Wednesday, December 4, 2013

Dilema bakal mahasiswa/wi

Apa yang boleh aku katakan sekarang ni adalah..

"Aku sekarang dalam dilema untuk sambung belajar.."

Ya! Memang sekarang, pasa masa ini dan pada saat ini dan pada ketika ini aku dalam keadaan dilema sama ada untuk meneruskan pelajaran atau stop sampai diploma saja.. Kenapa aku dilema??


  1. Aku nak kerja tapi susah nak dapat kerja. Sebabnya setiap interview yang aku pergi, mereka menginginkan seorang pekerja yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya setahun. Well, interview aku dengan TV3 hari tu kira gagal lah ye.. =.=''
  2. Disebabkan aku malas pikir pasal kerja, so aku decide nak sambung belajar je.. Tapii...
  3. Pinjaman PTPTN aku untuk Diploma sebanyak RM20,000.00 + bunga belum seposen pon aku bayar lagi.. Kalau nak sambung Ijazah, lebih kurang RM32,000.00 pinjaman PTPTN yang perlu aku mohon setelah aku kira-kira untuk pengajian selama 2 tahun.. 
  4. Jadi, keseluruhan hutang yang perlu aku langsaikan selepas tamat belajar adalah lebih kurang RM52,000.00 + bunga.. Dah boleh beli kereta Myvi sebijik!
  5. So, aku decide and made-up my mind untuk dapatkan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama untuk membolehkan aku membuat permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa..
  6. Tapi masalahnya, aku ni belajar suka main-main walaupun the end nya aku dapat pointer 3.00 keatas dan 3.50 kebawah.. Yes, aku memang malas.. So..
  7. Aku buat keputusan untuk belajar rajin-rajin dan dapatkan pinter 3.60 keatas.. Tapii..
  8. Mampu ke aku untuk mencapai grade yang macma tu?? =,=''
  9. Then, tiba-tiba aku terasa macam nak mohon biasiswa Karangkraf.. Boleh belajar free :)
  10. Tapi, kalau mohon biasiswa Karangkraf, dorang tak support kos sara hidup.. mana aku nak dapat duit untuk assignment aku nanti?? Takkan nak mintak kat abah dengan mak lagi?? huhu..
  11. Tapi, kalau tak dapat biasiswa tu macam mana??
  12. Jadi.. Keputusan yang macam mana yang harus aku buat??
  13. Sambung belajar or kerja ja??
  14. Mohon pinjaman PTPTN dan dapatkan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau..
  15. Mohon biasiswa Karangkraf yang tak support kos sara hidup??

Complicated sangat dah cerita aku.. Rasa nak demam je memikirkan semua benda ni.. 





No comments: