Wednesday, June 29, 2011

Missing You - Ft. Island


Jeolddae keureolriga eobtdako neon keureolriga eobtdako
Ibyeoliran eobtdako nan mideotseonunde
Eodibuteo shijakingeonji ahlsu eobtnun peojulcheorum
Nae keuriumui shijakeun dah neoyeotdanungeol

I'm Missing U Missing U
Jukdorok keuriun saram
Neomu bogo shipgo keuriweodo hal suh eobtnun mal
I'm Missing U Missing U
Keuteorok saranghan saram
Dashi naeigaero dorawajugetni
I'm Missing U

Jeoldae byeonhalrika eobtdako neon keureolliga eobtdako
Nal saranghandan keu mareul dah mideoseotnunde
Keurae shijaki itsseotdamyun kkuti jeonghaejin yeonghwacheorum
Saranggwa ibyeolui sunseondo dah jeonghaejingeoni

I'm Missing U Missing U
Jukdorok keuriun saram
Neomu bogo shipgo keuriweido halsu eobtnun mal
I'm Missing U Missing U
Keuteorok saranghan saram
Dashi naeigero dorawajugetni

Naesaranga saranga na eobin mot sandahaetjana
Seulpumeul nae apeumeul niga deo apahaetjana

Nae pyeongsaengeul ilsaengeul neomaneul saranghaetnunde
Eoddeohkae na eoddeokae neol itjeulsuitgetni
Seol saranghae saranghae Oh I love U I'm Missing U
Dashi naeigeiro dorawajugetni
I'm Missing U
__________________________________________

That such a thing couldn’t possibly be, that you wouldn’t do such a thing
That there would be no goodbyes, I believed in this
I wonder where it all began, like a puzzle you can’t do
That the start of my yearning, was all due to you

I’m missing you, missing you, person I miss to death
Even missing you so much, yearning so much, the words I cannot say
I’m missing you, missing you, person I loved to that extent
Won’t you return to me again, I’m missing you

That there couldn’t possibly be such a change, that you wouldn’t do such a thing
Those words saying you loved me, I believed in them
Of course if there is a beginning, like a movie there’s an end
The order of our love and goodbyes, were those predetermined too

I’m missing you, missing you, person I miss to death
Even missing you so much, yearning so much, the words I cannot say
I’m missing you, missing you, person I loved to that extent
Won’t you return to me again

My dear love, dear love, you said you couldn’t live without me
Sadness, any pain of mine, you felt them more…

Me life, my whole life, you were all I loved
How, how, will I ever find a way to forget you
I love you, love you Oh I love you, I’m missing you
Won’t you return to me again? I’m missing you


Friday, June 24, 2011

I'm Sorry..

I'm having such the hard time for now on.. Mybe this things is really difficult for me to recover myself again.. I don't know if there are still have any hopes for me.. Please don't ask "why?" because I'm not going to tell anybody what I feel right now.. I just want some times for alone.. I'm sorry..

Thursday, June 23, 2011


Setelah sekian lama aku menyepi dari dunia Photoshop, kini aku muncul kembali.. Agagagagagagaga!!! (gelak Mr. Crab).. aku bukan menyepi terus pun, cuma menyepi buat seketika dari edit gambar aku bersama kekasih hati ni.. Last sekali aku edit tahun lepas kot..masa sem satu..hehehe (Click Sini).. tapi yg gambar kat atas ni yg paling latest laa.. aku tak pernah combine gambar banyak2 macam ni.. sekali bila dah siap, cantik plak kan..hehehe.. Actually aku tengah buat satu klip video aku dengan dia.. memang dah lama sangat aku rancang nak buat.. cuma belum ada mood lagi nak edit video.. tapi sekarang dah ada mood.. satu hari suntuk aku ngadap laptop ni semata-mata nak cuba siapkan hari ni jugak.. Alhamdulillah, actually dah siap pun.. tapi aku tak convert dalam AVI lagi.. mybe ada lagi yang aku nak edit..hehehehe..

Rindunya dengan bie.. intan harap bie akan hargai apa yg intan berikan pada bie.. I Love You..

