Sunday, June 5, 2011

Dariku Untukmu..Adakah aku penting di hatimu?



Di saat aku memeluk tubuhnya, hatiku berkata "aku teramat menyayangi lelaki ini..biarlah perasaan ini terus membara di hatiku"..

Di saat aku meletakkan kepalaku di atas bahunya, hatiku berkata "aku hanya mahu lelaki ini yang menenangkan perasaanku di kala aku bersedihan dan teramat memerlukannya di sisiku"..

Di saat aku merasa degupan jantungnya, hatiku berkata "aku mahu terus hidup bersama lelaki ini dan memberikannya cintaku sehingga akhir nafasku"..

Di saat aku menggenggam erat tangannya, hatiku berkata "aku mahu sentiasa berada di samping lelaki ini dan terus menenangkannya dengan caraku"..

Di saat aku membiarkannya memelukku, meletakkan kepalanya di atas bahuku, merasakan degupan jantungku dan menggenggam erat tanganku, hatiku berkata "aku mahu terus di sayangi oleh lelaki ini dan aku tak mahu lelaki ini pergi meninggalkan aku..."






_________________________________________________

memang sudah untuk berterus terang..adakalanya aku sendiri keliru sama ada dia masih sayangkan aku atau dia benci terhadap aku.. adakalanya juga aku sendiri keliru sama ada dia marah aku atau sebab dia cintakan aku..adakalanya juga aku keliru adakah hubungan ini adalah hubungan percintaan atau hanya sekadar hubungan persahabatan? adakah dia sudah tak perlukan aku lagi? adakah aku masih penting di hatinya? terlalu banyak persoalan yang bermain-main di fikiran aku..dan jawapan yang aku terima teramat mengecewakan hati aku.. apa yang harus aku lakukan? sampai bila aku harus bersabar dan mengharungi semua ego dia seorang diri? sampai di sini sajakah hubungan yang dapat kita pertahankan sejak 21 Julai 2008 ?? adakah aku harus mengalah saja?? walau sebanyak mana kasih sayang yang aku curahkan untuk dia dan pengorbanan yang aku lakukan untuk dia, aku rasa semuanya sia-sia belaka.. kerana apa yang aku buat, sedikit pun tidak terbekas di hatinya.. sendainya aku mati, adakah dia akan mengingati aku sebagai kekasihnya sekarang sebagaimana dia mengingati arwah kekasihnya dahulu?

semua kenangan antara kita yang telah sama-sama kita lalui bersama akan kekal segar di dalam ingatan aku..jika aku merinduinya, aku akan mengembalikan semua kenangan itu di dalam kotak ingatan aku.. tapi semakin banyak aku ingat, semakin laju airmata yang turun di pipi.. aku sedar, takde guna aku menangis untuknya sedangkan dia langsung tak mahu menyejukkan hati aku di kala aku sedang berduka.. dimana aku mahu sorokkan wajah sedih aku? dimana pula harus aku luahkan segala kesedihan aku? mungkin benar kata-katanya, dia sudah tidak perlukan sesapa lagi.. hanya aku yang terlalu terdesak memerlukan perhatian darinya..



_________________________________________________

Aku janji aku takkan call dia selagi dia tak benarkan.
Aku janji aku takkan ajak dia keluar lagi.
Aku janji aku takkan menyusahkan dia lagi.
Aku janji aku takkan masuk campur dalam urusan hidup dia.
Aku janji aku takkan ambil kisah lagi pasal dia.
Aku janji aku takkan tuntut apa-apa pun dari dia.
Aku janji aku akan mencintai dia hanya di dalam hati.
Aku janji aku akan cuba takkan menangis sebab dia.
Aku janji aku akan kuatkan semangat aku selama dia menjauhi aku.
Aku janji aku akan setia menunggu dia.
Aku janji selagi aku masih hidup dan bersendiri, aku akan pertahankan perasaan aku pada dia.
Aku janji aku takkan ganggu hidup dia jika dia sudah berjumpa dengan 'seseorang'.
Aku janji aku akan menarik balik semua janji-janji aku jika dia mengungkapkan kata cinta dan sayang dia kepada aku yang aku selalu rindui selama ini.
Dan aku berjanji yang aku akan pegang semua janji-janji aku.....














_________________________________________________

tapi sampai bila harus aku terus mendiamkan diri darinya???? aku harap, dia akan segera tersedar bahawa aku masih perlukannya untuk terus berada di sisi aku....

No comments: