Monday, September 26, 2011

Kem S.P.I.E.S!!


Dari Jumaat lepas sampai semalam (23-25 okt) Cik Innaz dah menghadiri kem Spies kat Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.. mula2 Cik Innaz malas nak pergi sebab Cik Innaz mmg xnk pergi pon..tapi terpaksa jugak sebab ianya meliputi 20% dari markah subjek koko yg Cik Innaz ambek..

1st day, ada taklimat then Cik Innaz dilantik jadi PENGLUWATI!! WTH?? 1st time Cik Innaz jadi penghuluwati ni..ape cer kan?? kisah kisus Cik Innaz boleh jadi penghuluwati ni bermula dengan satu permainan yg Cik Innaz kecundang.. bila dah genap 10 org kecundang, then kami semua telah dilantik sebagai AJK kem tersebut..aduhaiii..tak sangka betul bila hampir semua peserta kem tu undi Cik Innaz jadi penghuluwati...-_-!!
lepas tu ada moment penyerahan barang amanah..x sampai seminit lepas tu barang amanah tu dicuri dari tgn penerima..then kitorg semua kene rampas balik brg amanah dari tgn pencuri tersebut..malam tu ada latihan utk berperang dgn gerila yg dah curi brg amanah kitorg..mcm2 kitorg kene buat..sampai bengkak kepala lutut bila atok(komander) suruh kitorg merangkak atas tar..giller betul..

keesokkan harinya bermulah ekspedisi masuk hutan utk mencari gerila dengan berbekalkan mercun bola sbg bom tgn, air yg diisi dlm plastik sbg bom nuklear, ranting kayu sbg senjata yg setiap org perlu ada..yg bestnye bila musuh baling mercun masing2 meniarap atas tanah dan mulut pon kepoh bunyikkan bunyi senjata api..hahaha..paling funny lah!! lepas tu bila dah jumpe gerila tu, start la aktiviti perang..satu hutan kecoh dgn suara senjata dari mulut kitorg dan bunyik mercun..lepas gerila lari, kitorg dapat balik brg amanah kitorg..hehehe..
ptg tu plak aktiviti tak bape best..Cik Innaz dah byk kali menguap-nguap sbb keletihan dan keboringan tahap melampau..mlm tu plak ada aktiviti "kapal karam"..mmg kapal kitorg tu betul2 karam lah..masing2 dah berendam dgn airmata..kali ni jalan penceritaan mmg berbeza dgn apa yg pernah Cik Innaz alami sebelum2 ni..kalau dulu ustaz selalu cerita pasal pengorbanan ibu dan ayah utk kita, tapi kali ni ustaz tu bawak minda dan fikiran kitorg ke alam mati dan bagaimana perasaan ibu dah ayah serta yg lain2 bila kita dah mati.. kitorg semua siap diselimutkan dengan kain putih lagi..memang menyentap!!

semalam plak aktiviti penutup..nak kata boring xde la sgt..biasa2 je kot..tapi kitorg semua mmg happy sgt3 sebab kumpulan kitorg mmg happening dan sporting giller3.. hampir setiap masa aku tergelak sampai sakit tekak aku dibuatnya..inilah kem yg paling best yg pernah aku pergi sepanjang hidup aku setakat ni..:D

p/s : gambar buat masa ni xdpt nk upload sbb Cik Innaz xde gmbr2 sepanjang kem ni..kalo Cik Innaz dapat, nanti Cik Innaz uplaod eh..tataplah gmbr yg belah atassss sekali tu puas2 eh..yg tu je yg dpt Cik Innaz donlod dari fb kwn Cik Inaz tadi..hehehe..:)




Post a Comment