Wednesday, June 22, 2011

Bulan dan Bintang


Mesti korang dah bosan dengan blog aku ni kan? maklumlah aku sendiri pun dah xde idea nak tulis apa.. sumber inspirasi (bf aku) aku pon dah macam tenggelam timbul je.. biasalah dunia percintaan kan.. kejap mendung, kejap cerah.. kalau time mendung tu, bukan setakat hujan je turun.. guruh, petir, kilat sabung menyambung, puting beliung, semuanya berlaku sama.. kalau dah cerah tu, bukan setakar matahari je bersinar.. bulan, bintang, taik bintang, planet, semuanya la nampak cantik2 belaka..hehehehe..

anyway, this is the hard time for him to survive for his own futures.. sebagai kekasihnya yang setia, aku hanya mampu sentiasa berdoa tentang kejayaan dia setiap hari.. aku haruslah banyak bersabar dalam apa jua keadaan.. aku hanya ikutkan saja rentak kehidupannya.. kalau dia marah pun, aku hanya mampu berdiam je.. yelaa kan.. xde guna kot nak berbahas tentang sesuatu yg tak penting.. aku selalu ambik keputusan utk ikut cakap dia dan biarkan dia untuk seketika.. itu jugak yg dia mahu bila dia tgh moody.. aku pulak?? aku biasalah.. kalau tak moody jugak, aku akan dok tergelak sorang2 depan laptop sambil tengok movie2 yg boleh buat aku ketawa.. at least, ceria jugak hati aku ni kan..hehehe..

kalau dia dalam keadaan mood yg baik, automatically mood aku pun happy jugaklah.. boleh dikatakan mood aku ni akan berubah kalau mood dia pon berubah sama.. itupun kalau dia share dgn aku laa.. kalau tak, masing2 buat hal sendiri laa.. bukan senang kot nak jaga hati orang yg nak ambek exam besar ni.. kalau boleh segala kemahuannya kene diikutkan..kalau tak, susah laa hati ni nanti.. hahahaha.. tapi dia akan jadi orang yg tersangat sporting dan romantik kalau mood dia tgh happy.. aku suka merajuk time mood dia mcm ni.. bukan ape, bukan senang nak dapat pujukan dari dia.. kalau dalam seminggu tu aku merajuk 10 kali, belum tentu sekalipun dia nak pujuk.. tapi kalau mood dia happy, dengan senang hati dan gembiranya dia akan pujuk aku.. aku paling suka bila dia cakap " alalaaaa bucuk-bucuk..jgn la merajuk..senyumlaa sikit..haaa tu tgh tahan senyum laa tu..hahahahaha" hahahaha...sweet betul..memang aku akan tergelak terus laa..memang takkan bolehnya nak tahan-tahan lagi..lebih2 lagi bila dia buat suara macam budak2 atau terus tergelak tak henti2..lagi laa aku tak boleh tahan..hahahaha..

kadang2 aku rindu jugak dengan memory time kitorg baru start kapel dulu.. kalau boleh dia cuma nak aku happy je.. kalau dia perasan aku badmood, cepat2 dia call aku untuk ceriakan hati aku dengan suara dia.. kalau boleh, hampir setiap masa dia nak habiskan masa dengan aku.. hahaha.. sape kata aku tak rimas kan..mula2 tu rimas la jugak sampaikan nak buat keje lain pun susah.. tapi bila dah lama2, rasa tak lengkap plak kalau tak dapat msj dari dia.. kadang2 aku ego jugak..xnk mesej dia dulu la konon (sbb dia yg selalu bg mesej dulu kat aku).. lastly, aku mesej jugak.. hahaha.. haihhhh rindunya dengan dia..

