Wednesday, May 19, 2010

Keistimewaan LELAKI dan PEREMPUAN.

apa yg aku nk ckp psl ni bukannya berdasarkan fakta..ini cume ikut pemikiran kepala otak aku jew..ni sume tentang apa yg aku hadapi berhari-harian(lintang pukang da BM aku)..so,jgn amek hati sgt n jgn la totally percaya 100%..

kalo cakap bab EGO, mesti ramai yg tuding jari kat lelaki sbb lelaki mempunyai ego yg tggi berbanding perempuan..betul kew??
kalo ikut cara pemikiran aku plak, lelaki ni sebenarnya EGO kerana ada sbb2 tertentu..antaranya :-
1- kaum adam ni sudah sejak azali lagi diiktiraf sbg kaum yg kuat..so dgn adanya EGO ni,mereka xmau dipandang rendah oleh kaum hawa..kalo boleh,hanya lelaki saja yg nk menang..yelaa..kaum yg kuat kan..perempuan kaum yg lemah..tp sebenarnya,perempuan hanya nmpk lemah dr segi luaran sahaja..tetapi dr segi dalaman,perempuan lebih kuat dr lelaki..itu sudah pasti!!tetapi,ego perempuan tidaklah setinggi ego lelaki..bak kata aku jgk,perempuan ni kaum yg lemah..naluri seorg perempuan hanyalah menginginkan keamanan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat..tapi ada jgk jenis perempuan yg ego nya mengalahkan lelaki..yg ni mgkn bahaya sket untuk dibuat pasangn..kalo nk jgk,lelaki mestilah mempunya ego yg stabil..kalo dua2 egonya sama level,kompom xsmpai seminggu da break-up..percayalah..tp kpd perempaun,jgn la terlalu kurang asam sgt..nnti x laku..x pepasal jadi andartu..da menagis x berlagu..heheh..berpada-padalah kita wahai kaum hawa..kita dicipta sbg manusia berbudi luhur dan berhati lembut..lelaki x suka perempuan yg kurang ajar..so,sentiasalah kita bersama2 pak turut lelaki ye..haha(gurau2 je ni..papepon,jgn laa kalo da berlaki pon still lg nk ego kan..nnti rosaklah masjid yg dibina bersama)
2- lelaki ni sebenarnya xsuka maruah die dipijak2 oleh perempuan..knp??sbb lelaki ni sebenarnya pemalu orgnye..so kalo maruah die da dipijak,kompom ar die malu..hahaha..(yg ni saje2 je)..tapi....kalo lelaki da jatuhkan maruah seorg perempuan,boleh ke perempuan menerimanya??lebih2 lg kalo maruah kita sbg org perempuan telah diragut tanpa rela...
3- lelaki ni suka bersikap selfish berbanding perempuan..knp?? sbb kalo boleh,lelaki cume nk perempuan ikut ckp die jew..so,renung-renungkan laahh...selamat beramal!!

kalau kita bercakap bab HATI dan PERASAAN plak, perempuan lebih sensitif drpd lelaki..yeke???
kalo ikut dr kisah aku sndiri la kan(nk promote je ni), lelaki ngn perempuan dua2 sama sensitif..nk tau knp??jom ikuti kisah HATI dan PERASAAN aku..
1- kalo diikutkan,lebih afdhal kalau lelaki yg mintak couple..tp bg perempuan,lebih baik perempuan yg mintak sebelum lelaki yg diminatinya jatuh ke tangan org lain..so,bg lelaki yg bertuah kene pinang ngn perempuan tu,bersyukurlah sbb anda masih hangat di pasaran..tapi,jgn bg malu kaum lelaki yg lain sbb anda suka 'tukar baju'..
2- bg lelaki yg mempunyai cinta sejati,amat bertuah la bg perempuan yg amat diminatinya..kerana,cinta yg diberi setulus hati dan ikhlas..org yg sebigini akan cuba menjaga hati dan perasaan si dia dgn sebaiknya juga akan mengekalkan hubungannya sehingga ke jinjang pelamin dan hingga hujung nyawa..so amat bertuah la bg perempuan tu kerana dpt lelaki yg seperti ini..tp,jgn sesekali cuba buat hal dan perkara yg plg lelaki ini x suka sbb mgkn tiada kemaafan bg mu..
3- bg lelaki yg dpt perempuan yg memberi cinta dan hati yg suci,jgn sesekali anda cuba mensia-siakan hatinya..kerana zaman skrg ni xbyk perempuan yg sudi berkongsi kasih setulus hati dgn kekasihnya..jika dpt,anda adalah org yg paling bertuah!!

kalo ckp pasal PUJUK MEMUJUK dan RAJUK MERAJUK plak,kompom perempuan yg lebih handal dr lelaki..sbb ape??
kalo ikutkan naluri hati aku sbg seorg perempuan...
1- hati perempuan mmg terlalu lembut berbandingkan hati lelaki..perempuan mudah mengalirkan airmata jika hatinya terasa sakit akibat dilukai..apa yg perempuan mahukan hanyalah pujukkan dr seorg insan yg amat disayanginya..lelaki pulak mempunyai hati yg keras..lelaki tidak mudah menangis..tetapi,jgn sesekali buat lelaki merasa badmood,mmg sukar untuk dipujuk kerana mmg itulah yg lelaki inginkan..sebuah pujukkan..adakalanya mereka saja2 je buat merajuk..padahal dlm hati sukanya x terkata bila dgr pujukkan manja..piraaahhh..
2- kalo merajuk plak,bg la kat perempuan..perempuan mmg suka sgt merajuk(akulah tu)..tetapi mcm yg aku ckp td,hati perempuan ni lembut,suka merajuk tetapi amat senang dipujuk..tp kalo lelaki yg jenis ego nye tggi tu,mmg ssh sgt la nk merajuk..apa barang lelaki merajuk,xde standart!!mcm pondan!!haha..tetapi..kalo sekali lelaki merajuk,amatlah ssh untuk dipujuk..sbb ape??sbb hati lelaki ni keras..so,pandai2 la ye mcm mane nk pujuk lelaki ni..
3- kalo org berpasangan plak, lelaki dan perempuan ni same2 emo(mcm aku dan dia)..kalo lelaki merajuk,perempaun pujuk..lepas lelaki ok,perempuan plak merajuk..haha..mcm2 ragam kapel2 skrg ni..tp kapel,kapel la jgk..batas2 pergaulan kita diantara lelaki dgn perempuan kenelah jg jugak..esok lusa kalo da kawin,xde la rase mcm da boring jew kan..yg perempuan plak kene la pndai2 jaga diri dan iman tu..kalo lelaki pujuk kita dgn kata yg agak melucahkan,bwk2 la beristigfar..tegur die dgn baik..tp jgnlah kita sama2 ikut sambung ayat2 yg berunsur lucah tu..xpepasal dpt dosa zina plak walaupon hanya bercakap dlm telepon..piece!!

haha..lelaki ngn perempuan ni sebenarnya watak mereka tak same..masing2 ada keistimewaan nye yg tersendiri..so,renung2kan lahh..selamat beramal!!!

No comments: