Friday, September 14, 2012

My Gegirl :)


My Gegirl selepas sebulan.. semakin sihat dan semakin kurus..huhu.. terpaksa balut kakinya sbb ada pendarahan sikit lps abah potong tulang yg terkeluar dari isinya (inisiatif rawat gegirl dirumah tanpa bwk g klinik sbb mahal).. tgk la mcm mane aku balut, x semenggah langsung.. bukan ape, si gegirl nye asyik nak main2 kapas je, lps tu bila aku pegang kakinya, dia dah mcm x tentu arah..yg aku plak takut nak membalut n balutan nya x ketat.. last sekali aku cabut balik, n tepek je kapas kat luka dia n balut je dgn salotep tanpa kain pembalut.. btw, si gegirl dah boleh berjalan n berlari tp x laju..and dia x boleh melompat n memanjat.. but dia semakin manja n mengada2.. penat layan kerenah dia..huhuhu

Entry Gigirl sebelum ni :-

Sunday, August 26, 2012

Gegirl ku Semakin Sihat!

Assalamualaikum.. Before this aku dah penah update pasal si Gegirl (rujuk sini).. Dekat Facebook pun aku selalu pasal Gegirl.. Selepas seminggu Gegirl eksiden, tanpa membawa ke klinik veterinar, keadaan Gegirl semakin pulih.. walaupun kami sekeluarga tak dapat mengembalikan sebelah kakinya kepada keadaan asal, tapi Syukur Alhamdulillah, daging kakinya mulai tumbuh selepas aku mencurahkan 2 botol minyak gamat selama seminggu ni..:)


Gegirl dah boleh berdiri guna empat2 kaki dia..tapi dia xleh nak move sbb mybe dia xleh nak bengkok kan kaki belakang dia yg dah hancur lebur tu..Good news, she look healthier than before and dah nak makan and kembali gelojoh bila nak makan..tp dia sangat mengada2 sbb time dia nak makan, kene ada orang temankan..kalo xde orang, dia xnk makan.. and aku paling suka bila orang panggil nama dia, dia akan menyahut.. hehehehe..


Daripada VVIP Room kini telah berpindah ke Wad T.T.(Tepi Tandas).. Kalau semalam bila dipanggil namanya, Gegirl akan meyahut dgn manja..tp hari ni bila dipanggil namanya, sahutan dia kuat and marah.. marah pulak dia bila kene pindah dalam sangkar..hahahaha.. awak tu dah mula kencing and berak..mane boleh duduk dalam bilik lagi..busuk tau..:P

p/s - terpejam2 matanya kene flash kamera..sorry la syg, aku xpandai gune DSLR...xD

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. esok aku nak balik unisel dah.. sob sob sob T_T


   


Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Assalamualaikum..

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua warga blogger, followers, readers dan sahabat handai sekalian.. maafkan saya seandainya sepanjang penulisan saya disini ada mengguriskan perasaan sesiapa.. semoga diampunkan hendaknya.. :)





  

Kucing Kesayanganku Accident

Pagi tadi, mak aku kejutkan aku dari tidur dalam keadaan terdesak.. mak cakap, "Dik, pegi tengok Gegirl tu buat kali terakhir..dia kene langgar tadi".. aku yang pada mulanya terpisat-pisat nak bangun tu terus membulat bijik mata n terus berlari ke dapur.. aku tengok Gegirl terbaring depan petis air dan kakinya berlumuran darah.. aku terus baring sebelah Gegirl and menangis.. Luluh hati aku tgk kucing kesayangan aku yg manja dan gemok tu sakit macam tu.. Tak tergambar rasanya sakit yang dia pikul.. Mana tak nye, kakinya yang gebu tu dah habis hancur tulangnya.. Ya Allah.. sakit sangat perasaan aku bila tengok dia macam tu.. :'(


yang kat atas ni gambar Gegirl sebelum eksiden.. Comel x?? aku suka tengok mata dia.. muka dia pulak macam tersenyum je.. dia kucing kacukan kampung dgn ape tah.. tengoklah bulu kat bawah leher dia, mcm singa.. Gegirl umurnya baru setahun.. dia belum pandai menggatal dengan kucing jantan..atau lebih tepat, dia memang tak pandai.. kalo ada kucing jantan nak ngorat dia, dia mesti gaduh dgn kucing tu.. boleh tahan garang jgk dia ni.. walaupun dia dah besar gajah, tapi dia suka main.. dia suka gigit aku nak ajak main.. kadang2, dia suka tidur kat sebelah aku.. dia selalu masuk bilik aku n naik atas katil sebab nak mintak usap.. dia manja sangat walaupun dia garang..


