Tuesday, January 24, 2012

Touching : Abangku dan AKU


AKU bukanlah seorang adik yg materialistic.. Aku tak pernah mintak pape dari abang2 aku yg dorang tak mampu nak beri.. 

Tapi aku sebagai adik perempuan, salahkah aku mintak apa-apa daripada abang-abang aku??

Dalam agama Islam ada mengajar, orang bertaggungjawab terhadap seorang wanita adalah bapanya, abangnya, adik lelakinya dan suaminya.. maka keempat-empat orang tersebut adalah orang paling berhak dan bertaggungjawab terhadap seorang wanita.. 

Maka dengan ini tak salah kan if aku nak menuntut hak aku daripada abang-abang aku? Mak aku pernah cakap, "adik kene mintak duit belanja kat abang-abang kau sbb adik pon tanggungjawab dorang.."

Tapi kadang-kadang mak selalu cakap kat aku " janganlah mintak pape dari abang-abang kau kalau dorang tak bagi.."

oleh sebab-sebab yg demikian, aku jarang mintak pape dari abang-abang aku selain dari mintak pertolongan untuk hantar dan ambek aku dari unisel..tapi kadang-kadang hati aku berat sangat nak mntak tolong atau mintak something dari dorang.. kalau ada pon aku dapat something yg special, aku hanya dapat dari kakak-kakak aku.. 

kalau nak difikirkan, abang-abang aku semuanya dah berumah tangga dan tanggungjawab dorang pon mestilah lebih kepada family masing-masing.. so oleh kerana itu, aku lebih suka berdikari sendiri.. bagi aku, lebih baik susahkan diri sendiri dari susahkan orang lain.. tapi kadang-kadang hati ni teringin sangat dijemput dan dihantar yelaa kan sebab nak ride jauh-jauh mestilah penat lebih-lebih lagi kalo ada kelas sebelum balik.. dan kadang-kadang hati ni teringin sangat nak dapatkan something yg special dari abang-abang aku sendiri..



   


Post a Comment