Wednesday, May 13, 2015

"Ahhhh.. mak dah takde..."

Hari ni (13 Mei 2015) genap sebulan mak pergi menghadap Illahi..
Barang-barang mak kat rumah semuanya dah dikemas, disimpan dan ada yang disedekah pada orang..
Katil tempat mak selalu baring, berehat dan tidur telah dialihkan sebab selagi katil tu ada kat situ, selagi tu bayangan mak sentiasa terlintas diminda..
Bukan niat ingin melupakan mak, tapi sebenarnya taknak terus hanyut dalam kenangan mak..

"Life must go on".. Yes, that right!!
Tapi bukan senang untuk melupakan orang yang paling kita sayang..
Lebih-lebih lagi bila aku dah terbiasa teringatkan mak kalau aku pergi kemana-mana.. sebab mak selalu pesan mintak belikan jajan.. dan dah menjadi habit aku akan terfikirkan mak bila pergi kedai untuk beli pape..
"Ahhhh.. mak dah takde..."

Sekarang, ingatan aku terhadap mak sangat mengganggu perasaan aku..
Tak kira apa pon yang aku buat, tetap akan mengingatkan aku kepada mak..
Masa aku tengah drive, aku akan teringat masa aku drivekan mak ke hospital..
Masa tengok anak kucing, aku akan teringat betapa gembiranya mak bermain dengan Gemok dengan Roro dulu..
Masa tengok tv, aku teringatkan waktu-waktu aku bergelak ketawa dengan mak bila tengok tv..
Masa aku tengah makan, aku akan teringat dinner date aku dengan mak.. dan aku rindukan air tangan mak..
Bila aku nak balik unisel, aku akan teringat mak akan tengok aku keluar dari halaman rumah sampai hilang dari pandangannya..
Everything mengingatkan aku tentang mak..
"Ahhhh.. mak dah takde..."

Bila kenangan bersama mak bermain diminda, aku terlupa sejenak yang mak dah takde..
Masih terasa kewujudan mak.. senyuman mak.. suara mak.. hangatnya tangan mak.. lembutnya kucupan mak..
Bila aku tersedar.. "Ahhhh.. mak dah takde..."

Semoga mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. al-Fatihah..


adik rindukan mak...

Post a Comment