Thursday, February 18, 2010

Jaya Jusco Bukit Tinggi

15 Februari 2010
Isnin......

setelah genap sebulan tidak b'jumpe, akhirnya dgn izin Allah, abah dan mak, aku berjumpe jua dgn si dia yg amat aku rindui..
dari kejauhan aku dpt melihat bayangannya yg semakin menghampiriku..
dgn senyuman yg terhias dibibir,dia merapatiku dan mengucapkan salam kepadaku dan kawan2ku..
rindu yg terbuku dikalbu, terlerai sudah...
tiada apa yg disembangkan..hanya keruhan air diwajah yang dia tampilkan..
masih marahkah dia padaku??jawapan yg diberikan hanya gelengan kepala..
putus asa sudah aku memujuknya..tiada idea lagi untuk memujuk..
aku hanya membiarkan saja dirinya begitu sambil aku menahan airmata sendirian..
setelah lama keadaan membisu sebegitu, akhirnya lahir juga hilai tawa darinya..
alangkah senangnya hatiku melihat dia gembira sebegitu...
untuk berjumpa dengannya,aku terpaksa menahan kesakitan ku..
aku dpt rasakan wajahku sedikit pucat..tapi aku tidak tampilkan wajah sakit didepannya..
tetapi dia sendiri yg lebih cekap mengetahui bahawa aku tidak berapa sihat..
banyak kali dia memujuk supaya aku tidak byk berjalan..tetapi aku degil..
akhirnya aku sendiri yang kepenatan..hampir seluruh sendi2ku sakit..
demi melihat wajahnya yg sedia memujuk,aku tahan sakit ku buat sementara waktu..
seperti yang telah dia janjikan kepadaku..dia ingin mengganti balik telefon bimbit ku yg telah rosak..dia menghadiahi aku dengan sebuah telefon bimbit yg baru..
tetapi aku tidak mahu mengambilnya..namun dia berkeras supaya aku mahu menagmbilnya..
aku megambilnya juga..tetapi dgn bersyarat..aku mahu membayar separuh harga telefon tersebut..dia akur..QURAN GSM MOBILE(MYIMAN)
Alhamdulillah..kini aku memiliki sebuah telefon bimbit yg baru..sebuah telefon bimbit yg lengkap dgn bacaan ayat al-Quran,hadis2,waktu solat dan azan,penunjuk arah qiblat,mp3,mp4, kamera 1.3 mega pixel,perakam video,perakam suara,memory card 2 gb, dual sim cards, bluetooth, radio fm,true color TFT LCD, touch screen,earphone,charger yg boleh terus sambung ke komputer dan keychain kompas..
aku merasa sungguh bertuah kerana dapat memiliki hatinya..orangya sungguh baik dan boleh dipercayai..dia juga seorang hamba Allah yg pemurah dan suka membantu org lain..
sehingga kini dia masih memegang janji2nya kepadaku bahawa dia tidak akan menduakan aku dan akan terus setia bersama aku..
terima kasih diatas kesenangan yg telah engkau berikan kepadaku....
insya'allah,dgn izin Allah dan restu ibu bapa,kita akan disatukan satu hari nanti.......

No comments: