Saturday, March 4, 2017

Diagnose with Bicornuate Uterus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... ^^
Alhamdulillah, aku semakin rasa sihat sekarang..
Sakit kat bahu pon dah takde since aku start consume Folic Acid..
Tapi symptom orang mengandung dah terjadi kat aku..
Morning sickness, tak lalu makan, tak lalu nak bau makanan, and rasa mual-mual..
Kalau bab mengidam tu, setakat ni aku mengidam something yang mudah dan simple je..
Contoh macam hari tu aku teringin sangat nak makan ikan salmon kat Teppanyaki kat dalam food court kat Setia City Mall.. nampak tak betapa specific nye craving aku..
Sampaikan aku mintak balik awal dari tempat keje semata-mata nak ajak husband makan kat situ.. tapi malangnya ikan salmon dah habis.. sob sob sob..
Husband cakap membazir minyak kete je pegi jauh-jauh tapi tak dapat pape.. Ya Allah, tuhan je yang tahu perasaan aku masa tu.. dah la tak dapat benda yang diidamkan.. dgr husband cakap mcm tu terus rasa down sangat.. huhu

Pegi Klinik
Okay stop cite pasal mengidam, aku nak teruskan pasal kandungan aku..
Isnin hari tu (27/2/2017) aku tak larat sangat nak pegi keje.. so aku pegilah klinik nak mintak MC.. kali ni aku pegi Klinik Keluarga Dr Nora.. sebelum ni aku pegi Klinik Alam Megah.. husband pon mmg recommend klinik ni sebab dia selalu pegi situ kalau tak sihat..
Serius lama gila tggu dalam tu.. dengan ramai orgnya.. dari pukul 10 datang dekat pukul 1 baru dapat jumpa doktor.. nasib baik tempat duduk dia selesa.. kalau tak dah lama aku balik.. huhu

Jumpa Doktor
Bila nama aku dah dipanggil, lalu aku pon masuklah bilik doktor.. Doktor Nora nama diberi.. lembut je orangnya..
Doktor Nora tanya ada masalah apa.. lalu aku pon cakaplah yang aku mengandung..
Then Doktor Nora kira bilangan hari aku mengandung.. kalau ikutkan last aku period, sepatutnya dah masuk 12 weeks.. dan doktor nora mintak scan utk tgk perkembangan bayi.. aku pon setuju..
Time scan, dah nampak baby dan heartbeatnya sekali.. doktor nora bagi dengar bunyi heartbeat baby.. lajunya heartbeat dia.. hehehe
Dan apa yang peliknya, kalau ikutkan scan, baby baru je berusia 6 weeks.. means roh dia baru saje ditiupkan dan heartbeat pon baru je muncul.. Alhamdulillah..
So, memang betullah, baby ni baby miracle sebab aku ovulation tanpa period..


Hai baby!! ^^


Dan yang lebih memeranjatkan, aku dikurniakan dengan keadaan uterus/rahim yang rare iaitu Duplex Uterus.. atau lebih senang rahim terbahagi kepada dua..
Doktor Nora cakap, dia tak pernah jumpa lagi kes Duplex Uterus macam aku.. so dia refer ke Klinik Kesihatan utk tindakan lanjut..
Lalu keesokkan harinya aku mintak excuse kat tempat keje utk cuti lagi hari tu utk pegi ke KK..
Sampai kat KK terus buat buku pink, ambek darah dan buat ujian air kencing.. lepas tu baru dapat jumpa doktor..
Bila dah jumpa doktor KK, dia terus call HTAR utk buat appoinment.. dan appointment tersebut jatuh pada hari Khamis (2/3/2017)..

Bicornuate Uterus
Dekat hospital, doctor scan aku sekali lagi untuk confirmkan duplex uterus tu..
Doctor buat scan kat perut dan jugak trans-vaginal scan..
Bukan tu je, dia masukkan muncung itik jugak utk tgk serviks ada satu atau dua..
Okay masuk menatang ni masuk mmg sakit dan senak.. penat tahan nafas utk tanak bagi sakit.. huhu
Ada dua orang doktor yang mengesahkan bahawa aku ada duplex uterus dan dinamakan sebagai Bicornuate Uterus..



belah kanan tu baby kiteee... hehehehe.. ^^

Well, dengan keadaan uterus aku macam ni, doktor pakar cakap risiko untuk baby songsang tu sangat tinggi dan kemungkinan aku akan bersalin secara czer..
Bagi aku, cara bagaimana aku bersalin nanti tu tak penting.. yang penting baby dalam kandungan aku sihat dan sempurna..
Mudah-mudahan takde komplikasi yang terjadi kat baby aku..
So upcoming appoinment is on 25 May 2017 untuk confirm due date and 20 Sept 2017 utk tgk sama ada aku boleh bersalin normal or czer..
Doakan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan olehNya.. aminn..
^^

Post a Comment