Wednesday, June 22, 2011

Bulan dan Bintang


Mesti korang dah bosan dengan blog aku ni kan? maklumlah aku sendiri pun dah xde idea nak tulis apa.. sumber inspirasi (bf aku) aku pon dah macam tenggelam timbul je.. biasalah dunia percintaan kan.. kejap mendung, kejap cerah.. kalau time mendung tu, bukan setakat hujan je turun.. guruh, petir, kilat sabung menyambung, puting beliung, semuanya berlaku sama.. kalau dah cerah tu, bukan setakar matahari je bersinar.. bulan, bintang, taik bintang, planet, semuanya la nampak cantik2 belaka..hehehehe..

anyway, this is the hard time for him to survive for his own futures.. sebagai kekasihnya yang setia, aku hanya mampu sentiasa berdoa tentang kejayaan dia setiap hari.. aku haruslah banyak bersabar dalam apa jua keadaan.. aku hanya ikutkan saja rentak kehidupannya.. kalau dia marah pun, aku hanya mampu berdiam je.. yelaa kan.. xde guna kot nak berbahas tentang sesuatu yg tak penting.. aku selalu ambik keputusan utk ikut cakap dia dan biarkan dia untuk seketika.. itu jugak yg dia mahu bila dia tgh moody.. aku pulak?? aku biasalah.. kalau tak moody jugak, aku akan dok tergelak sorang2 depan laptop sambil tengok movie2 yg boleh buat aku ketawa.. at least, ceria jugak hati aku ni kan..hehehe..

kalau dia dalam keadaan mood yg baik, automatically mood aku pun happy jugaklah.. boleh dikatakan mood aku ni akan berubah kalau mood dia pon berubah sama.. itupun kalau dia share dgn aku laa.. kalau tak, masing2 buat hal sendiri laa.. bukan senang kot nak jaga hati orang yg nak ambek exam besar ni.. kalau boleh segala kemahuannya kene diikutkan..kalau tak, susah laa hati ni nanti.. hahahaha.. tapi dia akan jadi orang yg tersangat sporting dan romantik kalau mood dia tgh happy.. aku suka merajuk time mood dia mcm ni.. bukan ape, bukan senang nak dapat pujukan dari dia.. kalau dalam seminggu tu aku merajuk 10 kali, belum tentu sekalipun dia nak pujuk.. tapi kalau mood dia happy, dengan senang hati dan gembiranya dia akan pujuk aku.. aku paling suka bila dia cakap " alalaaaa bucuk-bucuk..jgn la merajuk..senyumlaa sikit..haaa tu tgh tahan senyum laa tu..hahahahaha" hahahaha...sweet betul..memang aku akan tergelak terus laa..memang takkan bolehnya nak tahan-tahan lagi..lebih2 lagi bila dia buat suara macam budak2 atau terus tergelak tak henti2..lagi laa aku tak boleh tahan..hahahaha..

kadang2 aku rindu jugak dengan memory time kitorg baru start kapel dulu.. kalau boleh dia cuma nak aku happy je.. kalau dia perasan aku badmood, cepat2 dia call aku untuk ceriakan hati aku dengan suara dia.. kalau boleh, hampir setiap masa dia nak habiskan masa dengan aku.. hahaha.. sape kata aku tak rimas kan..mula2 tu rimas la jugak sampaikan nak buat keje lain pun susah.. tapi bila dah lama2, rasa tak lengkap plak kalau tak dapat msj dari dia.. kadang2 aku ego jugak..xnk mesej dia dulu la konon (sbb dia yg selalu bg mesej dulu kat aku).. lastly, aku mesej jugak.. hahaha.. haihhhh rindunya dengan dia..

tapi sekarang semuanya dah lain.. masing2 dah matured kan.. tapi aku je yg xnk matured lagi.. masih nak jugak jadi macam budak2.. konon nak manja lebih laa.. macam bak kata orang, makin tua perangai macam budak2.. hahahaha.. anyway, aku bangga dengan dia sekarang.. kalau dulu dia suka main2 dalam pelajaran, tp sekarang kemajuan dia teramat2 memberangsangkan aku.. kadang2 aku sendiri yg malu dengan dia.. yelaa kan.. dia selalu marah aku sebab sekarang aku yg selalu main2.. sedangkan dulu aku yg selalu marah dia.. hehehe.. tapi ternyata segala nasihat yg pernah aku berikan kat dia dulu, nampaknya dia dah guna pakai sekarang.. Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat.. mudah-mudahan dia akan jadi anak yang berguna untuk ibu bapanya.. aminnnn...:D

Insya'Allah.. aku akan terus bersabar dan setia dengan Izzuddin.. walau apa pun yg dia dah lakukan, rasa sayang aku untuk dia tak pernah berubah malah makin bertambah-tambah.. aku akan sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuk dia dan juga untuk hubungan ini.. seandainya ada jodoh (insya'Allah akan ada), Insya'Allah dia akan menjadi seorang suami yang soleh.. semoga hubungan kami berdua akan mendapat restu dari kedua ibu bapa kami.. aminnn ya rabbal alaminnn...






No comments: