Saturday, December 31, 2016

I am MARRIED!!

ASSALAMUALAIKUM WBT.
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya, akhirnya berkahwin jugak aku dengan jejaka pilihan sendiri pada tanggal 25 Disember 2016..
#intanizzuddin #25122016 #weddingsolemnization

Alhamdulillah sekali lagi, majlis berjalan dengan lancar, walaupun ada sedikit kekeliruan sebab takde DJ.. senyap sunyi sepi je.. satu lagu pon takde dimainkan.. hahahaha.. semuanya atas kehendak abah yang tanak majlis hingar bingar.. okay abah!!



Majlis diadakan dengan sesimple yang mungkin dengan bertemakan warna putih secara keseluruhan.. pelamin putih, khemah pon putih.. hahaha.. rare kan.. memang aku saje nak pilih putih sebab putih kan suci.. dengan sentuhan kaler pink sikit, nampak naik la sikit seri pelamin ni..

Pelamin ni dari Gaya Pesona Nurain.. dalam banyak2 tempat yang aku survey, pelamin dari sini je yang murah dan sangat berbaloi!! pelamin dia serious gojes gila!! Aku just letak bajet RM500 utk pelamin, sekali dia bagi pelamin yang cantiknya macam RM1K! sumpah tak tipu.. boleh tgk FB dia utk tgk.. klik je link tu akan terus ke FB dia..

Owner dia penah cakap kat aku yang dia nak tolong bakal-bakal pengantin utk merealisasikan majlis dorg dengan bajet yang minimum.. so dia bagi pelamin, mekap resespi 1 kali, baju pengantin L & P + aksesori 1 persalinan dengan harga RM1k.. boleh la contact dia utk info lebih okay!!


Maka, bermulalah kisah pernikahan aku dan dia...
Bismillahirohmannirohhim...

"Saya terima nikah Intan Nazila binti Abdullah dengan mas kahwin RM300 tunai..."
"SAHHH!!"

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku dah sah jadi isteri dia pada 25/12/2016 jam 10.30 am.. *tears*
Maka dengan ini, tanggungjawab abah terhadap aku sudah lepas dan terjatuh kepada Muhammad Izzuddin.. suamiku..


Baju nikah tu aku beli kat Butik Medina kat PKNS Shah Alam dgn harga RM150.. Shawl beli kat pasar RM10.. Veil tu guna yang masa tunang punya.. Mekap by Gaya Pesona Nurain..

Oh My God!! Time ni mmg tak dapat tahan tears sebab abah cakap "kalaulah mak masih adaa..."
*Lap tears*
Sesi photography.. Photographer by Yuzir & Black (SAY Production)





Majlis resepsi diadakan pada hari yang sama iaitu pada sebelah petang, selepas zohor.. masa ni agak rushing sikit plus banyak tetamu yang nak jumpa dan bergambar dgn pengantin tapi tak berkesempatan sebab pengantin nak tggu solat zohor dulu baru keluar.. agak-agak dalam pukul 2 lebih jugak baru keluar dari bilik.. huhu..


Baju resepsi ni ditempah khas dari tailor Kak Ila (xde FB nak link).. well, memang susah nak cari baju wedding yg dah siap dgn saiz extra small aku ni.. so terpaksa tempah last minute jugak.. nasib baik akak tailor tu nak terima.. So harga baju ni secara keseluruhan RM750 (Baju melayu + dress + veil).. aksesori + mekap by Gaya Pesona Nurain.. Shawl pasar malam RM10.. personally, aku suka mekap waktu ni sebab tak heavy dan nampak natural.. fyi, MUA utk nikah dan resepsi adalah org yg berbeza.. Aku tak pakai henna sebab tak suka.. along dgn mak tiri aku pon tak bg.. so, takdehal lahh.. laki den pon xsuka gak aku pakai henna,.. just pakai inai biasa je.. inai dipetik khas di belakang rumah jiran dan ditumbuk halus by my sister.. hehehe..

Kek yg gojes tu sponsor dari akak ipar Ummu Salamah (Dari Dapur Ummu) kalau teringin nak kek kawin yang cantik dan sedap, boleh try contact kak ummu.. kek-kek dia setakat ni tak pernah mengecewakan.. bukan setakat cantik je, tapi sangat sedap dan sangat laris!!



My big family.. ni pon tak termasuk dengan anak-anak sedara lagi.. memang tak muat screen kalau semua ada.. baju memasing pon baju biasa je sebab makanan masak sendiri kann.. huhu.. terima kasih family sebab berpenat lelah jayakan majlis adik bongsu mu ini.. *tears*



Family baruuuu!!! terima kasih parents-in-law dan adik beradik ipar yg lain kerana sudi menerima intan sebagai keluarga baru.. I will try my best utk jaga Idin sebaik mungkin dan jadi menantu yang baik.. insyaallah.. aminn..



___________________
Oudoor Photography..







-THE END-



Post a Comment