Sunday, October 26, 2014

Aku Hilang

Sejujurnya, aku terlalu berharap..
Terlalu berharap dan teruja hinggakan terasa mahu mempercepatkan waktu yang berjalan..
Aku terlalu sabar menanti akan detiknya..
Hinggakan sabarku semakin menipis setiap saat..

Tapi perkhabaran itu membuat aku terasa 'lost'..
Aku terkesima dan 'speechless'..
Hati tertanya, "adakah aku yang terlalu berharap? Adakah aku yang terlalu teruja?"..
Hanya airmata yang bergenang tanda hati terasa dihiris..

Kini aku berserah..
Aku redha dengan apa yang telah ditetapkan untukku..
Segalanya adalah rahsia dari Allah..
Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya..

Hati??
Hatiku kecewa itu sudah pasti..
Tapi masih terselit sedikit harapan itu..
Semoga ianya terjadi seperti apa yang aku harapkan..

"Jodoh itu pasti milik kita.. Insya'Allah.."
Post a Comment