Sunday, May 22, 2011

Demam You're Beautiful!!






Cast
The A.N.JELL:

Jang Geun Suk as Hwang Tae Kyung
Park Shin Hye as Go Mi Nam (Male) / Go Mi Nyu (Female)
Lee Hongki as Jeremy
Jung Yong Hwa as Kang Shin Woo

Extended cast:

Uee as Yoo He Yi
Bae Geu Rin as Sa Yu Ri (Fan club president)
Kim In Kwon as Ma Hoon Yi (Mi Nam's manager)
Choi Ran as Choi Mi Ja (Mi Nam & Mi Nyu's aunt)
Maria fatima Aniceto (마리아 파티마 Aniceto)
Kim Sung Ryung as Mo Hwa Ran
Jung Chan as President Ahn
Choi Soo Eun as Wang Kko Di
Tae Hwang as staff
Yoo Seung Ho (cameo, ep9)





Sypnosis.
Go Mi Nyu ialah seorang sister(Kristian) yang masih berada di dalam latihan. Kembarnya, Go Mi Nam, telah berjaya di dalam ujibakat untuk menjadi ahli sebuah band muzik A.N.JELL tetapi terpaksa pergi ke US untuk membaiki wajahnya akibat dari pembedahan plastik. Pengurus Mi Nam terpaksa meminta Mi Nyu untuk berlakon sebagai Mi Nam sementara Mi Nam berada di US. Pada mulanya dia menentang tetapi telah bersetuju pada akhirnya kerana dia ingin memenuhi impiannya untuk mencari ibunya. Setelah dia masuk ke dalam kumpulan A.N.JELL, dia bertemu dengan ahli-ahli kumpulan tersebut : Hwang Tae Kyung, Kang Shin Woo dan Jeremy. Pada mulanya Tae Kyung (ketua kumpulan) tidak menyukai Mi Nam (Mi Nyu). Selepas itu, Tae Kyung mendapat tahu bahawa Mi Nam adalah seorang perempuan dan dia menentang keahlian Mi Nam sebagai ahli kumpulan A.N.JELL. Tapi Tae Kyung tidak menghebahkan perkara tersebut kepada sesiapa termasuk ahli kumpulan yang lain. Tetapi Shin Woo lebih awal tahu bahawa Mi Nam adalah seorang perempuan sewaktu mereka semua membuat parti kedatangan Mi Nam sebagai ahli baru di sebuah kelab Dan sejak dari itu, Shin Woo telah jatuh cinta terhadap Mi Nyu (yang berlakon sebagai Mi Nam). Mi Nyu telah jatuh cinta terhadap Tae Kyung dan pada masa yang sama dia telah menjadi mangsa cinta tigasegi di antara Tae Kyung dan Shin Woo. Pada masa yang sama Jeremy juga turut jatuh hati terhadap Mi Nyu. 


begitulah serba sedikit sipnosis dari cerita ni yang dapat aku translatekan dalam BM dan aku tambah sikit cerita supaya sipnosis nampak lebih menarik.. kepada yang dah tengok cerita ni, mesti korang semua dah tau ending dia kan..so aku malas lah nak cerita lebih-lebih..kepada yang belum tengok lagi tu, korang cariklah ceritanya sendiri ye..banyak sangat free movie download kat internet ni..korang google je laa eh..memang tak rugi kalau korang tengok!! BEST GILLER!!!.hehehehe..

kenapa aku cakap cerita ni best?? sebab para pelakonnya terdiri daripada pelakon yang hensem-hensem dan jelita-jelita belaka..hehehe...jalan cerita dia tersusun cantik, ringan dan mudah difahami..tak banyak sangat konflik yang berlaku melainkan kisah cinta tigasegi, hak milik lagu dan keluarga..emosi yg ditampilkan oleh para pelakon sangat natural dan boleh membuatkan kita terasa ingin masuk dalam drama ni..jalan cerita ni boleh buat kita ketawa, happy, tersentuh dan mengalirkan airmata..boleh dikatakan tak lena tidur lah selagi cerita ni tak habis di tengok..lagu-lagu dalam cerita ni pun sedap-sedap berlaka..kalau korang dengar lagu dalam blog aku ni, itulah adalah salah satu dari lagu dalam cerita ni laa..banner pon aku buat gambar A.N.JELL..see see!! betapa aku sedang dilanda demam cerita ni..hahahahaha!!! tapi itu adalah untuk sementara waktu..nanti aku tukar la balik kepada banner aku yang asal..heheheh..


papepun..aku suka tengok Jang Guen Suk buat muka macam ni..heheheh

No comments: