Sunday, June 9, 2013

Keputusan Semester Akhir dan Penghargaan.

Selama lebih dari setengah tahun aku bersengkang mata, memeras otak, berhabis duit dan masa untuk menghasilkan sebuah produk untuk Final Year Project, iaitu Documentary Film: Fragile X Syndrome (FXS). Selain FXS, ada beberapa lagi penyakit yang aku buat kajian melalui internet iaitu Autism dan Dyslexia.. Oleh kerana tajuk yang aku dan partner aku (Kak Yan) pilih ni belum pernah lagi dibuat oleh senior-senior sebelum ni, makanya kami meletakkan harapan yang paling tinggi bagi result yang bakal kami perolehi.. 

Alhamdulillah.. Suukran jazilan ya Allah.. Result yang kami berdua perolehi sangat-sangat membuat kami bangga dengan usaha yang kami selama ni..


Saat aku tengok result kat student portal, seperti beruk, aku terlompat-lompat penuh dengan kegembiraan yang teramat sangat.. Cuba bayangkan, sebelum ni terlalu ramai senior yang buat dokumentari untuk FYP, jadi dokumentari ni dah terlalu common dan mungkin sangat sukar untuk mendapat A.. Tapi kami (aku ngn Kak Yan) tetap mahu ambil risiko untuk membuat sebuah dokumentari memandangkan tajuk kami (mengenai penyakit) belum pernah lagi dihasilkan.. Akhirnya, keputusan yang kami dapat sangat memberangsangkan!! Suyukur Alhamdulillah.. Berbaloi segala perit getir sepanjang menghasilkan dokumentari ni..


     Saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada supervisor saya, Miss Norazimah binti Awang kerana dari bimbingan beliaulah yang membuat saya mendapat A dalam FYP saya.. Walaupun rasa annoying sebab setiap kali jumpa dan discuss pasal thesis, mesti ada je yang kene ubah, tapi disebabkan benda yang nak kene ubah tu lah yang membolehkan saya mendapat keputusan yang cemerlang.. 

     Yang kedua, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada coordinator FYP1 dan FYP2, Madam Latifah dan Madam Rahayu kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada kami.. Terima kasih juga kepada para pensyarah saya sejak dari sem 2 sampai sem 8, Encik Khailruddin, Encik Izwan Shuhadak, Encik Suhaimi, Madam Latidah, Madam Rahayu, Miss Azimah, Miss Naza, Miss Fatimah, Encik Ezwan, dan yang lain-lain kerana sudi mengajar, bersabar dan menahan kerenah kami yang macam budak-budak tak cukup akal ni.. HEHEHE.. Dan tak lupa juga kepada para panel yang sudi bersoal jawab dengan kami ketika hari pembentangan projek kami, Madam Norhayati, Miss Nazariah dan Miss Rosnita.. Terima kasih kerana sudi memberikan markah yang terbaik kepada saya dan partner saya.. 

     Yang ketiga, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga angah, Ahmad Kamal Ariffin dan isteri kerana sudi membantu dan mengizinkan saya meminjam anak kesayangan mereka, Muhammad Izwanazeem, untuk saya menjayakan dokumentari ini.. Terima kasih juga kepada pihak Program Pendidikan  Khas Intergrasi (PPKI) kerana sudi bekerjasama dengan saya dan juga partner saya..

     Dan yang terakhir, terima kasih yang tidak terhingga kepada mak, abah dan adik beradik kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada saya dan juga sudi mendengar segala masalah dan membantu saya dari segi kewangan demi menghasilkan dokumentari ini..Terima kasih juga kepada kawan-kawan seperjuangan kerana sudi menghulurkan bantuan apa-apa yang patut..

     Najwa, Nana, Zuria, Zati, Kak Fira, Kak Ame, Aisya, Mira, Ierah, Nureen, Hazwan, Lee, Chuck, Mirza, Bad, Rakesh, Hafiz, Eiji, and Kero.. Kenangan bersama dengan korang dari sem 1 sampai sem 8 takkan aku lupakan sampai bila-bila.. Kepada my beloved housemates, Kak Yan, Mot, Hani, Mira dan Farah.. Thanks sebab sudi menerima kehadiran aku, mengambil berat dan masakkan untuk aku.. HEHEHE.. Aku takkan lupa persahabatan kita sampai bila-bila.. Dunia UNISEL adalah dunia yang takkan mungkin hilang dari ingatan aku.. I LOVE YOU ALL!! Insya'Allah, kita akan bertemu lagi ketika majlis konvokesyen.. :')




No comments: