Sunday, October 26, 2014

Aku Hilang

Sejujurnya, aku terlalu berharap..
Terlalu berharap dan teruja hinggakan terasa mahu mempercepatkan waktu yang berjalan..
Aku terlalu sabar menanti akan detiknya..
Hinggakan sabarku semakin menipis setiap saat..

Tapi perkhabaran itu membuat aku terasa 'lost'..
Aku terkesima dan 'speechless'..
Hati tertanya, "adakah aku yang terlalu berharap? Adakah aku yang terlalu teruja?"..
Hanya airmata yang bergenang tanda hati terasa dihiris..

Kini aku berserah..
Aku redha dengan apa yang telah ditetapkan untukku..
Segalanya adalah rahsia dari Allah..
Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya..

Hati??
Hatiku kecewa itu sudah pasti..
Tapi masih terselit sedikit harapan itu..
Semoga ianya terjadi seperti apa yang aku harapkan..

"Jodoh itu pasti milik kita.. Insya'Allah.."

Wednesday, October 22, 2014

Melaka Trip Deepavali 2D1N

Setelah seminggu merancang untuk pergi bercuti, akhirnya ke Melaka la kiter..
Tarikh dipilih 21-22 Oktober 2014 sebagai hari percutian.. Kene sangat dapat cuti Deepavali pulak.. memang jauh la kita berjalan.. hahaha

Melaka Trip Deepavali ni sebenarnya untuk meraikan hari jadi MR I.. walaupun tak meraikan sangat, tapi dapatlah jugak meluangkan masa sikit dengan dia.. heheh..

BTW, thanks kat Zai and Aina yang sudi mengikuti trip kita ni.. I had so much fun.. :D