tapi sekarang semuanya dah lain.. masing2 dah matured kan.. tapi aku je yg xnk matured lagi.. masih nak jugak jadi macam budak2.. konon nak manja lebih laa.. macam bak kata orang, makin tua perangai macam budak2.. hahahaha.. anyway, aku bangga dengan dia sekarang.. kalau dulu dia suka main2 dalam pelajaran, tp sekarang kemajuan dia teramat2 memberangsangkan aku.. kadang2 aku sendiri yg malu dengan dia.. yelaa kan.. dia selalu marah aku sebab sekarang aku yg selalu main2.. sedangkan dulu aku yg selalu marah dia.. hehehe.. tapi ternyata segala nasihat yg pernah aku berikan kat dia dulu, nampaknya dia dah guna pakai sekarang.. Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat.. mudah-mudahan dia akan jadi anak yang berguna untuk ibu bapanya.. aminnnn...:D

Insya'Allah.. aku akan terus bersabar dan setia dengan Izzuddin.. walau apa pun yg dia dah lakukan, rasa sayang aku untuk dia tak pernah berubah malah makin bertambah-tambah.. aku akan sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuk dia dan juga untuk hubungan ini.. seandainya ada jodoh (insya'Allah akan ada), Insya'Allah dia akan menjadi seorang suami yang soleh.. semoga hubungan kami berdua akan mendapat restu dari kedua ibu bapa kami.. aminnn ya rabbal alaminnn...






Sunday, June 19, 2011

1 Litre of Tears - Ichi Litre No Namida

Aku baru je habis tengok drama Japan 1 Litre of Tears. 




Drama ni mengisahkan seorang gadis berusia 15 tahun mengidap penyakit Spinocerebellar Degeneration. Ikeuchi Aya (Sawajiri Erika) seorang yang aktif di sekolahnya terpaksa menerima penyakit itu walaupun sukar. Penyakit Spinocerebellar Degenaration adalah penyakit tanpa sebab yang tidak boleh di ubati. Penghidapnya akan mengalami masalah dalam pengawalan tubuh badan. Aya sedar akan perubahan pada tindak balas fizikalnya seperti selalu terjatuh ketika berjalan, sukar untuk mengambil makanan dengan menggunakan choptiks dan tidak boleh mengawal jarak apabila mahu mengambil sesuatu. Tapi bagi dirinya mungkin ianya terjadi kerana keletihan. Ibunya, Shioka, juga ternyata sedar akan perubahan itu dan membawa Aya ke hospital untuk pemeriksaan. Ternyata keputusannya amat menyedihkan Shioka apabila doktornya, Mizuno, memberitahu tentang penyakit yang dihidapi Aya dan doktor itu juga meminta Aya untuk menulis diari tentang keadaan dirinya setiap hari agar mudah untuk dia mengetahui tentang perkembangan penyakitnya.

Semakin lama tindakbalas fizikal Aya semakin terbatas. Aya semakin merasa sukar untuk berjalan dan akhirnya hanya duduk di kerusi roda. Keadaan ini menyusahkan rakan sekelasnya kerana setiap hari perlu menolong Aya untuk mendaki tangga. Salah seorang dari rakan sekelasnya, Haruto, amat memahami keadaan Aya dan dia sentiasa ingin membantu, tapi dia hanya mampu memandang dari jauh. Apabila Aya dalam keadaan stress, Haruto akan sentiasa berada disisinya dan mula bercerita tentang sesuatu perkara untuk meredakan perasaan Aya kerana dihatinya sudah terbit perasaan cinta kepada Aya. Apabila rakan sekelasnya sudah tidak sanggup membantu, Aya membuat keputusan dengan berat hatinya untuk meninggalkan sekolahnya dan berpindah ke sekolah orang kurang upaya.

Semasa di sekolah orang kurang upaya, Aya mempunyai rakan sebilik yang menghidap penyakit yang sama seperti Aya. Dari situ, Aya mula mengambil semangat rakan sebiliknya untuk dia terus hidup. Semasa di sana, kepetahan Aya untuk berkata-kata semakin berkurangan. Sedikit demi sedikit keupayaan dirinya diambil Tuhan. Selepas tamat sekolah, Aya mengambil keputusan untuk terus tinggal di hospital kerana ingin terus menjalani rehability kerana dia masih mahu untuk terus berjalan, menulis diari dan berkata-kata. Tapi seperti yang telah tersurat dalam penyakitnya, dia hilang semua keupayaan itu dan hanya mampu berbaring di atas katil. Setelah 10 tahun Aya menderita dengan pengyakitnya, Aya pun menghembuskan nafasnya yang terakhir..
____________________________________________

