Saturday, April 27, 2013

Aku DULU dan SEKARANG

Dulu aku selalu update entry kat blog ni.. Tapi sekarang aku dah jarang sangat.. Aku sendiri pon tak tahu kenapa.. Tapi bila aku ushar-ushar balik entry aku yang lama-lama dulu, aku tergelak sendiri dengan penulisan aku yang ala-ala 'kanak-kanak riang' tu.. HAHAHA!! Mungkin sekarang aku dah matang sikit (kot) dari sebelum ni jadinya aku rasa penulisan aku dulu macam budak-budak.. Emosi yang aku lontarkan kat dalam penulisan aku tu tak konsisten.. Sekejap happy, sekejap sedih, sekejap marah... Macam orang tak betul pon ada... HEHEHE.. Dulu, kalau boleh semua benda aku nak cerita dan kongsikan kat sini.. Aku tahu followers aku memang tak ramai.. Maybe takde sape pon yang nak baca dan singgah kat blog aku ni.. Tapi aku masih lagi nak bercerita dan berkongsi.. Aku anggap blog aku ni sebagai tempat kedua untuk aku luahkan apa yang aku rasa disamping bercerita dengan keluarga dan kawan-kawan..


Tapi sekarang, aku tak rasa macam nak kongsi semua perkara yang berlaku melainkan aku benar-benar nak kongsikan aje.. Sekarang aku lebih suka menyimpan sendiri apa yang dah berlaku dan terpulang kepada memory sama ada untuk terus mengingati cerita tersebut ataupun melupakan aje.. Kadang-kadang kita menulis cerita kita untuk kita jadikan sebagai kenangan dan pengajaran untuk masa depan.. Jika kita dah lupakan ia, bila kita baca kita boleh teringat balik dengan cerita tu.. Ataupun bila kita dah benar-benar terlupa dengan cerita tu, bila kita baca mesti kita akan berkata, "Ahhhh, begini ke cerita yang pernah aku hadapi dulu?".. Dan bila kita baca cerita kita, kita sendiri boleh menyedari akan perubahan yang dah berlaku dan kita jugak dapat bezakan diri kita yang dulu dengan yang sekarang..


Dulu aku pernah bercita-cita nak jadi blogger terkenal macam Irine Nadia Marcello.. Dia famous sebab dia selalu menulis tentang kecantikkan, fashion dan kisah hidup dia.. Tapi aku menulis hanya bermodalkan kisah hidup aku dan sedikit tentang pengetahuan am yang aku pelajari, fakta sejarah serta kisah-kisah yang menarik yang aku ingin kongsikan.. Tapi aku sedar aku memang tak boleh jadi macam Irine sebab perbezaan antara aku dengan dia terlalu besar walaupun umur kami sebaya.. Irine seorang wanita yang cantik, gemar berfesyen dan mempunyai imejnya yang tersendiri, blog dia kelihatan menarik sebab dia design blog nya sendiri, dan ramai juga orang support blog dia.. Dan aku pulak hanya seorang yang sederhana, terlalu cerewet dalam pemakaian, dan aku seorang yang sangat malas untuk blogwalking.. Orang kata, kalau nak blog kita ramai followers, kita kene rajin blogwalking.. Well, aku memang takde masa nak buat blogwalking.. Dan blog aku pon cuma guna wallpaper yang blogspot sediakan.. Bukan sebab aku tak pandai nak tukar template lain, tapi disebabkan terlalu banyak template yang cantik-cantik, jadi aku memutuskan untuk tidak menukar template blog aku ni.. HAHAHA!!

Well, memang malulahkan bagi seorang pelajar Multimedia seperti aku ni tak pandai nak decorate atau design blog sendiri.. Aku ada je design website sendiri yang aku buat.. Cuma aku belum publishkan untuk jadikan website je atas sebab-sebab yang tertentu..


Aku memang bukan seorang yang penipu sebab aku ada bukti.. HEHEHE.. Kalau aku dapat transfer template ni ke dalam blog aku pon dah nice sangat.. So, tak perlulah aku nak membazir duit buat website sendiri yang belum tentu lagi aku hadap setiap hari kan.. Cuma aku belum jumpa lagi caranya macam mane.. HUHUHU.. Belum buat research lagi...

Walaubagaimanapun, aku akan cuba untuk perbaiki cara penulisan aku untuk jadi lebih menarik dan mudah difahami.. Sebab sekarang aku menulis bukan kerana nak jadi blogger terkenal.. Tapi aku menulis cuma mahu kongsikan cerita aku kepada insan-insan yang sudi membaca cerita aku :)..

BTW, thanks to anyone who is willing to continue to read my story of my life..


  

No comments: