Sunday, October 9, 2011

University-Life ku semakin sukar..

Hidup ni kalau tak susah memang bukan hidup namanya kan... sama jugaklah macam aku.. bukan senang nak mencapai impian.. segala-galanya kene perfect untuk menjadi yg terbaik.. walaupun kadang kala kita tengok orang yag cerdik pandai itu macam senang je nak dapat A+ dalam apa jua subjek sekali pon.. tapi kita pernah terfikir tak macam mane cara mereka belajar?? tapi tak semua orang yg diberi kecerdikan otak oleh Allah.. ada yg kene usaha lebih.. ada jugak yg usaha ala kadar je, tapi result amat membanggakan.. 

Tapi orang macam aku ni, usaha sikit tapi hasilnya xde la seberapa.. tapi kalau aku bersemangat dan berusaha gigih, memang aku boleh capai apa jua matlamat hidup aku.. tapi tak semua perkara yg harus aku lakukan utk jadi yg terbaik tu semua yg aku suka.. adakalanya aku benci sangat dengan sesuatu tugasan..tapi demi menjaga reputasi result aku, aku terpaksa menelan semua benda yg aku tak suka.. kadang-kadang aku juga lemah dengan setiap ujian yg diberi.. tapi aku tak pernah berputus asa.. sebab impian aku yg utama cuma satu.. aku nak sarungkan jubah graduasi di tubuh aku secepat yg mungkin! itu je matlamat dalam otak aku sekarang..walau apa pun rintangan yg mendatang, aku tetap akan tempuhi walau jalannya beronak berliku berduri sekali pon..aku tetap akan teruskan misi aku sampai aku beraya menggenggam sebuah diploma..

siapa kata hidup sebaga siswa/siswi ni mudah?? sebenarnya melangkah saja ke alam universiti hidup kita akan menjadi lebih mencabar.. bukan setakat pelajaran, malah culture shock juga perlu di ambil kira.. bukan semua orang mampu menjaga pegangan hidup yg telah lama dipegang.. jika jiwa rapuh, apa pon boleh terjadi.. adakalanya aku jugak turut terikut-ikut dgn budaya yg kurang sopan.. tapi Alhamdulillah, aku masih mampu mengawal diri.. aku bukanlah manusia yg sempurna..sama jugak seperti insan lain yang selalu melakukan kesilapan dalam keadaan kita sengaja ataupun tidak sengaja..

setakat ni, kehidupan aku di universiti semakin sukar aku rasakan..tugasan yg kian memberat menyebabkan aku lelah buat sementara waktu.. kadang-kadang tidur aku pon tak cukup sempurna..orang tidur seawal jam 10.00 atau 11.00 malam..tapi aku baru boleh pejamkan mata sekitar jam 2.00 atau 3.00 pagi.. dan keesokkan harinya pasti akan terjaga bila matahari dah mula meninggi.. bukan ini keinginan aku.. tapi letih harus dibalas dengan rehat yg sempurna barulah badan terasa bertenaga.. 

oleh kerana aku sentiasa memikirkan soal tugasan, aku jadi jarang utk update blog ni.. bukan aku tak mau, tapi fikiran aku lebih tertumpu kepada tugasan yg diberikan..apa-apa pon, aku mahu segera menamatkan zaman universiti ni sebab aku mahu mulakan hidup di alam pekerjaan secepat yg mungkin.. 

sampai sini saja penulisan aku untuk hari ni..masih ada lagi tugasan yg menanti aku..
Assalamualaikum...