Drama ini sebenarnya adalah daripada kisah yang benar yang di adaptasi dari diary Kitou Aya.
Korang pasti akan menangis kalau tengok drama ni.. sedih sangat.. tak ramai teman kita untuk menangis bersama apatah lagi untuk menolong.. kepada kita yang sihat walafiat ni, bersyukur lah kerana kita masih lagi boleh berlari, berjalan, menjerit, bercakap, dan buat benda yang kita suka.. dan fikirlah sendiri keadaan kita kalau kita sendiri ditimpa oleh penyakit ni.. aku sendiri pun terfikir macam tu.. pasti susah nak terima hakikat apabila kita sendiri tahu bahawa penyakit ini tiada penawarnya dan hari-hari yang akan datang kita hanya akan duduk di kerusi roda dan berbaring di atas katil.. tapi walau sesukar mana pun keadaan kita, kita masih ada family yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada kita.. cerita ni terlalu banyak pengajarannya.. tengok sendiri dan ambil semua iktibar yang cuba disampaikan.. :))

ini adalah gambarnya mendiang.

Setelah puas aku buat research, aku terjumpa satu blog ni yang translate diary Kitou Aya dari Mandarin-English.. aku harap entry nya adalah dari diary itu sendiri.. Please Enjoy Yourself!



Thursday, June 16, 2011

Assalamualaikum wbt.. HAIII kawan-kawan!!! lamanya aku tak update blog ni..bukan setakat bersawang, dah bersampah sarap dah pun..aduhaaiiii...hahahaha..bukan apa, sibuk dengan pelbagai aktiviti sebelum final exam menjelang..Alhamdulillah, final exam dah pun habis..3 subjek yang aku ambil berjaya aku jawab dengan agak mudah..sekarang aku hanya mampu bertawakkal je..

oh ye, khabar aku sekarang, aku berada dalam keadaan yang sihat-sihat sahaja..cuti pun dah menjalang tiba..kali ni aku cuti agak lama..sebulan dan seminggu tuh!! aku pun tak tau nak buat apa dah..nak kerja tapi tak tau nak cari kerja kat mana..lastly buat tahi mata kat rumah je laa..heheheh..

cuti ni je aku dah habiskan tengok cerita My Girl dan Hana Kimi Japan...


cerita Hana Kimi tu memang hilarious!! SUPERB lawak!! tak jemu pulak aku tengok..sampai sakit dada aku asyik tergelak je..hahaha..cerita My Girl plak aku rasa biasa-biasa je kot..huhu..

oh ye..tadi buat pertama kalinya aku tengok Imam Muda..biasalah kan, aku selalunya tengok rancangan hiburan je..bila aku tengok Imam Muda, terus aku melekat kat depan tv..menarik rancangan dia..tapi bila hati aku dah melekat nak tengok Imam Muda Mujahid, tetiba dia dah terkeluar pulak..adeyhhh..memang tak de jodoh la aku nak tengok dia lagi..zzzz..



time ni dia dah terkeluar dengan Imam Muda Najdi..dah macam orang nak naik mahkamah dah aku tengok pakaian dorang..huhu

anyway..sampai sekarang aku tertanya-tanya..sapa juara Akademi Fantasia 9 eh??
eh..macam orang bodoh plak aku bertanya..apa guna ada internet..search je laa..hohoo..

okeylah..aku pon dah tak tau nak merepek apa lagi..so,
Assalamualaikum..
bubyeee!!!





Sunday, June 5, 2011

Aku Selalu Mengalah..



Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Pertengkaran Yang Terjadi
Seperti Semua Salahku
Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

Dariku Untukmu..Adakah aku penting di hatimu?



Di saat aku memeluk tubuhnya, hatiku berkata "aku teramat menyayangi lelaki ini..biarlah perasaan ini terus membara di hatiku"..

Di saat aku meletakkan kepalaku di atas bahunya, hatiku berkata "aku hanya mahu lelaki ini yang menenangkan perasaanku di kala aku bersedihan dan teramat memerlukannya di sisiku"..

Di saat aku merasa degupan jantungnya, hatiku berkata "aku mahu terus hidup bersama lelaki ini dan memberikannya cintaku sehingga akhir nafasku"..

Di saat aku menggenggam erat tangannya, hatiku berkata "aku mahu sentiasa berada di samping lelaki ini dan terus menenangkannya dengan caraku"..

Di saat aku membiarkannya memelukku, meletakkan kepalanya di atas bahuku, merasakan degupan jantungku dan menggenggam erat tanganku, hatiku berkata "aku mahu terus di sayangi oleh lelaki ini dan aku tak mahu lelaki ini pergi meninggalkan aku..."






_________________________________________________

memang sudah untuk berterus terang..adakalanya aku sendiri keliru sama ada dia masih sayangkan aku atau dia benci terhadap aku.. adakalanya juga aku sendiri keliru sama ada dia marah aku atau sebab dia cintakan aku..adakalanya juga aku keliru adakah hubungan ini adalah hubungan percintaan atau hanya sekadar hubungan persahabatan? adakah dia sudah tak perlukan aku lagi? adakah aku masih penting di hatinya? terlalu banyak persoalan yang bermain-main di fikiran aku..dan jawapan yang aku terima teramat mengecewakan hati aku.. apa yang harus aku lakukan? sampai bila aku harus bersabar dan mengharungi semua ego dia seorang diri? sampai di sini sajakah hubungan yang dapat kita pertahankan sejak 21 Julai 2008 ?? adakah aku harus mengalah saja?? walau sebanyak mana kasih sayang yang aku curahkan untuk dia dan pengorbanan yang aku lakukan untuk dia, aku rasa semuanya sia-sia belaka.. kerana apa yang aku buat, sedikit pun tidak terbekas di hatinya.. sendainya aku mati, adakah dia akan mengingati aku sebagai kekasihnya sekarang sebagaimana dia mengingati arwah kekasihnya dahulu?

semua kenangan antara kita yang telah sama-sama kita lalui bersama akan kekal segar di dalam ingatan aku..jika aku merinduinya, aku akan mengembalikan semua kenangan itu di dalam kotak ingatan aku.. tapi semakin banyak aku ingat, semakin laju airmata yang turun di pipi.. aku sedar, takde guna aku menangis untuknya sedangkan dia langsung tak mahu menyejukkan hati aku di kala aku sedang berduka.. dimana aku mahu sorokkan wajah sedih aku? dimana pula harus aku luahkan segala kesedihan aku? mungkin benar kata-katanya, dia sudah tidak perlukan sesapa lagi.. hanya aku yang terlalu terdesak memerlukan perhatian darinya..



_________________________________________________

Aku janji aku takkan call dia selagi dia tak benarkan.
Aku janji aku takkan ajak dia keluar lagi.
Aku janji aku takkan menyusahkan dia lagi.
Aku janji aku takkan masuk campur dalam urusan hidup dia.
Aku janji aku takkan ambil kisah lagi pasal dia.
Aku janji aku takkan tuntut apa-apa pun dari dia.
Aku janji aku akan mencintai dia hanya di dalam hati.
Aku janji aku akan cuba takkan menangis sebab dia.
Aku janji aku akan kuatkan semangat aku selama dia menjauhi aku.
Aku janji aku akan setia menunggu dia.
Aku janji selagi aku masih hidup dan bersendiri, aku akan pertahankan perasaan aku pada dia.
Aku janji aku takkan ganggu hidup dia jika dia sudah berjumpa dengan 'seseorang'.
Aku janji aku akan menarik balik semua janji-janji aku jika dia mengungkapkan kata cinta dan sayang dia kepada aku yang aku selalu rindui selama ini.
Dan aku berjanji yang aku akan pegang semua janji-janji aku.....














_________________________________________________

tapi sampai bila harus aku terus mendiamkan diri darinya???? aku harap, dia akan segera tersedar bahawa aku masih perlukannya untuk terus berada di sisi aku....