Tingkatan 6 sama juga dengan pengajian di kolej matrikulasi. Cuma perbezaannya, kolej matrikulasi belajar di kolej yg telah di sediakan. Manakala, tingkatan 6 pula belajar di sekolah dan beruniform sekolah. Waktu pembelajaran di kolej matrikulasi adalah sepenuh masa manakala tingkatan 6 adalah separuh masa.
Kenapa nak masuk tingkatan 6 wahai Cik Intan Nazila?
Saya nak masuk tingkatan 6 kerana saya tak dapat masuk ke kolej matrikulasi, maktab perguruan dan permohonan UPU saya juga telah ditolak bulat-bulat oleh pihak UPU.
Cik Intan Nazila tak mohon rayuan ke?
Sudah. Dan semua orang juga tahu bahawa keputusan rayuan lambat lagi keluarnya. Jadi, sementara menunggu keputusan rayuan UPU keluar, lebih baik saya mendaftarkan diri di SMK Raja Muda Musa. Kerana, jika saya dapat tawaran ke IPTA, saya keluarlah dari sekolah tu. Kalau saya tidak dapat ke IPTA, saya stay je la di tingkatan 6. Bukan apa, tak de la aku menyesal kalau saya tak dpt ke IPTA sebab saya dah mula belajar di SMK Raja Muda Musa. Sama je kan. Dan saya fikir, ambil STPM is better than taken diploma.
Siapakah pendorong terbesar Cik Intan Nazila untuk menerima tawaran ke tingkatan 6?
Of course ibu dan bapa saya. Di samping adik beradik dan guru-guru. Nak harapkan kawan?? Tak payah!! mereka cuma bagi nasihat kat saya supaya jangan ambil tingkatan 6 kerana subjek yg saya dapat susah. Apalaaa.. Tak guna punya kawan.
Jadi, keputusan Cik Intan Nazila dah bulat ke?
Ya! SMK Raja Muda Musa adalah sekolah yang terbaik. Dan saya berbangga kerana di pilih untuk belajar di sana. Lebih-lebih lagi saya ditawarkan di dalam jurusan Sains. Bukan mudah untuk mendapat jurusan tersebut kerana ramai kawan-kawan saya di tawarkan di dalam jurusan Kemanusiaan. Maknanya, saya adalah yang terbaik!
Apakah masalah yang dihadapi oleh Cik Intan Nazila untuk ke SMK Raja Muda Musa?
Masalah terlalu banyak. Masalah yg utama adalah jarak. Bestari Jaya terlalu jauh bagi saya walaupun hakikatnya tidaklah berapa jauh. Masalah yg kedua adalah pengangkutan. Jika balik ke rumah, saya boleh menaiki bas. Masalahnya adalah pergi ke sekolah. Saya belum berani menunggang motor di dalam gelap. Apatah lagi dengan jarak jauh. Apa-apa pun, semua dugaan dan ujian pasti ada hikmahnya. Bagi saya, diamana ada kemahuan, disitu ada jalan. Insya'allah, semua masalah pasti ada penyelesaiannya.
Agak-agak Cik Intan Nazila, berapa lama Cik dapat bertahan di tingkatan 6?
Kurang ajar punya soalan. Takpe-takpe. Saya cuba jawab jugak. Aaagagagaggaaaa...
Tengok pada keadaan. Jika masalah yg saya hadapi tak dapat di selesaikan, mungkin saya akan tukar sekolah. Jika saya diterima masuk ke IPTA, mungkin saya akan keluar dari sekolah. Dan jika bapa saya dapat carikan kerja untuk saya, mungkin juga saya akan bekerja. Apa-apa pun, tengok pada keadaan jugalah.
Baiklah, semoga Cik Intan Nazila berjaya di alam persekolahan! Ayuh, kembali ke sekolah! Ayuh!!!!
(Memang nak kene lempang ngan aku cik reporter ni) Yolaaaaa...
No comments:
Post a Comment