Gemok tak dia?? aku sayang sangat kat dia..memang dari kecik aku manjakan dia tp dia tak pernah bagi masalah pada aku atau family aku.. dia kuat tido n kuat makan (tgk badan pun dah tau)..


yang gambar kat atas ni gambar selepas dia eksiden.. dia menyorok je kat bawah meja.. dibagi makan n minum pon dia xnak..dia cuma pandang je makanannya.. sedih sangat aku tengok keadaan dia.. badan dia panas, mengigil je.. dari pagi tadi aku menangis sampai bengkak dah mata aku.. dia beralih tempat pon aku menangis sebab takut dia hilang.. sebabnya kucing ni kalo dia nak mati, dia akan menyorok dari tuan dia.. seriously, aku tak tipu.. setiap kali dia alih tempat je, aku dah meraban mencari dia..bukan setakat aku, seluruh family aku akan cari dia jugak.. betapa sayangnya kami kat dia sebab bagi kami, Gegirl kucing yang sangat special..

 Tengah hari tadi abang aku dah bawak g klinik haiwan kerajaan kat kuala selangor.. tapi klinik tu xnk terima sbb dorang kata klinik nak pindah ke petaling jaya.. nak bawak ke klinik swasta memang tak mampu rasa sebab paling tidak pon kene sediakan RM500 utk operation buang kaki dia yang hancur tu, untuk ubat dia dgn stay kat wad.. sekarang aku cuma mampu tengok dia n usap-usap kepala dia je.. aku berdoa semoga dia cepat sembuh n dapat tahan sakit dia.. setiap kali aku jumpa dia, mesti aku bisik kat dia, "Kecik, tahan sikit ye sayang..kecik kan kuat..aku syg sgt kat kecik.."

Insya'Allah, jika diberi peluang aku mahu sangat membawanya ke klinik..


p/s - aku tak pernah sesedih ini bila kucing yg pernah family aku bela sejak dari dulu sakit atau mati.. kalian doakan semoga Gegirl cepat sembuh and boleh main seperti dulu.. aku tak kisah if dia cacat, aku akan tetap sayangkan dia...:'(


   

  



Sunday, August 5, 2012

Thank You LEE CHONG WEI

Assalamualaikum.. pasti ramai rakyat Malaysia pada ketika ini berasa sangat sedih di atas kekalahan Dato' Lee Chong Wei untuk memenangi pingat emas pertama selepas tumpas kepada Lin Dan (21-15, 10-21, 19-21).. Tapi walaubagaimanapun, aku berasa bangga sebab kesedihan rakyat Malaysia terhadap kekalahan tersebut bukan kerana tak dapat Baskin Robbin percuma, tetapi disebabkan semangat kesukanan yg terjalin diantara penyokong dan atlet.. Ramai yang sebak ketika menonton DLCW mengalirkan airmata secara live setelah game tamat.. 



Tetapi apa yang lebih meruntunkan jiwa, apabila DLCW tweet beliau meminta maaf kerana gagal dapatkan emas untuk Malaysia..


Selepas game tamat, DLCW terus menjadi trend worldwide kat Twitter.. 
Persoalannya... dimanakah Lin Dan?? Kenapa pemenang pingat emas xde dalam trending?? 0_0



Apa-apa pun, kami sebagai rakyat Malaysia sangat berbangga dengan pencapaian DLCW dalam usaha untuk mengharumkan nama negara.. We All LOVE You!!



  




Friday, August 3, 2012

UNISEL itu dan ini


Sejak akhir-akhir ni banyak cerita yang tak enak di dengar pasal UNISEL.. Well, aku sebagai Uniselian memang rasa agak tak tenteram bila terdengar berita yang buruk tentang UNISEL..

Semuanya gara-gara politik, nama baik UNISEL agak tercemar.. Bermula dari PTPTN, sehinggalah banyak khabar angin yang mengatakan UNISEL bakal tutup kerana bankrap.. Usahkan mulut orang luar dan media massa yang menyebarkan khabar angin, malah pelajar UNISEL juga turut menyumpah seranah atas pentadbiran UNISEL yang sering dikatakan makan duit pelajar tanpa memikirkan masalah para pelajar.. Sepanjang aku belajar di UNISEL selama 2 tahun ni, memang masalah utama yg selalu timbul adalah tentang yuran.. Memang aku sebagai pelajar mengaku, sistem pengurusan untuk yuran di UNISEL memang membuatkan pelajar jadi bingung.. Tak terkecuali aku sendiri pon mengalaminya..

Masalah yang terbaru menimpa UNISEL ketika ini adalah mengenai asramanya.. Sepatutnya ofis Jana Niaga (syarikat utk asrama UNISEL) bukak 1-3 Ogos.. Tetapi, tanpa khabar berita yang penuh, ofis terpaksa ditutup pada hari ini (3 Ogos) dan menyebabkan pelajar-pelajar yang ingin mengambil kunci asrama pada hari ini berasa sangat marah.. Sehingga kini, aku sendiri tak tahu apa punca ofis Jana Niaga ditutup.. Kesian pada para pelajar yang datang dari jauh utk mengambil kunci dan terus stay di asrama.. Apa-apa pun, nasib baik aku dah ambek kunci semalam walaupun terpaksa pinjam duit BF utk bayar deposit asrama sebanyak RM200 sebelum ambil kunci..okey disini aku berasa UNISEL sangat kejam kepada student sebab sebelum ni, tanpa bayar deposit pelajar masih boleh ambil kunci.. haiyaaaa!

Selain dari masalah kewangan, sebenarnya UNISEL sangat terbaik dari segi pembelajarannya.. Disamping menyediakan tempat yang kondusif dan kemudahan yang sangat baik, UNISEL juga menyediakan tempat penginapan yang selesa dan juga mempunyai pemandangan yang cantik dan menenangkan (walaupun suhu selalu panas..huhu)

Apa-apapun, aku tetap sayang UNISEL walaupun aku selalu mengeluh dengan sistem pentadbirannya..:P



    

Monday, July 23, 2012

Ramadhan ku Indah

ASSALAMUALAIKUM wbt... 1st and all, Innaz nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada semua followers dan readers Innaz.. Ramadhan tahun ni adalah Ramadhan yang paling bermakna buat Innaz.. Setelah dua tahun berturut-turut Innaz berpuasa jauh dari keluarga, Alhamdulillah tahun ni hari pertama Ramadhan Innaz dapat bersahur dan berbuka puasa bersama keluarga tercinta.. Untung sekarang Innaz tgh cuti semester.. Hehehehe :)


"Always remember that it could be our LAST Ramadhan".. kata-kata ni betul-betul kene dengan jiwa Innaz.. sebelum start puasa, mmg Innaz selalu terfikir macam ni.. "adakah Ramadhan kali ni adalah ramadhan yg terakhir bagi aku??".. apa-apa pun, kita sebagai umat Islam memang sentiasa kene beringat tentang mati.. :)

+++++++++++++++++++

Hari pertama Ramadhan juga merupakan Anniversary Day Innaz dengan Izzuddin.. Tak sangka, dah 4 tahun kami bersama.. Siapa yg sangka hubungan kami akan bertahan selama ini?? :)

Apa-apa pun, Innaz harap sangat yang hubungan kami akan berkesudahan dengan baik dan dikahiri dengan ikatan perkahwinan.. aminnnnnn... :)




  

Thursday, July 5, 2012

Personal Blog dan Diary

Rasa segan je nak buat blog ni sebagai BLOG PERSONAL lagi.. Dulu aku selalu post tentang kehidupan seharian aku kat blog ni.. Tapi sekarang, dah jarang sangat aku update.. Kalo update pon hanya sekadar cerita yg umum je.. Dulu sebelum buat blog, aku suka tulis diary.. Bermacam-macam cerita aku tulis dalam diary tu.. Lepas habis je SPM, aku terus buat blog.. Pada awalnya, aku update blog sama macam aku tulis dalam diary.. Lepas tu Mr BF baca blog ni, dia terus komen, "kenapa nak cerita dalam blog?".. Lepas tu aku mula tapis sikit demi sedikit.. Lama kelamaan, kawan-kawan Mr BF plak baca, lagi sekali aku kene tapis dan tapis dan tapis lagi sehinggalah kini, aku jadi malas nak update pasal personal self lagi.. 


Adakalanya aku teringin nak tulis diary balik.. Tapi disebabkan aku sekarang duduk kat hostel, oleh itu, sedikit sebanyak telah mencacatkan mood aku nak tulis diary.. Takkan nak tulis diary seminggu sekali je kan?? Macam tak syok je.. hahaha.. Papepon, aku akan cuba untuk menulis balik.. :)



    

Friday, June 22, 2012

FUTURISTIC TECHNO NIGHT' 2012

ASSALAMUALAIKUM wbt kepada semua followers dan readers saya!!
Semalam bersamaan dengan 20 Jun 2012, kami telah mengadakan majlis makan malam bersempena final project bagi subject Human Personality & Team Building iaitu FASHION SHOW bertemakan FUTURISTIC STYLE. 

DAN aku telah diberi amanah oleh kumpulan aku untuk memperagakan baju pada malam tersebut (jadi model). Selama seminggu aku memerah otak bagi mencari idea design utk baju aku nanti.. tapi basic yg pasti aku nak buat adalah, aku nak renovate/decorate baju dress labuh aku.. dan hasilnya, sangat mengujakan.. tak sia-sia aku berjaga tgh malam untuk buat baju ni..hehehe..


MAKE-UP yg aku pakai adalah hasil daripada Kak Ame, classmate aku.. 1st time aku pakai mekap setebal ini.. dengan bulu mata palsu nya, berat weyh kelopak mata aku.. sebab tu kat gambar atas ni mata aku nampak sepet je..hoho.. anyway, nice tak baju aku?? :P

(abaikan muka yg gelap ni - akibat kekurangan cahaya lampu di wajahku)

-
-

DARI jauh, buah hatiku sanggup datang untuk menemani aku pada malam tu.. thanks so much dear..even tak dapat duduk pada setengah jam masa pertama, awak masih lagi tersenyum bila lihat saya..thanks so much sayang..:)







- - - -

GAMBAR yang kat bawah ni time aku tengah catwalk.. sumpah aku segan + malu + nervous + pape je laaa..sampai dalam setiap gambar, tak lepas sengih dari mulut aku.. dengan terpaksa pegang tangan partner aku..opssss, bukan pegang tangan dia, tapi aku juz pegang lengan baju dia ja.. ramai yg tanye aku, "BF tak marah ke?" ... hahaha..korang nak tau cerita kenapa aku berani pegang lengan baju Am? Macam ni ceritanya...

sebelum tu, layanlah dulu gambarnye ye...







CERITANYA cenggini.. masa rehearsal memang aku tak pegang tangan Am.. then bila dah tiba masa yg betul2, leader group suruh aku pegang tangan dia.. then aku terkejut la, aku cakap kat leader yg BF aku ada kat sini.. then dia terus pegi carik BF aku and mintak kebenaran.. aku dah hilang akal sekejap.. nak xnk, terpaksa jugak la pegang.. hancooo!!

- - -

GAMBAR yg kat bawah ni semuanya gambar dengan kawan2.. tengok la ye...:)

dengan Zack..

Mira & Nana

plus Kak Ame


Nureen di tengah..:) 

dengan kawan2 BF saya..:) 






YANG bawah ni pulak gambar classmates aku..nice kan?? aku sangat gembira selama berada disamping mereka..:))


berdiri dari kairi - Kero(joker), Ben, Nureen, Badriz, Syafira, Izzati, Iera, Mirza, Kak Ame.
duduk dari kiri - Hazwan, Chuck E, Lee, Iella, Nana, Najwa, Mira dan Aisya
baring kat depan - Zack/Zuria



      

Friday, June 15, 2012

Busy Busy dan Busy...

Minggu busy sudah bermula.. Even it just for one week, but I can feel that the week is really tiring =,=... 

Isnin
Presentation Individu (produk) (slide + report)
Selasa
Presentation Group (movie) (slide + report)
Rabu
Dinner + Fashion Show + aku kene jadi MODEL
Khamis
Demo/Presentation Discrete Math.
Jumaat
Submit theory for subject Human Personality


Inilah aktiviti yg perlu aku lakukan sepanjang minggu depan.. yang lain2okey lagi kot.. yang part MODEL tu yg paling takleh blah.. Pikir pasal baju je dah naik botak aku rasa.. Mana tak nye, kalau kene baju dinner yg biasa2 je okey la jugak, ni nak FUTURISTIC bagai.. bankrupt otak aku dok pk pasal baju je..huhuhu =,=

ALHAMDULILLAH... Presentation utk hari Isnin aku dah siapkan bahan2 nye..cuma diri aku je yg belum siap lagi..mana tak nye, kalo setakat presentation biasa2 je okey jgk..ni tak, siap kene formal sekoperat yg mungkin, then kene buat presentation yg kene main dengan gesture badan, eye contact bagai..eee geli aku! Ni yg movie punye belum siap lagi.. tu pon satu, kene buat review movie, kene kaji betul2 apa maksud yg tersirat dan tersurat nye, kene tengok jenis komunikasi, bahasa dia..aduhaiii... meninggal!!!

YANG hari khamis punye langsung belum sentuh satu haram huruf pon.. yg tu biarkan kejap..huhuhu... yg jumaat pon sama.. entah pape je assignment nye.. betul2 mati kutu aku dibuatnya..hohoho

PAPEPON, semoga semuanya berjalan dengan lancar.. AMINNN...:)





    

Thursday, June 7, 2012

Edit gambar gune PHOTOSCAPE

Aku dah malas nak edit gune photoshop sebab selalunya akan makan byk mase.. ni edit gune Photoscape je, senang keje aku.. papepon, Photoshop tetap the best untuk edit gmbr..

cekidaaauuuuttt!!!!
-
 -









putih melepak lepak muka sendiri aku kejekan..bhahahahaha!!!