Tuesday, March 11, 2014

#PrayForMH370

Hari ni dah masuk hari ketiga pesawat Mas MH370 hilang tanpa khabar berita..
Walaupun misi mencari dari pelbagai negara dengan teknologi yg canggih, tapi kelibat MH370 masih tetap tidak kelihatan.. 
Dimanakah dikau wahai MH370??

Aku terbaca satu tweet dari artis nasyid, Hafiz Hamidun, yang berbunyi :


Kenyataan yang dia tweet tu membuatkan aku terfikir ada benarnya jugak apa yg dia cakapkan..
"Kehilangan tanpa berita itu ternyata lebih menyayat hati dari pemergian yang dapat dilihat dengan mata"..
Bagi aku, jika kita melihat seseorang pergi di depan mata kita, kita akan merasa ngilunya cuma sementara.. Selebihnya, sakit yg kita rasa hanya bila kita teringat dan terkenangkan seseorang yang pergi itu..
Tetapi, kehilangan tanpa berita itu membuatkan kita terasa ngilu sepanjang pemergiannya sehinggalah kita mendengar khabar darinya.. 

Insya'ALlah, dengan usaha yang gigih dari pelbagai negara yang sudi membantu, Mas MH370 pasti akan ditemui.. 

Ya Allah, jika ia di awanan, Kau turunkanlah ia ke darat..
Jika ia di dalam lautan, Kau timbulkanlah ia..
Jika ia di daratan, Kau tunjukkanlah ia..
Berikanlah kami petunjuk agar pesawat MH370 dan para penumpangnya ditemui..
Amin ya rabbal alamin..


No comments: