Friday, May 27, 2011

You're Beautiful dan A.N.JELL


setelah aku layan Drama Korea, You're Beautiful, aku suka sangat dengan cerita ni..aku pun tak tau kenapa.. watak-watak yang di bawa oleh para pelakon cerita ni banyak memberi kesan dalam hati dan hidup aku.. sebelum ni aku dah buat ulasan tentang drama ni (click sini)..kali ni aku nak jugak buat ulasan lagi..hehehehe

setiap watak yang di bawa mempunyai karektor nye yang tersendiri..nama A.N.JELL memang sangat sesuai bagi mereka..nak tau kenapa?? kerana mereka ni ibarat Angle bagi seseorang..hehehe
JOM BACA!!!


Hwang Tae Kyung (Jang Guen Suk) seorang yg sangat serius, berkarisma, ego, pentingkan diri sendiri, ambil berat dan sering menjadi penyelamat dalam keadaan yang genting..pada masa dia kecewa dan sedih, Go Mi Nyu dia pasti akan mencari Go Mi Nyu untuk meredakan perasaannya kerana dari perwatakkan Go Mi Nyu yang selalu membuatkan hati Tae Kyung sedikit lega dengan tingkah lakunya yang spontan..kalau tengok dia, memang terasa geram sangat sebab dia terlalu berahsia dan tak pandai nak luahkan isi hati sendiri..walaupun peluang dah ada kat depan mata, dia selalu mengabaikannya kerana ego..dia sayangkan Go Mi Nyu tapi dia terlalu pentingkan diri sendiri dan ego sehingga Go Mi Nyu hampir membawa diri pergi jauh darinya..apabila dia telah dimarah oleh Jeremy dan Shin Woo kerana sikapnya yang terlalu pentingkan diri sendiri dan ego tu, barulah dia sedar dan mencari Go Mi Nyu untuk berterus terang tentang isi hatinya..


Shin Woo (Jung Yong Hwa) seorang yang sangat baik hati, gentleness, tenang, romantik dan memahami..dia adalah orang yang pertama mengetahui bahawa Go Mi Nam adalah perempuan (Go Mi Nyu)..selepas dia tahu, dia sentiasa memerhatikan gerak geri gadis itu dengan tujuan untuk menjaganya..watak yang dia mainkan sangat mengusik jiwa dan akan membuatkan penonton berasa kesian dengan dirinya kerana kesempatan yang dia ada untuk luahkan cinta dia terhadap Go Mi Nyu sering terbantut..apabila tiba masanya utuk dia berterus terang, keadaan sudah terlambat kerana Go Mi Nyu mahu mempertahankan perasaannya terhadap Hwang Tae Kyung..Shin Woo juga akan seirng bersama dengan Go Mi Nyu untuk meredakan perasaan sedih gadis itu..


Jeremy (Lee Hongki) pulak seorang yang sangat ceria, happy-go-lucky, kelakar, suka buat party dan sering membuatkan orang disekelilingnya ketawa..dalam drama ni dialah watak yang memainkan peranan penting untuk menhidupkan jalan cerita dan membuat penonton tak kering gusi..adakalanya wataknya membuai perasaan penonton dengan sifatnya yang cheerful dengan mengubah perasaan sedih Go Mi Nam (Go Mi Nyu) kepada gelak ketawa yang tak putus-putus..dia sentiasa berusaha untuk membuatkan orang yang berada disekelilingnya berasa gembira..semasa dia sedang berusaha untuk membuat Go Mi Nam gembira, dia turut jatuh suka dengan Go Mi Nam walaupun dia belum tahu bahawa Go Mi Nam adalah perempuan..semasa di mahu membuat kejutan untuk Go Mi Nyu (selepas dapat tahu yang Go Mi Nam adalah perempuan) dengan menyanyikan sebuah lagu live dari radio, dia mendapat tahu bahawa Go Mi Nyu suka kat Tae Kyung..pada masa inilah buat pertama kalinya Jeremy mengalirkan airmata kekecewaan..tapi selepas itu dia kembali seperti Jeremy yang asal kerana dia mahu mengekalkan personalitinya yang sentiasa ceria..


