Saturday, February 19, 2011

Tentang Cinta Untuk Berkasihan



TUHAN telah berikan PERASAAN untuk setiap insan merasai kasih sayang.. Tuhan telah berikan HATI untuk setiap insan melahirkan rasa sayang.. Dan Tuhan telah berikan CINTA untuk setiap insan saling sayang menyayangi..

Cinta bukan satu permainan ungkapan.. Bukan juga untuk dipersendakan.. Ianya merupakan satu perasaan halus dimana ianya lahir secara tidak disengajakan.. Cinta bukan untuk dipaksa tetapi untuk difahami..

Semua orang boleh dapatkan cinta.. Hanya cara untuk mendapatkannya saja yang berlainan.. Ada yang mudah dapatkan cinta, ada yang susah untuk mendapatkan cinta.. Adakalanya, ianya memerlukan sekali sahaja pertemuan sudah mula membibitkan benih-benih cinta di dalam hati masing-masing.. Adakalanya juga ia memerlukan beberapa kali pertemuan barulah timbul rasa cinta yang tanpa di sengajakan kerana masing-masing baru sedar tentang perasaan masing-masing..

Kita sebagai manusia, lelaki dan perempuan, memang memerlukan di antara satu sama yang lain.. Kenapa lelaki perlukan perempuan? Secara fizikal, lelaki nampak gagah dan perempuan nampak lemah.. Tapi apabila berbicara soal hati, hati lelaki lebih lemah berbanding hati perempuan.. Ini kerana, apabila lelaki sedang bersedih hati, perempuan yang mampu mengembalikan keceriaan dan berikan kekuatan kepada lelaki untuk bangkit semula.. Dan kenapa pula perempuan perlukan lelaki? Lelaki telah diciptakan sebagai makhluk yang kuat dan perempuan pula sebagai makhluk lemah.. Perempuan perlukan lelaki sebagai perlindungan.. Perempuan juga memerlukan lelaki sebagai pemimpin dikala dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa..

Ada orang kata, sesuatu hubungan akan berdiri kukuh jika pasangannya mempunya perbezaan yang sangat ketara dari semua segi.. Ini kerana, pasangannya mampu untuk menutup kekurangan pasangannya dengan kelebihan yang dia ada..dan begitu juga dengan sebaliknya.. Ibarat mereka memerlukan di antara satu sama lain untuk menutup kelemahan diri masing-masing..

Dan ada juga yang berkata, cinta pandang pertama adalah yang lebih bermakna.. Ini kerana, apabila seseorang melihat jauh ke dalam mata seseorang yang berlainan jantina dan merasakan getaran didadanya, dan dia(orang yg dipandang) turut merasakan begitu, cinta akan terjalin dengan mudah dan akan berlangsung dengan kebahagiaan yang tidak terperi..

Tetapi cinta dalam Islam, lebih afdhal jika seorang lelaki telah merasakan debaran cinta didalam hati terhadap seorang gadis, dan dia terus masuk meminang gadis tersebut apabila keadaan telah mengharuskan atau mewajibkan mereka untuk berkahwin.. Dan mereka menjalinkan cinta selepas mereka sah diijab kabulkan..

----> cinta memang indah jika cinta itu adalah cinta yang sejati..
Post a Comment