Sunday, May 8, 2011

Apa yang kita fikir kalau.........





1 - kalau kita sedang memandu kereta, dan tiba-tiba ada seseorang menahan kereta kita.
mesti kita akan fikir : "ni mesti nak merompak/samun/rogol/culik ni..jalan je laa terus..takut plak nak berhenti dan tumpangkan dia.."
mungkin orang yang tahan kereta kita tu memang betul-betul memerlukan bantuan dari kita utk pergi ke sesuatu tempat..kesian orang tu..tak pasal-pasal kita tak dapat pahala free mcm tu je..huhu..

2 - kalau nampak ada gadis muda yang menutup aurat sambil berjalan berpegangan tangan dengan lelaki.
mesti kita akan fikir : "apalah perempuan macam tu..baik bukak je tudung tu kalau nak jalan sambil pegang tangan dengan lelaki..memalukan agama je "..
ish ish ish..teruk betul fikiran yg macam tu..padahal couple tu dah kawin pun..tak salah kalau dorang nak jalan sambil pegang-pegang tangan waima nak peluk sekali pun..tak dosa lah..

3 - kalau kita nampak seorang lelaki sedang jalan berpegangan tangan dengan lelaki lain atau perempuan sedang jalan sambil berpegangan tangan dengan perempuan jugak.
mesti kita akan fikir : "makin ramai gay/lesbian/pengkid kat Malaysia ni.."
huhu..sebenarnya mereka saje je pegang-pegang tangan tu..namanya pun BFF (best friends forever) kan..

4 - kalau seorang perempuan termuntah-muntah.
mesti kita akan fikir : "issh! mengandung la tu..kalau dah beranak nanti, mesti dia nak buang anak tu.."
aduhaiii..banyak lagi laa sebab-sebab kenapa seseorang itu boleh termuntah..antaranya mabuk kereta, mabuk laut..mungkin jugak dia tgh demam, sakit perut, or cirit birit..atau mungkin jugak perempuan sudah berkahwin dan memang betul sedang mengandungkan anak yang halal untuk suaminya..who know right..^_^

5 - kalau kita nampak orang lelaki dan perempuan sedang naik motor bersama dan perempuan yang kat belakang tu sedang memeluk lelaki yang tengah bawak motor.
mesti kita akan fikir : "tu mesti pakwe dengan makwe tu..time naik motor la masing-masing nak ambik kesempatan berpeluk-peluk.."
semua orang pasti akan terfikir benda yg sama kan? tapi mungkin pasangan yang anda lihat itu adalah pasangan adik-beradik..yg perempuan tu peluk mybe sebab takut jatuh sebab yg lelaki tu bawak motor laju sangat..

6 - kalau ada pasangan yang masih muda telah mendirikan rumahtangga.
mesti kita akan fikir : "tu mesti dah terlanjur dan yg perempuan tu mesti dah termengandung..sebab tu dorg kawin awal..kalo tak, takkan nya dorang nak kawin time muda remaja macam ni.."
buanglah pemikiran kolot tu..pasangan tu kawin awal sebab seruan jodoh mereka dah sampai..atau mungkin sebab mereka tak nak melakukan maksiat dan ingin merasa pengalaman bercinta selepas berkawin..so sweet right?? ^_^

7 - kalau kita nampak lelaki yang telah berumur melebihi 40 tahun keatas mahu mengahwini seorang gadis muda.
mesti kita akan fikir : "dah tua-tua pun gatal nak kawin dengan orang muda, agak-agaknya laa, perempuan tu isteri dia yg nombor bape ek??..atau..perempuan tu mesti nak kikis harta lelaki tu.."
janganlah membuat spekulasi sendiri sebelum kita mengetahui hal yang sebenar..senang-senang je dapat dosa free..mungkin mereka tu kawin sebab dah memang jodoh mereka..mereka saling sayang menyayangi di antara satu sama lain..kan jodoh tu tak mengenal usia..hehe

8 - kalau kita nampak orang yang ada parut luka kat muka dia.
mesti kita akan fikir : "mesti dia ni orang jahat! "
tak baik menilai buku dari kulitnya..mungkin orang tu ada parut luka kat muka dia sebab dia pernah eksiden atau terjatuh atau masa kecik-kecik dulu dia suka main pisau sampai tertoreh muka sendiri guna pisau tu..tapi hati dia baik..hehehe

9 - kalau kita nampak orang sedang terhendap-hendap, tertonggeng-tonggeng kat belakang rumah.
mesti kita akan fikir : "ni mesti nak mencuri/mengintai anak dara orang ni..ni nak kene belasah ni!"
jangan terburu-buru dulu..jangan nak terus belasah orang..tanye dulu dia nak buat..mungkin itu rumah dia dan dia sedang mencari sesuatu kat belakang rumahnya..

10 - kalau kita dengar orang cakap "kita bakor je!".
mesti kita fikir : "mesti dia da tgk cite Hantu Kak Limah Balik Rumah ni..hahaha..kita bakor! kita bakor!!"
kita bakor je orang yang suka cakap "kita bakor" tu..hahahahaha!!!

ini adalah sebahagian mentaliti masyarakat di Malaysia dari segi pemerhatian aku laa..memang tak semua orang di Malaysia mempunyai pemikiran yg macam ni..tapi ada sebahagian besar dari kita semua yang mempunyai mentaliti sebegini..termasuk aku jugak..so, keep it as positive okey!!:p

2 comments:

cik dara sunti gonjes said...

hamboiii ! macam macam kalau kau letak ehh, btw, betul lah hape yang kau cakap tuhh.. all about mentaliti.

Unknown said...

yeah..that's all is true..hehehe