Go Mi Nam / Go Mi Nyu (Park Shin Hye) pula seorang yang sangat innocent, bakal rahib perempuan dan terpaksa menyamar sebagai kembarnya (Go Mi Nam) sebagai ahli baru A.N.JELL kerana Go Mi Nam mengalami sedikit masalah selepas menjalani pembedahan plastik dan pada masa yang kerana mahu meneruskan niat abangnya untuk mencari ibunya..pada mulanya dia banyak memberikan masalah kepada Tae Kyung kerana sifatnya yang tak tahu apa-apa dan takut..tapi pada masa yang dia seorang yang sangat kuat semangat dan berjanji untuk tidak terus memberi masalah kepada Tae Kyung dan ahli A.N.JELL yang lain..pada mulanya pengurusnya menyangka dia menyukai Shin Woo kerana dia sering memilih Shin Woo jika ada yang meminta dia memilih diantara mereka bertiga..tetapi hakikatnya dia menyukai Tae Kyung tetapi pada masa yang sama Tae Kyung terpaksa meneruskan lakonan percintaannya dengan bintang terkenal (Yoo He Yi) kerana dia tidak mahu identiti sebenar Go Mi Nyu terbongkar kerana Yoo He Yi tahu segala-galanya mengenai Go Mi Nyu..keadaan menjadi sangat sukar bagi Go Mi Nyu apabila He Yi sentiasa mengugut dia untuk memberitahu Tae Kyung tentang perasaannya dan mahu Mi Nyu mendedahkan identiti sebenarnya kepada press..oleh kerana ingin menjaga rahsia dan maruah kumpulan, Tae Kyung terpaksa memberitahu ahli A.N.JELL yang lain tentang perkara yang sebenar dan meminta mereka mancari Go Mi Nyu sebelum gadis itu muncul di depan press dengan berpakaian wanita..setelah keadaan telah diselamatkan oleh Shin Woo (dia terus memeluk Mi Nyu dan menyorokkan wajah Mi Nyu sebelum press nampak), keadaan kembali seperti biasa dan ketiga-tiga ahli A.N.JELL yang lain beruasaha sehabis baik untuk menutup rahsia sebenar dan menjaga Go Mi Nyu dengan baik sehingga Go Mi Nam kembali dan menjadi ahli A.N.JELL yang sebenar..setelah Go Mi Nam balik, Go Mi Nyu terus membawa diri dan meninggalkan Tae Kyung selepas dia tahu segala-gala tentang ibunya dan dia juga mahu mengikut cakap Tae Kyung yang tak nak jumpa dirinya lagi.. dan Tae Kyung dengan berat hati dan penuh ego melepaskan Go Mi Nyu pergi..setelah Go Mi Nyu kembali, Tae Kyung meluahkan perasaannya yang sebenar kepada Go Mi Nyu kerana takut yang Go Mi Nyu akan terus meninggalkan dia dan tak akan kembali lagi..


ketiga-tiga mereka amat menyayangi Go Mi Nyu dan mereka juga memberikan sepenuh perhatian terhadap apa pun yang berlaku terhadap Go Mi Nyu.. mereka bersama-sama menjaga, merawat dan menyukai Go Mi Nyu..masing-masing berusaha untuk membuat Go Mi Nyu gembira dan senang dengan keadaan sekeliling.. dan mereka juga sentiasa ada di sisi Go Mi Nyu di saat-saat gadis itu memerlukan seseorang untuk menjadi tempat dia luahkan kesedihan..


begitulah sedikit sebanyak yang dapat aku gambarkan tentang drama ni..tentang kasih sayang, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan, ambil berat dan sikap saling sayang menyayangi di antara satu sama lain membuatkan aku tak jemu tengok drama ni dan rasa macam aku sendiri nak masuk dalam drama ni dan jadi Go Mi Nyu..walaupun watak dia penuh dengan tangisan, kesedihan dan kekecewaan, tapi masih ada yang sudi menghulurkan bahu untuk tempat meluahkan sedih dan ada yang sudi menghulurkan bantuan untuk membuatkan dirinya gembira....

alangkah gembiranya hidup aku kalau ada yang sudi menyayangi sampai begitu sekali..aku teringin sangat ada orang yang kesatkan airmata aku kalau aku tengah menangis..aku teringin sangat ada bahu yang boleh aku sandarkan kepala aku..dan aku teringin sangat ada orang yang nak buat aku ketawa dan gembira jika aku tengah sedih..dengan melihat ketiga-tiga watak - Tae Kyung, Shin Woo dan Jeremy, aku rasa macam aku tamak sebab aku nak ketiga-tiga karektor tu ada dalam diri-nya..tapi nak buat macam mana..hanya watak Tae Kyung je yang ada dalam diri dia..huhuhu..

yang kat bawah ni adalah gambar-gambar dari drama tersebut..
LAYANNNN!!!

time ni selepas Go Mi Nyu mabuk..Tae Kyung pengsan sebab Go Mi Nyu termuntah kat mulut dia time dia nak sambut Go Mi Nyu..hahaha..sumpah lawak giller!

time ni Jeremy tgh happy sebab dia nak nyanyikan lagu untuk Go Mi Nyu live dari radio..tapi lepas tu dia sedih..huhuh..cian dia..

time ni plak Shin Woo nak tolong Go Mi Nyu keluar dari tempat mandi lelaki..dia letak tuala atas kepala Go Mi Nyu sebab time tu semua lelaki tgh bogel..hahahahaha..tak malu betul!

ni idea Yoo He Yi untuk Go Mi Nyu pakai gaun dan panggil Shin Woo utk tgk..cantik bajunya..

yang ni rasanya takde dalam drama ni..mybe ni semasa di balik tabir drama ni..

time ni best!! Tae Kyung buat2 nak tumbuk Go Mi Nyu sebab sebenarnya dia nak kiss Go Mi Nyu..hahaha..

time time Go Mi Nyu sedih sebab dia dapat tahu yg mak dia dah mati..

time ni Go Mi Nyu dapat patung Piggy-Rabbit dari Tae Kyung..Piggy-Rabbit tu gelaran Tae Kyung untuk Go Mi Nyu..

comel Shin Woo pakai topi ngn spek skema tu..dia hanya mampu memerhatikan Go Mi Nyu dari jauh semasa Go Mi Nyu berpakaian perempuan..

time dorang bertiga nak kenekan Yoo He Yi..tapi secara tetiba Go Mi Nyu muncul..tu yang dorang buat muka macam tu..hahaha..

Tae Kyung tgh nyanyi..Jeremy main dram..

ni je la yang aku dapat cari kat google..nak print screen sendiri tak menjadi pulakk..huhuhu..pape pun..aku masih nak layan drama ni sampai aku jemu sendiri..hehehehe..


No comments: