Sunday, April 15, 2012

Semester 5 telah berakhir....

Alhamdulillah... satu lagi semester berakhir dengan penuh kesyukuran.. Syukur Alhamdulillah, segala perit getir sepanjang semester ni telah berjaya aku lalui dengan jayanya!! SYUKUR ALHAMDULILLAH...:)

Sepanjang semester lepas, banyak sangat perkara yang berlaku.. aku rasa, inilah pertama kali aku rasa happy sangat-sangat selama dua tahun aku kat UNISEL ni..  sorry to say, kali aku menulis aku nak all out.. aku tak nak pendam-pendam lagi.. sepanjang aku berada kat Unisel ni, sorry to say, aku rasa memang tak best langsung!! 

masa sem satu,..
masa mula-mula jumpa dengan semua, tipulah kalau xde rasa segan kann.. tapi lama-lama kita semua(walaupun tak semua) jadi rapat walaupun ada yang berpuak-puak.. tapi its okey sebab semua masih boleh saling tolong menolong dan bertegur sapa.. masa sem satu ni jugaklah aku rasa kehidupan aku sangat best! yelaa kan bila dah dapat kenal dengan semua classmates, otak pun dah mula berkembang dan mula menimbulkan rasa gembira bila bersama dengan korang semua..tapi yang paling best moment masa sem 1 bila time dah nak dekat exam.. setiap malam kita study sama-sama kat court sambil main bola tampar (najwa, nureen, kak yan, zuria, ira,).. memang best sangat.. tak pernah2 dalam hidup aku, aku excercise malam-malam..hahahaa! dan masa tu jugaklah aku rasa best sangat study group dengan korang.. :)

masa sem dua dan tiga,..
masa sem dua ni la segala-galanya berubah.. seingat aku sejak kita pergi kursus kepimpinan dekat hotel tu (aku, najwa, nana, zati).. aku sendiri pun tak faham sebab apa kita boleh berpecah.. kelas kita yang asalnya dah berpuak-puak, bertambah lagi puaknya.. sumpah aku sangat-sangat tak suka dengan keadaan macam ni.. bila time aku rapat dengan zati, aku jarang bertegur dengan classmates yg lain lebih-lebih lagi dengan budak lelaki..
masa sem tiga, sem pendek ni antara masa yang sangat atau paling jarang aku bergaul dengan classmates lain selain dengan nureen, najwa, zati dan nana..dunia aku masa sem tiga cuma dengan dorang je.. sumpah aku rasa otak aku dah kembali kuncup..

masa sem 4,..
aku dah stay satu rumah dengan kak yan.. aku rasa hidup aku macam bebas bila tak rapat dengan zati, najwa dan nureen.. aku bukan nak kata berkawan dgn korang bertiga tak best.. aku sendiri pun tak tau mcm mane nak terangkan.. tapi itulah yang aku rasa.. mungkin aku pernah kecik hati dengan korang, tapi aku tak pernah berdendam.. 

masa sem lima..
masa sem ni, semuanya dah berubah.. classmates kita yang sebelum ni berpuak-puak dah jadi bersatu.. hampir setiap hari kita makan semeja, bergurau senda, usik mengusik, sentap menyentap.. aku rasa semuanya dah jadi macam satu keluarga.. aku rasa seronok sangat untuk pertama kalinya.. malah aku rasa, bersama dengan korang adalah saat yg paling best dalam hidup aku.. bila aku balik jeram, aku rasa tak sabar2 nak balik unisel balik.. tapi bila kat unisel, aku tak sabar2 plak nk balik jeram..hahahaha!! 
sem ni aku ada masalah berkaitan dengan hati (aku rasa tak perlulah korang tau apa masalahnya, biarlah jadi rahsia aku).. tapi aku jadi kuat bila bersama dengan korang sebab bila dengan korang, semua masalah aku dapat lupakan.. sumpah aku cakap, korang memang kawan yang sangat sangat sangatttt sporting and yang paling best yang pernah aku ada.. mengenangkan pengajian kita cuma tinggal 2 sem, aku nak sangat manfaatkan masa yg ada untuk bersama dengan korang semua.. sebab bila dah habis belajar, kita semua akan bawak haluan masing2.. mungkin jugak kita susah nak jumpa lagi lepas ni (tetibe sedih pulak..hadeyhhh).. papepon, aku harap sangat hubungan kita yg terjalin buat masa ni akan kekal sampai ke akhir sem.. aku tak nak kita berpuak-puak lagi.. aku tengok hubungan kita semua yg dah terjalin dan bersatu ni, aku senyum jee.. seronok kottt!!!! .. aku harap, janganlah kita sia-siakan hubungan yg kita dah bina bersama ni.. aku sayang korang semua mcm aku sayang family aku..












** gambar2 malas nk ketak watermark..xde mase..tetttt :P

Post a Comment