Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikum wbt..
firstly, sorry sangat sebab sejak kebelakangan ni aku da jarang sangat meng'update' blog aku ni di atas sebab-sebab yang tertentu..hehehe..

hari ni aku nak cite pasal lecturer aku plak *EDISI BADMOOD*..ni bukan sesi mengumpat ye..tapi ini benar-benar terjadi..
seperti dalam jadual untuk short sem ni, hari ini (Rabu) ada kelas Pengajian Islam dari jam 8.30 pagi - 2.00 ptg..lama x?? lama saangaaaaaaaatttt kan...huhuhu..

ceritanya cenggini..pada minggu pertama dan kedua..lecturer aku ni cool je..sporting habislah..seronok sangat study dgn dia walaupun kelas sejuknya mengalahkan peti ais (cuba korang bayangkan kalo 6 jam duduk dalam peti ais mcm mane?)..tapi..setart minggu ketiga dia dah mula tunjukkan sifat-sifat sebenar dia..salah student sikit je..1-tak ambik kunci and bukak pintu..2-tak bukak lampu time masuk dalam kelas..3-pelajar lelaki ada yg berambut panjang n tak pakai baju berkolar...tapi dia punya maki hamun kat student, nauzubillah..semua perkataan bodoh, bangang, bongok semua keluar..kalau sekejap xpe..ni sampai sejam dia dok terpekik terlolong kat depan tu dok marahkan student...


lepas tu kan, dia punye membebel sampai tak hengat doniaa..lepas tu sibuk la cakap "ni yang buat saya xde mood ni..tak best tau x nak marah pagi2 ni..buat hilang mood saya je"..sekarang dah minggu kelima..pon dia nak jugak memulakan mukadimah dengan bebelannya yang langsung tak masuk akal!! bayangkanlah..bila dia mnx tolong kat student untuk pasangkan projector dan sambung ke laptop, lepas tu dia keluar..yg student ni plak dah sememangnya tak pandai nak memasang benda tu..pastu bila dia masuk dan tgk benda tu masih belum terpasang, dia dah start bukak mulut n maki hamun kat student tu..terkulat-kulat la student tu menahan rasa di hati..lepas tu kalo bab memalukan student pun dia terer jugak..dia boleh marahkan student depan students yang lain sampai student tu sendiri tak boleh nak jawab soalan dia..kalau student tu tak boleh jawab, dia pun tengking la..sepanjang hari aku tgk student tu diam je..tak senyum tak ketawa pon..haisssyyyy..


hello encik yang berpekerti mulia..encik ingat kami yang dok mendengar sambil menatang telinga ni baaaaaaaaaaaaaaaaaanyak sangat ke mood nak dengar bebelan encik pagi-pagi buta tu?? macam tu ke lambang seorang ustaz yang mahu studentnya menghormati dirinya?? asal masuk kelas je membebel..asal masuk kelas je nak marah2..asal masuk kelas je nak moody2..kalah perempuan yg datang bulan..wahai encik..kami datang nak belajar..bukan nak jadi kuli encik dan dengar maki hamun encik yg lansung tak berasas tu!! sakit tau tak hati kami ni dengar encik membebel setiap kali masuk ke kelas..TAK BERBALOI OKEY!!


 macam ni la gaya aku setiap kali lecturer tu dok marah2..menyampah tau tak dengar..boleh cair taik telinga pagi2 mcm ni..hhuhuhu..

anyway..kepada ustaz tu..tolonglah berubah ye..awok tu da la mengajar Pengajian Islam..tak baik buat macam tu..kalau nak marah pun, tak yah la sampai keluarkan perkataan yg kesat sebab apa yg ustaz cakapkan tu adalah satu doa kepada kami..huhu

papepon..KITA BAKO JER LECTURER TU!! tak pon KITA BOIKOIT JE DIA!!!
sabor je laa...-_-!!


No comments: