Aku tetiba teringat waktu nak ambek PMR dulu.. Subjek favorite aku adalah Geografi.. Aku minat bukan sebab cikgunya adalah Encik Karpaya.. Tapi sebab aku selalu score A utk subjek ni..
Dari peperiksaan awal tahun sampai la ke PMR, dapat A jaa.. Dahsyat tak?? Hahaha!
Aku nak cerita sikit la moments aku dapat A time trial PMR..
Masa tu Cikgu Karpaya dengan gelabah dan kelam kabutnya (sape yg pernah belajar dgn cikgu Karpaya akan tahu situasi dia mengajar macam mane) masuk ke kelas untuk pulangkan balik kertas soalan yang sudah bertanda.. Masa tu aku dapat rasa yang dia macam bengang semacam ja.. Dia siap cakap,
"Sapa yang dapat markah bawah 50 cikgu akan rotan!" dalam pelat Tamilnya..
Dan memang dia merotan kawan-kawan aku yang yang dapat 50 ke bawah.. Dan dia cakap hanya sorang je dari kalangan kami, 42 orang pelajar yang mendapat A.. Masa tu aku ada terdengar kawan sebelah aku berbisik-bisik sesama sendiri untuk meneka siapa yang dapat A tu.. Tapi yang penting, aku tiada dalam senarai nama teka-meneka tu.. You know, I'm not really a genius person..
Setelah hampir kesemua kawan-kawan aku dah dapat kertas soalan mereka dan tak lupa juga ada yang kene rotan kat tapak tangan, aku semakin menggigil kat tempat duduk aku.. Oh ye, aku lupa nak bagitau.. Masa tu aku demam.. So, disebabkan nervous + takut punya pasal, aku menggigil sendiri sehinggakan aku rasa yang demam aku takkan kebah-kebah lagi.. Takut gagal punya pasal..
Then, disebabkan aku duduk kat meja depan sekali dan kertas-kertas soalan tu betul-betul kat depan mata aku, aku ternampak ada satu kertas dengan markah 48%.. Then tetiba cikgu Karpaya sebut nama aku.. Aku punya kecut cuma Tuhan ja yang tahu..
"Haaa.. Inilah satu-satunya pelajar yang dapat A dalam kelas ni.. Tepuk tangan!!".. Lebih kurang gitulah yang cikgu Karpaya cakap dalam pelat Tamilnya.. Legaa..
Rupa-rupanya markah yang aku tengok tu adalah 84%.. Aku tengok time tu kertasnya terbalik makanya nombornya terbalik jugaklah.. huhu..
Tapi kepala lutut aku semakin menggigil bila tiba-tiba cikgu Karpaya suruh bagi ucapan dan rahsia kejayaan aku sehingga aku dapat A bagi subjek Geografi... Meleleh hingus dalam hidung aku masa tu sebab tak terucap punya pasal.. Dah lah nervous tak hilang lagi.. Aku tengok kawan-kawan aku yang dok meneka nama dari tadi diam tak berkutik bila tengok aku bagi ucapan kat depan.. Mungkin dorang sendiri tak menyangka bahawa aku lah yang satu-satunya pelajar dalam kelas 3 Al-Yakin dapat A bagi subjek tersebut..
So, moral of the story.. Jangan fikir orang yang tak berapa nak genius tu takkan mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dalam kehidupannya.. Dan jangan fikir orang genius dan pandai tu akan selalu mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dalam hidupnya..
Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada usaha seseorang untuk berjaya dalam hidup.. Walau pandai tahap ke bulan sekalipun tapi kalau malas dan mudah give-up, jangankan bulan, nak sampai ke atas pokok pon takkan berjaya..
"I don't believe the most successful people are the ones who got the best grades, got into the best schools, or made the most money".
Ben Stein
No comments:
Post a Comment