gila crazy mimpi aku malam tadi..tak sangka apa yang aku selalu fikirkan sebelum aku tidur, terus menjelma dalam mimpi aku..bulat-bulat pulak tu!! dari mula sampai habis! lengkap semuanya!! perghhhh..gila dahsyat!!
mimpi malam tadi ialah aku takkan bernikah gantung dengan Izzuddin sebab dia tak nak kawin awal dan tak setuju untuk bernikah gantung..so, sebagai pengganti dirinya yg tak nak kawin dengan aku, abah dengan mak dah carikkan jodoh untuk aku iaitu Fi, anak kepada H dan S (kalo digabungkan jadi FiSH..hahahaha..hanya selingan saje sebab nama dan tempat adalah dirahsiakan!)..niatnya sebab tak nak aku melakukan maksiat dan dosa..sebab tu kene kawin awal dan nikah gantung..nikah gantung sebab masing-masing masih belajar di tempat yang berasingan..
then, aku memang betul-betul akan dinikahkan dengan Fi!! OMG!! memang sukar untuk di percayai.. aku memang tak nak nikah dengan dia sebab aku dah ada Izzuddin.. dalam mimpi tu, aku nak bangkang laa tapi aku tak mampu untuk membangkang sebab semuanya rancangan sedang berjalan dengan jayanya!! so, untuk menjadikannya tidak berjaya, aku telah berpura-pura pengsan di depan mak dengan abah..tapi asalnya memang aku tgh sakit kepala tapi tak pengsan pulak waktu aku menjatuhkan diri aku tu..hahahaha..so, aku buat-buat pengsan je laa.. then masa tu abah call H untuk meneruskan rancangan pertunangan antara aku dengan Fi.. abah suruh H datang dalam masa 40 minit..lepas tu aku pun bangun la dari kepura-puraan aku tu sebab badan aku tetiba rasa gatal..kacau betul la..huhu..tapi aku bangun pun penuh dengan lakonan semata-mata..konon-konon baru lepas dari pengsan laa..hoho..tak menjadi!! pertunangan tetap akan dijalankan!!!!!
then, H pun datanglah dengan membawak isterinya, S, dan anaknya atau lebih dikenali sebagai bakal tunang aku, Fi..aku masa ni rilex-rilex je..dengan pakai t'shirt dan seluar trackshuit nya serta rambut serabai, aku bangun lalu bersalaman dengan bakal mertua aku tu..tapi Fi aku tak salam laa..juz pandang-pandang and jeling-jeling je...malu siot!!! dah la hensem!! memang cair lah..tapi pada masa yang sama aku masih bermesej-mesej dengan Izzuddin..buah hati kot..tak sampai hati nak lukakan hati dia dengan pertunangan aku ni..aku memang nak bgtau dia..tapi tak sampai hati..aku belum kuat nak bgtau kat dia..masa parents aku dengan parents Fi dok berbincang pasal pertunangan, aku melarikan diri untuk sementara waktu..
selepas selesai, aku datang balik..masih dengan gaya yg sama..rambut serabai..hoho..then, tetiba kakak aku ambil gambar aku dengan Fi..memang rapat sangat tau..dia siap peluk pinggang aku lagi..segannya!!! lepas mereka semua pulang, aku tanya mak aku.."mak, H cakap ape je?" then mak aku jawab "dia setuju aje..cuma kau je yg belum setuju lagi" aku tanya lagi.."Fi setuju ke?" then mak jawab.. "dia setuju sangat-sangat!" then aku cakap.."pelik..dia tak pernah suka kat adik pun.." then aku terus blah dari situ..
malamnya pulak..aku masih lagi mesej dengan Izzuddin..niat hati memang nak bgtau..tapi terpaksa ditunda sebab Izzuddin tgh busy..then aku pun tengoklah gambar-gambar yang akak-akak aku ambek tadi..buruk betul wajah aku dengan rambut yang serabai tu..aku pun tak tau kenapa rambut aku sebegitu rupa..ngaaaaa..then tiba-tiba Izzuddin bagi mesej kat aku yang berbunyik "sampai hati ko tak bgtau aku yg ko dah kawin..berdosa tau tak aku bercinta dengan isteri orang..plss help me.." ahah..aku agak pelik disitu..tapi yg anehnya aku pun turut mengaku yang aku dah kawin walaupun majlis yg berjalan adalah majlis pertunangan..then aku balas mesej tu "intan mmg nak bgtau kat izz..tapi intan tak sampai hati..maafkan intan.." dia terus tak balas mesej aku dah..sedih plak aku rasa mase ni..aku memang sayangkan dia tapi aku terpaksa kawin dengan orang lain..dan aku akur dgn jodoh yang telah ditentukan...THE END.
ni la aku rasa mimpi yang paling panjang dan menakutkan yang pernah aku dapat..start from beginning to ending..
2 comments:
tak boleh hebad lagi kan mimpi kau. lengkap dengan pendahuluan, isi isi penting dan diakhiri dengan penutup. hahaha !
hahahahaha...tau xpe..dah boleh buat karangan SPM ni...:p
Post a Comment