Tepat jam 10.40 pagi pada Isnin - 18/11/2013 aku dah terpacak kat depan bangunan Sri Pentas TV3..
Selepas ambek pas pelawat kat guard, aku terus melangkah naik ke Primeworks Studio di tingkat 1..
Nak dijadikan cerita, aku masuk studio tu ikut pintu kecemasan atau lebih dikenali sebagai 'pintu rintangan api'.. Senang cerita aku masuk ikut pintu belakang laa..
Aku masuk ja studio tu, kaki aku terus terpaku.. Bukan sebab terkejut, tapi sebab aku tak pasti nak langkahkan kaki aku kat mana.. Besar baq hang!!
Then, selepas aku tanya beberapa orang staff untuk mengetahui hala tuju aku dalam pejabat tu, akhirnya aku buat keputusan untuk call je Kak Erin tu.. Bebal sungguh otak sebab tak call sejak dari awal.. =,=''
Then, selepas punggung selamat mendapat atas sofa yang diarahkan untuk aku duduk, datanglah seorang abang ni duduk kat sebelah.. Dia pon nak interview jugak..
Oh hoh! Aku lupa nak cakap.. Jawatan yang ditawarkan adalah video editor bagi segmen BANANANANANANANANANANANAAA.. *amboihh, panjang sungguh NA aku*
Kesimpulannya, ada 3 orang yang datang untuk interview termasuklah aku..
Selepas aku siap ditemuduga, tibalah masanya untuk aku buat test..
Testnya mudah ja.. Kene edit video duration 1 minit dalam masa 15 minit.. Simple gile baq hang!
TETAPI...
Software yg diberi adalah Final Cut Pro dengan menggunakan laptop Apple.. Perhhh!! Aku sejujurnya dan seikhlas hati ingin mengakui bahawasanya aku tak pernah lagi menggunakan software tersebut.. Selama ni aku cuma guna Adobe Primiere Pro ja untuk edit video..
Then, aku kena edit video sekreatif yang mungkin.. Ala-ala macam Running Man tu yang kene letak teks bagai.. OMG!
Aku habiskan masa 15 minit tu untuk cari button untuk masukkan teks ja.. Then aku pon dah give-up, akhirnya aku tanya ja brother empunya laptop tu.. Dapat gak la aku masukkan satu teks.. Bila nak masukkan teks yang kedua, brother tu pun cakap..
"Okay, Time's up!"
Sentap siot!
Aku takdelah kecewa tahap gaban sebab tak dapat nak buat sekreatif yang boleh.. Feeling aku just biasa ja sebabnya aku memang dah cakap awal-awal yang time tu adalah first time aku guna software tu.. So, dalam masa 15 minit tu, cuma itu ja yang aku mampu buat.. Bukan senang kot nak edit video kreatif duration 1 minit dalam masa 15 minit ja..
So sekarang, terpulang pada rezeki dan kehendak Yang Maha Esa sahaja.. Jika ada rezeki aku, Alhamdulillah.. Jika tiada, masih banyak lagi peluang pekerjaan untuk aku cuba.. :)
No comments:
Post a Comment