenang airmata ini sewaktu mak meminta aku ucapkan mohon maafnya kepada semua kenalannya di sini..
"mak, adik dah lakukan seperti yg mak mintak.. Ampunkan jugak segala kesalahan adik kat mak selama ini.. adik sentiasa berdoa kesihatan dan umur mak akan terus berpanjangan dan sentiasa bersama-sama dengan adik, abg2 dan kakak2 semua.. tabahkan hati mak..jangan tinggalkan adik mak..adik belum bersedia..."
No comments:
Post a Comment